Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

July 8, 2010

Macam-macam..

Dear boys,
First of all ammi minta maaf la coz blog ni dah terbengkalai begitu lamanya..Blog ni memang dedicated untuk u all dan juga utk rakan2 ammi mengikuti kisah kita anak-beranak..Hmm..ammi tak ada alasan yg kukuh except M.A.L.A.S!!,hehe...tu je also mcm ada writers block, of course ammi bukanlah seorang writer tapi bila nak menulis tu kena juga fikir2 kan, then lepas cuti hari tu macam2 nak dicerita dan ditulis, ammi tangguh2 terus jadi malas...Pastu malam tadi sambil ammi layan hindustan dan tidokan waidi, ammi terasa nak update blog, terus ammi ambil laptop if tak comfirm tertangguh lagi, huhuhu..

Dear boys,
Macam-macam perkara berlaku since ammi last update..hari ini ammi nak cerita sikit2 la yg kita pergi Singapore hari tu..memang seronok kan, kita 3 families pergi jalan2 together...kita naik flite ke JB then kita tido umah mak teh sal..
Yaya and syaik macam tak pernah naik flite peel masing2..hmm jakun bebeno ammi tengok, tapi takpe yg penting boys happy..:)
Adik lak first time naik flite so memangla jakun ya amat, semua benda nak capai, nak masuk mulut, nak tarik..bila stewardess pakaikan belt for infant, mulalah adik nak bukak..
Sampai kat JB uncle zul amik kat airport..kita stay kat umah diaorang for a whole week, sepatutnya 3 hari je dan 3 hari di umah atok mak ammi seperti yg pernah ammi tulis dulu, tapi disebabkan atok ada masalah kesihatan, pergi berjumpa dgn pakar di HUKM so terpaksalah kita berkampung lama di umah mak teh sal..seronok kan!



Ok, dipendekkan cerita, hari sabtu tu mummy niki sefamily pun sampai dari KL, semua tido umah mak teh sal, penuh umah! budak2 tido depan tv, macam pelarian pun ada, hehe..semua orang excited, esok tu nak masuk singapore , nak pergi zoo...sepatutnya tido awal tp semua lewat, terlalu excited..ammi rasa yg excited nya lebih becoz nak borak2 (mak/mummy/ammi) ,budak2 lak nak main2  together..oh ye, sebelum tu ammi ada tukar duit dulu, masa tu tgh rendah, Rm1.00 = $2.30, mummy niki tukar kat KL $2.36, kira ammi untung sikitla...

Dear boys,
Pagi esoknya syaik wat perangai tak mau bangun dan bersiap, ngamuk2 lagi..tu lah, ammi dah pesan tido awal..kita semua sepakat pakai biru, all 3 families..macam2 biru ada...biru cair, biru pekat, biru laut, biru ijau..macam2 lah..malangnya tak dapat snap gambaq ramai2 all 3 families in blue..biasalah..dengan 3 families., 3 6 children and 3 babies macam2 peel....


Kat imigresen













Yang lawaknya boys kita ni punyalah amik banyak gambar tapi gambar binatang nya tak banyak, hehe...gambar orang yg banyak, ape daa..


Petang tu ujan lebat so tak dapat teruskan ekspedisi tengok binatang, kami ke arab street cari makan, maklumlah dah dekat pukul 5, ammi dah macam nak pitam..yelah waidi duk nenen je..kita makan di restoran zam-zam tak silap ammi nama nya..ada nasi beriyani dan murtabak sedap..beriyani nya oklah tp tak boleh tanding masakan tokma ;)











Malam tu pulak kita makan kat restoran banaffe, mmg sedap! nasi ayam penyet adalah special kat situ, sebenarnya ayam bakar je, di penyet kan, dihidang with nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan, berselera! oh ye, kita makan kat JB, murah sikit..then balik terus rehat je..esoknya nak datang lagi..


Pagi esoknya kita bersarapan di JB dulu before gerak masuk singapore, agenda hari tu pergi underwater world, ishk..kita ni asyik duk tengok binatang je yek kata sana..hehe..hari isnin tu tema RED! kali ni mmg happening, meriah...gempaq...ceria!! ammi upload gambar utk tatapan umum k..






























Ini gambar ramai-ramai, cantik kan!!




















Malam tu kita had dinner at senibong seafood(back to JB),
celebrate besday bulan 5 dan 6, ammi, dayana (same besday on 13mei),
naim dan nurin..seronok sangat!
mak teh sal dgn baik hatinya bg goodie bag dan hadiah 
utk semua org...mmg memorable walaupun semua kepenatan..










Malam tu agak lewat juga kita balik umah, penat sangat2, boys berapa kali tido bangun dlm kereta...esoknya selasa kita dah nak balik..memang seronok kan vacation kita, walaupun tak lama, taklah mahal mana tapi amat memorable bg kita, bg ammi juga, spent time dgn kawan2 baik ammi, buat ammi happy, sampai ke hari ni pun ammi masih ingat percutian tu..senyum sorang2 kadang2, hehe....

Boys, sebenarnya kadang2 yg penting bukan DIMANA kita bercuti tu, atau BERAPA byk wang yg dibelanjakan, atau BERAPA LAMA yg kita bercuti tu tapi dengan SIAPA kita bersama-sama, bergelak tawa, baba dgn lawak2 nya, pakcik zahid dgn camera canggihnya, budak2 yg kecohnya, ammi, mak teh sal dan mummy niki yg selalu alert tgk anak2, tak kira walaupun bukan anak sendiri, ..bergambar kenangan bersama, makan sama2, pakai kaler sama..tu semua yg buat lebih memorable, lebih seronok..lebih happening, boys pun suka kan..asyik sebut2 je selalu..InsyaAllah nanti lain kali kita buat lg holiday macam ni....


p/s: if nak tengok lebih banyak gambar boleh tengok di album fb ammi..SINGAPORE TRIP :)

Love u boys..
Sweet memories in mind..

Blogger Templates
Blogger Templates

May 26, 2010

Ammi's BESTEST Friend ;)

Dear Boys,
Today ammi nak cerita pasal best friend ammi, nama dia Salehah Burhanuddin, you boys bahasakan dia mak teh sal. Ingat kan boys, mak teh yang anak dia nurin tu...hehe..lagi satu anak dia si comel naurah tu ;). Mak teh ni digelar mak teh  bukanlah sebab dia lahir no 3, or 4 or yang mana-mana sepatutnya dapat gelaran teh, bukan jua lah kerana mak teh ni penggemar tegar air teh...Gelaran tu lekat pada dia becoz masa zaman ammi school dulu-dulu dulu, kami ada lima sekawan yang agak rapat dan karib, kami memberi gelaran each other ikut giliran besday masing-masing,.

Ammi, yang lahir paling awal antara 5 orang ni daptlah gelaran kak long, then second, kawan baik ammi juga, yang you all panggil Mama Fie adalah kak ngah, seterusnya aunty suzie is kak uda, then mak teh sal tapi time tu kak teh la, then yang paling bongsu ntara kami berlima adalah aunty linda yang dipanggil kak chik ;). Kami berlima memang best friends la time dulu-dulu. Sorrylah gambar tak ada, gambar zaman tu pakai filem lagi, pastu lak ammi simpan dalam album, album lak dalam kotak, tinggal di rumah tokma nun sana kat selangor... Nanti lain kali ammi akan publishkan gambar kami berlima. Hari ni ammi nak cerita pasal mak teh sal dulu k...dia ni kira one of ammi's BESTEST (is there such a word?, ) friend la...Rasanya dah FOREVER pun berkawan dengan mak teh sal ni...bermula dari dulu time our parents pun berkawan rapat...

Anyway, baru-baru ni masa besday ammi, mak teh sal  wishing kat ammi dalam facebook, mak teh belum lagi mendapat hidayah untuk menjadi blogger, hehe.., mak teh sal ni memang rajin ber fb, ber blog ni dalam proses ammi nak ajak ;D. Mak teh sal wishing kat ammi disertakan senarai persamaan antara ammi dan dia, ada juga tambahan dari kawan-kawan dan juga yang ammi sendiri terfikirkan. You see boys, persamaan antara kami dan keluarga teramatlah banyak! memang agak unik dan pelik juga, ammi cuba juga membuat list persamaan ni dengan kawan-kawan lain tapi tak dapat lah tandingi list kami berdua!

Ok di bawah ni ammi list kan persamaan-persaman tersebut:


  1. Kami berdua anak sulung 
  2. Kami berdua anak sulung dari 6 beradik 
  3. Kami berdua anak sulung dari 6 beradik yang di anggotai oleh 4 girls and 2 girls,both families eldest and youngest  are girls
  4. We are the same of age....born in 79' 
  5. Kami memanggil parents masing-masing dengan panggilan mama dan baba.
  6. Both of us lahir di UNITED KINGDOM, Ammi di ENGLAND, mak teh lak di WALES zaman baba kami belajar obesi dulu.
  7. Nama kami berdua bermula dengan huruf  S, Sara and Salehah ;)
  8. We both have johorean roots
  9. We have a bit of chinese looks and a lot of chinese blood i guess , (our grandma on mama's side were chinese adopted by malay muslim family) Alhamdulillah...;)
  10. Our baba's are Professors at UPM. 
  11. Our parents are close friends too and are staying at Kg Sg Merab selang beberapa langkah je from each other. 
  12. We went to Sekolah Rendah Islam Al-Amin together (for a few years), then together again at SM Sri Serdang from form 2- form 5,(classmates in form 2 and 3)
  13. Both of us are UPM graduates.
  14. Both of us dont like DURIAN ;)
  15. We both got married in 2002, just a few months apart......
  16. Our husbands are best friends too, born in 78'. Classmate from form3 to 5.
  17. They are both orang jawa, ada darah jawa, hehe..
  18. Both of us are blessed with 3 kids at the moment, born in 2003, 2006 and 2009. InsyaAllah many more to come...
  19. Both of us are currently happy SAHM
  20. Ini tambahan dan perasan  perasaan sendiri, kami adalah cun n cute mommies, huhu..;)
  21. Last but not least, perasaan dan perasan  sendiri jugak, hubby and kids masing-masing adalah good looking people and comel lote kids *double wink*
So boys, banyak kan persamaan ammi dan mak teh sal ;)
Ni ada beberapa gambar kami, cuma yang lebih lama tak adalah...becoz dalam kotak!, dah tau kan...

Ni masa dlm form 4 tak silap, kami masuk pertandingan nasyid..
Ammi jadi back up singer je, hihi..mak teh sal tu yg depan pakai spec duk pegang kompang.
Kira dia percussionist la..
Time ni lak dgn aunty munid, kat mana ntah, cyberjaya kut..
Perasan tak sume kurus keding,hehe..Dah tu lak posing skema jek..
Now sume anak 3. Aunty munid je 2 kali beranak coz yg 1st tu dapat twins 
(Gambar diambil dr fb yg di scan oleh mak teh sal)
Ni kat genting, time semua Students Uni, kami pergi berempat, Mama fie tgh amik gambar ni,
-Cuba tengok betul-betul kaler tudung kami (tiada pakatan)-
Tahun 2006, wedding aunty skin.
Berposing dgn Syaik and Naim (our seconds)
Syiak dpt kiss from the bride ,hehe..
muka naim time kecik-kecik sejibik muka yaya kecik-kecik tau
-Cuba tengok betul-betul kaler overall kami (tiada pakatan)-

Taken just a few weeks before our family fly to Adelaide.
Mak teh sal dah tak pakai spec, start ber contact lens .
Mak teh sal was pregnant with naurah at that time ;)
Oh tembamnya ammi time ni macam ammi lak yg pregnant
 
Masa mak teh sal dtg cuti ke penang bulan feb 2010 hari tu.
Haa..kan ammi kata kami cute mommies, tak ke??
Posing with our thirds Waidi n Naurah
-Cuba tengok betul-betul kaler overall kami (tiada pakatan)-
The handsome daddies and cute babies

Latest pix masa balik Kg Sg Merab hari tu, jarang dpt balik time sama so pakat  jumpa 
kat restoran maulana makan breakfast nasi lemak kukus, yum-yum!
Yang baju biru tu Anis, anak susuan ammi a.k.a cousin of the boys.
Perasan tak masing-masing dah nampak ketuaan kematangan, haha..
-Cuba tengok betul-betul kaler overall kami (tiada pakatan)-
Waidi mata kuyu, hehe...
Waidi n Naim pun lebih kurang jer rupa...yg belakang tu Nurin anak 
sulung mak teh ;)

Ini namanya gambar selitan ,takut yaya marah tak ada gambar dia..
Yaya n abg hairi dia enjoying the roti canai

Dear Kak teh,

If you are reading this, aku harap persahabatan suci murni kita ni kekal selamanya InsyaAllah...walaupun mu di JB bawah sana and me tercampak sementara di PP sini tak menjadi masalah..kita jumpa dalam FB, SMS and ko kan rajin calling aku, hihi...Moga persahabatan kita di redhai Allah selalu..Moga anak-anak  kita pun kekal berkawan as our parents and us sekarang..Moga kita tak ada gado-gado, dengki-dengki etc...Moga kita sentiasa happy bersama our family, big family and ourselves. Moga ko dan aku diramaikan anak, dimurahkan rezeki...Moga kita kekal awet muda, hwa hwa hwa..

Dear friend's of Ammi's,

If any one of you ada sejarah persahabatan like ammi n mak teh sal, do share..it is such a lovely thing, isn't it , this thing called FRIENDSHIP until then..take care...

Photobucket