Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

August 30, 2010

hAPPY bESTDAY mAmANaH

Dear boys,

Today is Mamanah's besday..yg ke berapa ek? yg ke 29 ye yaya, bukan 31 sama macam ammi seperti yg yaya ingat tu, lawak la yaya ni, if macam tuh ammi dan mamanah ni twins la ye tak, hehe..
Mamanah ni adik selepas ammi, kira second born la dalam adik beradik ammi yg seramai 6 orang tuh, asalnya mamanah ni dipanggil mak ngah, tapi biasalah bila dipanggil oleh si pelat yaya jadilah MANAH, dah tu bila manah dah kawen and dapat baby, dah dipanggil mama so bertukarlah ke memanah padang MAMANAH .(tiada kena mengena dgn nama beliau aminah/rosnah/tukinah atau sebagainya).


Masa kami kecil/remaja dulu orang selalu ingat kami kembar coz sama saiz, rupa lebih kurang dan sama tinggi. Sampai laa ni pun lebih kurang je.. nasib lah baba dan aboh bila ramai-ramai balik umah tokma tak pernah silap wife, haha..kalo tak kes naya je, dari belakang memang teramat lah sama..yg bestnya baju kami sama saiz, yang lagi bestnya mamanah ni career woman so collection baju kurung dia best dan cantik2..macam ammi ni baju kurung setahun sehelai je , hehe..

Mamanah ni juga merangkap mama susuan kepada syaik dan waidi, time yaya tak lah kan coz masa tu mamanah perawan  lum kawen lagi. Mamanah pun mementingkan Breastmilk utk kak yong dan ulwan, hari-hari pengepam tegar .;-)

 Kat bawah ni ammi sertakan gambar - gambar ammi dan mamanah ,......

Lebih kurang kan??

Time nih syaik dan kak yong kecik lagi, belum ada waidi dan ulwan

Ni rasanya feveret pix ammi of kami berdua,
time ni kat pangkor, bergaya dgn baju baru yg mamanah belikan di Bali,
ammi jadi model air mineral, mamanah model biskut, hehe..
tak ke macam twins kan?

Keluarga bahagia mamanah, aboh, kak yong dan ulwan.
time ni ulwan kecik lagi..(takde gambar terbaru la pulak-nanti raya kita snap byk2 k)

Boys dan ammi nak ucapkan:
"Happy 29th besday mamanah!!"
May Allah bless u and family always..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Nanti mai penang noo, boys nak bawa jalan-jalan
Moga diramaikan kazen utk yaya, syaik dan waidi.
MMMuuuaahhh..!!!

Alhamdulillah yaya dah sihat sepenuhnya,
dah kembali berpuasa dan ke sekolah..
syaik masih demam tapi tak teruk sangatlah..
waidi lak dah berjangkit abangs...
rasanya dia demam tumbuh gigi 7 dan 8, juga waidi dah pandai jalan! yea yea..
Tengah kemaruk la waidi ni :-)
Go waidi go....
All the best sayang, dont push urself too hard k
Blogger Templates
Blogger Templates

August 21, 2010

Happy B'day Waidi

Dear beloved Waidi,

Ammi dan baba dan abg yaya dan abg syaik just nak ucapkan:


 "Happy 1st Besday cayang!!!"

Love u to pieces..~!
Moga jadi anak yang soleh wal musleh
Jangan nakal-nakal sangat, nakal sikit boleh,
Nanti jadi budak rajin,
Taat ammi dan baba, yg paling penting taat pd Allah..
Jangan geget nenen ammi tau, cian ammi..
MMuahhh, mmuahhh..mmuuahh..

Ammi pinjam kek ni dari pakcik google dulu, 
nanti kita buat/beli kek ye cayang....

To ammi's friend,
Harap sabar episod kedua cerita ammi dan H1N1 dan di balik tabir kelahiran waidi..~
Buat masa ni ammi in a busy mode, maklumlah ujung minggu...
Selamat beramal..;-)

Blogger Templates
Blogger Templates

July 13, 2010

Baba turns 32 and Tokma 51

Dear boys..
Yesterday 12th July was baba's 32nd birthday..We had a mini celebration at RFC (Radix Fried Chicken) Alor Star on sunday while we were there. It was nice wasn't it, just the 5 of us. Yaya and Syaik sang the b'day song for baba. We had a nice meal together and then we headed home to Penang..Oops sorry baba no pixs of you, you as the besday boy were busy taking pixs of us..nevermind..










"Happy Besday Baba!"
We Love You...

Today the 13th of July is Tokma's 51st besday.."Happy Besday Tokma!", we usually celebrate baba's and tokma's besday together..but as we are living a bit far now, ..maybe we'll have a belated besday party once we balik kampung ok boys..

To Baba: Happy besday abangku sayang..moga dgn peningkatan usia ni bertambahlah amal..Moga abg sentiasa happy dgn kami...moga abg study elok2, cepat2 abis dapat Dr, InsyaAllah..I love u soo much!!

To Tokma: Happy besday mama syg..semoga mama tabah menghadapi hari-hari mendatang..moga kita kekal keluarga bahagia selamanya InsyaAllah..I love u mama..

Miss u mama..


Blogger Templates

Blogger Templates

May 21, 2010

Waidi is 3/4 of the way allready

Dear Waidi,
Alhamdulillah...pejam celik pejam celik dah 3/4 tahun dah waidi ye, sekejap je kan. Lagi 1/4 tahu genap waidi setahun ;) Ammi tak nak tulis banyak, just want to post your latest pixs.

Waidi tepung gomak, masa kena Roseoula hari tu, amm
letak calamine lotion. Waidi tak mau makan, just nenen and air kosong je..



Nak minum sendirik pulak..dah big boy la kunun


Waidi 'eat and drive', hehe...
Belakang tu abg hairi interfrem

Sama-sama belang-belang..


Waidi,
Waidi sekarang dlm proses lagi nak merangkak. Waidi kalau nampak kelibat ammi je sibuk nak ikut...nampak baba je suruh angkat dukung, nampak abg yaya gelak-gelak, nampak abg syaik jerit-jerit geram, maybe becoz abg syaik suka peluk-peluk waidi sampai rimas..Waidi makan byk tapi nenen boleh tahan juga..waidi suka mandi dgn rubber ducky, yg paling best waidi pantang nampak pintu depan terbjukak ingat nak pergi jalan. Weekend ni kita pergi jalan-jalan ye, ammi pun dah boring, hehe..Ammi doakan waidi cepatlah baik dari batuk-batuk ni ye sayang...demam dah tak ada tp batuk mu berpanjangan.

Love u....

Photobucket

May 18, 2010

Ammi's Besday Celebration & Waidi Jumpa Peadiatrician

Dear Boys,
Last week we had a simple, sweet but memorable celebration to celebrate ammi's 30 + 1 besday...Yaya was not well that day so yaya ponteng sekolah..pagi-pagi lagi yaya dah wish besday pada ammi, baba balik petang tu baba belikan sebuah kek yang comel..baba siapkan 3 batang candle yang gemuk-gemuk, ammi kata mana candle satu yang kecik, baba kata takpelah..biar 3 je, huhuhu..so next year pun 3 je la ye baba, hehehe...Pastu yang best baba kata ammi tak macam rupa 30 + 1 je, baba kata macam 20 + 6 + 0.5, hahaha..perasan jap lah ammi kalian ni...;p. Thank you la abg...

Dear boys,
Below are some pictures of the simple celebration, just the 5 of us..yaya wasn't that well, syaik yang sihat walafiat tersengih je dalam gambar, waidi yang memang tak sihat monyok je..

The surprised 'cappucino' besday cake that syaik loves sooo much!


Muka cute waidi tercover oleh candles, sowi yek sayang..
p/s: lawa kain baba kan boys..mentang-mentanglah
kat rumah dan kita sefamily je, semua pakai baju basahan je ;p


Dear waidi,
Petang tu ammi tengok dah keluar ruam kat badan waidi, mula-mula ammi ingatkan measles, chicken pox tak mungkin because lain je bintik-bintik dia, ammi search online, ammi rasa waidi kena Roseola a.k.a campak palsu, campak ni keluar after demam beberapa hari..bila dah keluar campak tu demam selalunya turun, bintik-bintik tu taklah gatal sangat tapi ammi tetap letak calamine lotion manalah tahu waidi menderita gatal...Sepanjang waidi demam tu waidi tak mau mamam langsung, nenen je..selsema tak baik-baik, waidi sakit tekak, batuk teruk, waidi dah macam wheezing ammi dengar...Ammi ajak baba pergi jumpa peads.

Besoknya kita semua pergi bawa waidi jumpa peads kat Taman Pekaka, memang betul tekaan ammi, waidi kena roseoula, doctor tak bagi antibiotic pun because cuma viral infection, kalau bacterium infection barulah akan diberi antibiotic. Bila timbang waidi dah susut ke 8.8kg, patutlah ringan sikit ammi rasa..sebelum ni masa timbang last dah 9kg. Yang kesiannya waidi kena pakai nebulizer because teruk sangat chesty cough, dua kali, sekali pagi tu then sekali malam pulak...

Waidi marah sangat kena pakai nebulizer tu, waidi meronta-ronta,
time ni sesi tengahari, ammi pegang, ooh kuat jugak waidi melawan.Kakak reception tu kata bagus waidi nangis so that ubat terus masuk ke lungs waidi. Cian anak ammi ni..


Sesi maghrib tu baba pulak pegang, pun baba tak terkawal. 
Kuat tul waidi melawan ek.Eh waidi ni pakai baju
sama ek, nampak sangat tak mandi, hehe..takpelah
kan waidi demam..

Gambar diambil oleh abg yaya, blur sikit lah waidi..


Dear waidi,
Alhamdulillah as of today waidi dah makin better, makin sihat, dah tak ammi centred sangat, waidi dah main macam biasa, waidi belasah nak makan je,waidi qadak balik yang tak makan 3 hari tu.., tak nenen sangat, sampaikan ammi asyik bocor susu melimpah je susu ni..,waidi dah suka mandi ,waidi geram jerit-jerit kat abang-abang...waidi buat semua orang tergelak-gelak dengan gelagat kelakar waidi, rupanya waidi demam nak dapat new skill ye sayang, waidi kemaruk nak merangkak, dapat lah 2,3 steps.. tapi ammi tengok banyak push ups yang waidi buat, comel dan kelakar, lepas tu asyik ke belakang je geraknya ye, lawaklah waidi ni, buat semua orang gelak je..

Ok boys ammi stop here..
Ammi happy dapat celebrate besday with  loving memory dengan all four of my boys
Ammi bersyukur dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan..
Ammi happy waidi dah sihat...
Love you guys...
Photobucket

May 13, 2010

The Numbers 1 and 3 ........

Dear boys,
Nombor 1 dan 3 bagi bulan dan tahun ni rasanya banyak ong bagi ammi...bukanlah ammi percaya nombor-nombor ni membawa tuah ke apa, tapi sekadar kebetulan nombor-nombor tersebut ada kena mengena dengan tarikh-tarikh penting dalam family kita...

Dear boys,
Cuba kita tengok balik ye...pada bulan Mac (3) dulu Yaya genap 7 (3+3+1) tahun..Syasyaik pulak genap 4 (3+1) tahun pada januari (1) lalu, adik waidi pulak bakal mencecah setahun (1) pada ogos ni (3+3+3-1) InsyaAllah. Ahad lepas 9 (3x3) Mei pula ammi's day..yaya bagi ammi's day card, thank you dear yaya, syaik yang tak faham apa-apa blur je tengok yaya bagi card, bila dia tahu hari tu mother's day, abis basah kuyup ammi diciumnya bertuli-tuli, hehe..Adik waidi je tak berapa sihat, asyik nak berkepit dengan ammi..tapi tu lah present untuk ammi, memperbanyakkan lagi susu untuk dia ;). Baba pulak dengan baik hatinya membuat sarapan pagi, mandikan adik, tolong ammi masak dan kemas rumah, yelah baba pun kesian kat ammi..semalaman adik gayut je....

Tq yaya for the lovely card

Dear boys,
Hari ni pulak 13 Mei (3+1+1), genaplah 31 tahun ammi lahir ke dunia ni...Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi...Thank you Mama melahirkan ku ke dunia, ber jam-jam menanggung sakit..I really appreciate it, i know the pain you go through as i am now a mother of  3 myself... Happy Mama's day...Thank You Allah mengurniakan ku kesihatan berpanjangan, suami penyayang, anak-anak penghibur hati..i couldn't ask for more...ammi tak de lah berangan nak apa-apa hadiah, yang mahal-mahal..baba kan student buat masa ni..tunggu la baba dapat Dr dulu, huhuhu....baba ada gak la bagi beberapa hadiah. a few months ago, baba belikan ammi cincin Habib's Jewels from the 1st kedai Habib depan Masjid Kapitan Keling...baba kata tu 'pre present' hehe..ada-ada je baba ni..

Cincin ammi, simple but soo sweeeet..

Dear boys,
Selain dari ammi's day and ammi's birthday pada Mei ni, hujung bulan ni juga pada 31 Mei Insyaallah genaplah lapan (3+3+1+1) tahun ammi dan baba bergelar suami isteri...8 tahun mengharungi suka duka alam perkahwinan..3 heroes dilahirkan, pindah randah dalam dan luar negara beberapa kali...Macam-macam berlaku dalam tempoh ni, lagi banyak suka berbanding duka la..Ammi bersyukur.., ammi happy...Sempena celebration 3 in 1 ni a few days ago baba belikan ammi hp baru..tak canggih mana pun, cukup sekadar ammi boleh SMS/MMS, make and receive calls, main sudoku dan yang paling penting ammi boleh snap pixs of you boys anytime  anywhere...Thank you abang...Mmmmuaahh!! Love u..Oh ye, ada lagi bonus baba kata, sempena kita nak Singapore trip next month baba nak belikan ammi lagi 2 helai nursing shirt, so senang adik nak nenen anywhere..yahoo!! so start surfing and shopping ammi ;)



Ammi's Nokia 7230 pink metallic ;)

Dear boys,
Besday present yang paling best ammi could receive is for you boys to be good muslim boys, taat ammi dan baba, rajin-rajin solat dan buat homework..yaya jadi abg yang baik, syaik jadi adik dan abg yang baik, waidi lak jadi adik yang baik k...love u boys...and also baba of the boys..

I'm blessed..
I'm thankful....
I'm grateful...
Thank You Allah...

Happy 31st Besday to Ammi ;)

Moga dengan peningkatan usia ini,bertambahlah ilmu dan amalan di dunia ini...Ameen...

Photobucket

March 26, 2010

26 Mac 2003, 1.25a.m



Dear anakanda sulungku yaya,
Genap 7 tahun lepas lahirlah yaya ke dunia, yaya lahir pada hari rabu, 26 Mac jam 1.25 pagi bertempat di HUKM berberatkan 2.55kg @ 36 minggu, 4 minggu awal dari due date. Ammi mengalami masalah air ketuban yg berkurangan dan terpaksa ammi di induce kan, Alhamdulillah yaya dilahirkan secara normal....
Di bawah ni gambar yaya beberapa minit selepas lahir,masih dalam labor room. Kelihatan ammi agak monyok tapi ceria.. Gambar adalah agak blur..maklumlah yaya lahir zaman kamera filem lagi, gambar ni di scan oleh baba, yang lain-lain banyak dalam album, dalam kotak kat umah tokma, malas ammi nak bawa setiap kali pindah..tunggulah ammi dan baba beli umah sendiri nanti kita punggah semua ye.



Gambar kat bawah ni pula dengan tokma (belah kiri) dan nenek, masa ni kita nak balik dah dari hospital..
Untuk tokma, yaya ni cucu sulung, untuk nenek no 3..

Time yaya dalam pantang, agak kuning yaya ni..


Yaya ku sayang,
Yaya kecik-kecik dulu tak la kuat nangis sangat, kuat nenen teramat, tak mau makan, tak mau isap botol..tapi yang pelik badan yaya macam di pam-pam, dgn muka ala korea, kulit putih gebu, bertahi lalat manis di bawah dagu belah kiri, ber lesung pipt di sebelah pipi kanan... yaya menjadi pujaan ramai....Sedara mara dan kawan-kawan ammi bg macam-macam nick name kat yaya..ada yg panggil Shin Chan, Michelin, Ah chong dan mcm-mcm lagilah..Ammi tak kisah, yang penting yaya sihat, & tak banyak ragam..


Ammi time dapat yaya baru je 23 thn, ammi kawen dgn baba alhamdulillah rezeki terus dapat yaya, ammi kawen dgn baba just after abis degree, so ammi memang tak sempat job hunting pun time tu, job yang ammi dapat.....Jaga yaya full time, memang best! just the 2 of us time tu..Baba balik kerja petang, its the 3 of us in our own little world..
Yaya's 1st raya
Trip to A Famosa waterpark
As you grow older, yaya become less chubby tapi still cheeky, pergi mana-mana je jadi tumpuan..orang cina ingat yaya anak angkat....mamak kat kedai mamak suka sangat dgn yaya, mesti yaya dapat treat selalu..,.makin yaya aktif, makin susut, hilang ketak-ketak Michelin semua..

Yaya,
Now 7 years later, u are a big boy, dah ada dua adik pun..yaya lah role model untuk adik syaik dan waidi. Yaya lah yang ammi harap boleh bantu ammi di rumah, tengok-tengok kan adik bila ammi busy, tunjuk teladan baik pada adik-adik. Ammi ucapkan Happy 7th b'day to yaya..Moga yaya jadi very-very good boy, jadi insan yang berguna dunia akhirat, jangan nakal-nakal, jangan buat ammi dan baba tension-tension..rajin-rajin solat..rajin tolong ammi..rajin belajar ye sayang..


.Ammi loves you soooo muchh!!
Photobucket

February 22, 2010

Half Birthday

Dear Waidi,


Time flies, doesn' it..sekejap je anak cute ammi ni dah half a year, sorry lah sayang ye,ammi ni kurang beri perhatian pd waidi. Maksud ammi, ammi kurang fokus terhadap perkembangan waidi, ammi kadang2 tak perasan yg waidi ni dah membesar & mencecah 6 bulan. Mungkin kerana bz dgn abg2 waidi. dulu masa cuma ada abg yaya, dialah sorang yg ammi ulit hari2 so ammi lebih fokus terhadap tumbesaran & tiap perkembangan dia. Masa time abbg syaik kecil pun, abg yaya masih kecil juga so ammi tidak sesibuk sekarang.


Waidi,


Ammi ni kadang2 terkejut tgk tiba2 waidi dah pandai tiarap  & guling2 sampai masuk bwh sofa. Ammi tiba2 tersedar yg waidi dah nak masuk 6 bln & boleh disuap makanan solid.Ammi kagum dgn pencapaian waidi yg dah laju naik walker & pandai pegang toys, ammi tak terperasan yg waidi is growing fast. Ammi alpa dgn tiap 21hb yg patutnya menambah usia waidi..Ammi tak sengaja syg, dulu masa abg2 waidi kecil ammi kurang t/jwb. Sekarang ammi ada 3 heroes nak dijaga, plus baba of course. Tambahan pula skrg abg2 waidi dah bersekolah & masing2 ada t/jwb di sekolah spt h/work dan hafazan yg ammi kena monitor daily.







Waidi,


Ammi tahu tu bkn alasan, tp apakan daya ammi ni manusia biasa..bila malam2 ammi mengadap komputer, abg2 waidi dah tidur dan cuma tinggal kita berdua..,time tu lah yg ammi 'terperasan' yg anak cute ammi dah besar, makin pjg, makin pandai macam2..suka mkn, lagi2 homemade mashed potatoes. Waidi dah cam muka ammi sbg orang yg akan beri comfort dan susu utk waidi, ammi suka sgt bila waidi nampak ammi dan excited, waidi tarik rambut ammi dan tatap wajah ammi dgn penuh kasih sayang & buat aksi cium pipi ammi...Bila breastfeeding pula  waidi genggam ibu jari ammi dan kadang2 pegang rantai leher ammi.


Waidi sayang,


Sesungguhnya ammi bertuah dpt breastfeed waidi secara exclusive & direct feeding  dari lahir until kini, dan InsyaAllah hingga waidi cecah 2thn..bonding ini amat berharga bg kita, mmg erat sgt rasanya ikatan ini. Ammi tak puas2 menatap wajah waidi, lg2 bila breastfeeding. Kadang2 waidi tenung ammi, so lovely & cute..


Waidi dear,


Happy half birthday syg, lg half a year waidi akan mencecah setahun..wow! ammi can't wait..
May u be a good soleh muslim boy..
Love u sayang soo much, now lets join ur brothers for bed.




Photobucket

January 11, 2010

Four years ago..

Dear Syasyaik,
Time goes really fast..sekejap je dah 4 tahun berlalu..Syaik dah masuk sekolah pun, ammi masih ingat hari yg syaik lahir...Syaik lahir pd 110106 jam9.52pm di Pusat Perubatan Naluri,Wangsa Maju. Seperti kelahiran abg Yaya, masa syaik juga ammi di induce,cuma kali ni lmbt sikit,jam 10am. Tok Teh syaik yg induce ammi, rasa dah kurang sakit sikit coz ammi dah 2nd time kena induce. Masa tu abg yaya tinggal dgn tokma,ammi dan baba je ke klinik tok teh di taman melati beserta beg ammi and beg cute syaik. Ammi dan baba dah tahu akan dpt another boy so ammi dah prepare nama HAMZI HAMSYARI dr awal lg, yelakan all ammi's boys must have double H.


Syasyaik,
Lepas di induce ammi dan baba jalan2 kat carrefour wangsa maju tu utk exercise utk senang nk bersalin nanti.Sempatlah berdating kejap dgn baba,dlm pd tu contraction ammi dtg sekali sekala. Pada pkl 12tghari ammi check in Naluri Hospital, terus dpt bilik, disebabkan ammi br je dilated 2cm, ammi belum bole pergi labor room,sakit dah kerap.ammi tahan je,ammi dan baba baca quran together,then makan, solat, borak2.,citer psl abg yaya and life ahead with 2 boys.Baba tiap masa ada di sisi ammi except masa baba pergi surau dan toilet.


Petang tu just after asar tok teh dtg jenguk ammi, dia check ammi dah 4cm dilated, tokteh kata "kakak, u pray asar 1st then we go to labor room",ammi dah tak larat nk ke surau so solat atas katil je..then to labor room we went. Seingat ammi time tu around 5.30, tokteh monitor je contraction ammi sambil borak2 dgn ammi dan baba. Tok teh ni good listener, ammi trust dia sepenuh hati, tak de pulak segan/malu. yela pd ammi kecik lg tokteh babysit ammi, mandikan etc..


Syasyaik,
Maghrib dah masuk, baba ke surau, tokteh kata nak pecahkn air ketuban ammi coz katanya kes induce selalu susah nk pecah sendiri, sama juga time abg yaya dl, satu cangkuk dimasukkan dan "pop!", keluarlah air..dlm kes ammi, air tak banyak, ammi mengalami masalah air ketuban sikit dan UCRI (umbilical cord resistance index) sgt low so thats why kena induce in the 1st place. After a few more hours of contraction and a lot of pushing,and a lot of "go sayang go, u can do it! push! push!" from baba,syaik lahir di dunia at 36 minggu (sebulan awal dr due date).




bbrp minit lepas syaik lahir,mata syaik
alert je..


Alhamdulillah ammi is proud to tell you ammi tak amik sebarang pain killer,well ammi did mintak tokteh a local anaesthatic injection to help kurangkan sakit,sakit memang sakit! Allah je yg tahu..lepas baba dah azankan syaik, tokma,tokba, ader hafiz, pak teh iz dan uda nwa dtg melawat, dlm labor room tu jugak! mentang2lah Doctor yg smbut syaik tu adik tokma, suka hati je..hehe..ammi sgt terharu bila  tokba kucup dahi ammi, mengalir airmata ammi...Mamanah and aboh dtg esok nye, mamanah masa tu pun sarat pregnant kan akish. Dadar and maksu jumpa kat umah, abg yaya dtg dgn tokma masa nak bw ammi balik umah. Atok, nenek,mama tati semua dtg melawat dekat umah tokma.


Abg yaya adores you so much


Syaik,
Sekarang syaik dah besar, happy 4th birthday sayng syaik,dah tak pakai pampers lagi, dah pergi school pun,.ammi dan baba doakan syaik jd anak yg soleh wal musleh, be a good student kay.Jangan nakal-nakal..
di bawah ammi sertakan gamba masa syaik kecik, cute sgt..


Koleksi gambar syaik bwh setahun

First raya...


Saayaanng Syaik, syaik breastfeed lama tau, 2 years & 7 months! sebab tu syaik manja terlebih......

Photobucket