August 14, 2010

3 Ramadhan-Kisah shopping dan berbuka puasa

Dear boys,
Semalam ammi mengambil keputusan utk ke KOMPLEKS BUKIT JAMBUL utk shopping baju melayu u all dan juga baju kurung ammi. Baju melayu baba dah dapat tempoh hari masa kita ke TESCO dan singgah di kedai MY Fair Lady, warna yg kita nak memang available dan harga pun ok, so apa lg baba pun grab sepasang. Ammi ni sebenarnya selalu ter last minit shopping, so tahun ni ammi nekad nak pergi awal, bukannya kerana ghairah sgt tak sabar nak beraya tp becoz nak elak kesesakan dan beratur panjang bila nk membayar, lg last minit lg ramai yg akan pergi shopping.Lagipun ammi fikir sementara ammi tgh "off" lg ni baik pergi cepat, (ammi ni senang nak pitam if puasa, then tmpt ramai org, penat, menyusu etc,..). Before keluar rumah ammi dah bekalkan diri dgn sepinggan nasi...:-)

Asalnya nak pergi cuma bertiga, ammi, syaik dan waidi semasa baba solat jumaat, tp memandangkan tak sempat, baba dah lewat solat jumaat maka baba kata change of plan, after solat, before 4, amik yaya then semua gi bukit jambul then bukak puasa di kedai. Hmm sounds like a good idea, so ammi pun setuju..Ni lah bestnya time baba student, timing dia flexible, hehe..Before bertolak tu, syaik dah pesan nak bawa stroller double tu, stroller tu kita bawa balik dr aussie dulu dan actually utk waidi dan syaik tp waidi bukan nk duk diam, nak ammi BW dia gak..so stroller tu dibawa utk carry syaik dan yaya yg comfirm penat coz puasa...

3 stooges tiga budak duduk atas double stroller,
adalah dlm 10 minit waidi duduk atas yaya, after that ammi BW dia.

Berguna juga stroller dah nak usang ni carry budak2 penat..huhu

Sambil ammi cari baju kurung, boys masuk peraduan mengira jalur gemilang kat model logo

Alhamdulillah dlm masa sejam je dapat hampir semua benda yg nak dibeli, 3 pasang baju melayu dan samping, sepasang kasut utk ammi ( ammi dah lama tak beli kasut baru, kesian ammi..), kain pelikat utk baba dan atok ,also sepasang baju kurung utk ammi . Bila beli awal ni, choices masih banyak, orang tak ramai bersesak . diskaun pun ada..so tak banyak duit yg dikeluarkan. Ammi dan baba puas hati..so after that kit apun cari tempat nak berbuka, yaya insist nak air bandung gak so kita pergi restoran kassim mustaffa. 
Ammi teringin nak makan roti naan dan tandoori dan baba lak nak pekena pasembor.

Roti naan dan tandoori dah dirasmikan oleh budak puasa separuh hari

Baba's pasemboq

Baba jadi model air, hehe..
yaya kata nak minum banyak air bandung, dia suruh order banyak-banyak.
Agaknya dia teringat air bandung ammi buat semalam, mmg sedap! rupanya lain
rasanya kat kedai mamak ni, satu cawan je yaya abis..selebihnya bawa balik tapau!

Posing..tunggu waktu nak buka

Muka budak yg tak larat nak minum air..dah kenyang mkn roti canai dan kembung minum air..

Dear yaya,
Sesungguhnya nafsu kita memang besar waktu bulan puasa ni, tapi kita harus mengawalnya ye sayang, ammi tau yaya macam2 nak, makan tu, minum ni, tapi sebenarnya tu semua hanya nafsu je..yaya dah dapt pengajaran kan semalam..lepas ni yaya cuba kawal k..Alhamdulillah anak ammi ni dah puasa 3 hari penuh :)

Blogger Templates
Blogger Templates

2 comments:

chugie said...

bestnye tengok roti nan tu..

ayu said...

bestnya jalan2 beramai2 ni...suka tgk gambar anak2 sara...^_^