Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

August 14, 2010

3 Ramadhan-Kisah shopping dan berbuka puasa

Dear boys,
Semalam ammi mengambil keputusan utk ke KOMPLEKS BUKIT JAMBUL utk shopping baju melayu u all dan juga baju kurung ammi. Baju melayu baba dah dapat tempoh hari masa kita ke TESCO dan singgah di kedai MY Fair Lady, warna yg kita nak memang available dan harga pun ok, so apa lg baba pun grab sepasang. Ammi ni sebenarnya selalu ter last minit shopping, so tahun ni ammi nekad nak pergi awal, bukannya kerana ghairah sgt tak sabar nak beraya tp becoz nak elak kesesakan dan beratur panjang bila nk membayar, lg last minit lg ramai yg akan pergi shopping.Lagipun ammi fikir sementara ammi tgh "off" lg ni baik pergi cepat, (ammi ni senang nak pitam if puasa, then tmpt ramai org, penat, menyusu etc,..). Before keluar rumah ammi dah bekalkan diri dgn sepinggan nasi...:-)

Asalnya nak pergi cuma bertiga, ammi, syaik dan waidi semasa baba solat jumaat, tp memandangkan tak sempat, baba dah lewat solat jumaat maka baba kata change of plan, after solat, before 4, amik yaya then semua gi bukit jambul then bukak puasa di kedai. Hmm sounds like a good idea, so ammi pun setuju..Ni lah bestnya time baba student, timing dia flexible, hehe..Before bertolak tu, syaik dah pesan nak bawa stroller double tu, stroller tu kita bawa balik dr aussie dulu dan actually utk waidi dan syaik tp waidi bukan nk duk diam, nak ammi BW dia gak..so stroller tu dibawa utk carry syaik dan yaya yg comfirm penat coz puasa...

3 stooges tiga budak duduk atas double stroller,
adalah dlm 10 minit waidi duduk atas yaya, after that ammi BW dia.

Berguna juga stroller dah nak usang ni carry budak2 penat..huhu

Sambil ammi cari baju kurung, boys masuk peraduan mengira jalur gemilang kat model logo

Alhamdulillah dlm masa sejam je dapat hampir semua benda yg nak dibeli, 3 pasang baju melayu dan samping, sepasang kasut utk ammi ( ammi dah lama tak beli kasut baru, kesian ammi..), kain pelikat utk baba dan atok ,also sepasang baju kurung utk ammi . Bila beli awal ni, choices masih banyak, orang tak ramai bersesak . diskaun pun ada..so tak banyak duit yg dikeluarkan. Ammi dan baba puas hati..so after that kit apun cari tempat nak berbuka, yaya insist nak air bandung gak so kita pergi restoran kassim mustaffa. 
Ammi teringin nak makan roti naan dan tandoori dan baba lak nak pekena pasembor.

Roti naan dan tandoori dah dirasmikan oleh budak puasa separuh hari

Baba's pasemboq

Baba jadi model air, hehe..
yaya kata nak minum banyak air bandung, dia suruh order banyak-banyak.
Agaknya dia teringat air bandung ammi buat semalam, mmg sedap! rupanya lain
rasanya kat kedai mamak ni, satu cawan je yaya abis..selebihnya bawa balik tapau!

Posing..tunggu waktu nak buka

Muka budak yg tak larat nak minum air..dah kenyang mkn roti canai dan kembung minum air..

Dear yaya,
Sesungguhnya nafsu kita memang besar waktu bulan puasa ni, tapi kita harus mengawalnya ye sayang, ammi tau yaya macam2 nak, makan tu, minum ni, tapi sebenarnya tu semua hanya nafsu je..yaya dah dapt pengajaran kan semalam..lepas ni yaya cuba kawal k..Alhamdulillah anak ammi ni dah puasa 3 hari penuh :)

Blogger Templates
Blogger Templates

July 29, 2010

AIR MANIS dan MUKA MANIS

Scene 1

Venue: Kedai Nasi Kandar Pelita
Waktu: Di suatu petang selepas Asar

Perbualan berlaku di antara yaya dan ammi tatkala yaya sedang menikmati Air sirap bandung dan ammi sedang menikmati teh tarik kaw kaw.

Yaya: "ammi, macam mana aurat yaya"

Ammi pun menerangkan serba ringkas mengenai aurat lelaki diantara pusat dan lutut blah blah blah..

Yaya: "alamak! kalau macam tu yaya dosalah ye ammi, yaya pakai seluar pendek ni,.."

Ammi: "ala takpela sayang, takla pendek sangat, lagipun yaya kecik lagi, kalau dah besaq nanti tak boleh la ye.."

Yaya: "Ooo..tak boleh bila yaya dah keluar AIR MANIS ye ammi...

Ammi...hampir tersedak air teh tarik MANIS ammi..:-)


Scene 2

Venue: Di luar kedai spec Focus Point
Waktu: suatu malam sekitar 9pm

Kami sekeluarga baru keluar dari Tesco menuju ke parking lot, si syaik tengah membebel dan merengek nak belon tapi tak dapat...kami melintas depan kedai Focus Point yang sedang mengadakan sales.

Ammi menegur seorang pekerja Focus Point yang agak tinggi, lampai, kacak, nice looking orangnya.

Ammi: "Dik, dik, agak agak boleh ke bagi satu belon merah tu untuk anak akak yang dari tadi merengek nak belon?"

Pekerja Focus Point: "anak yang mana satu kak?"

Ammi: "tu yang comel pendek tu, pakai baju bob the builder"

Pekerja Focus Point: "Ooo (sambil senyum), boleh, mai sini adik amik belon"

Baba dah menyengih time tu, yaya macam blur je tak faham apa yang berlaku..

Pekerja Focus Point: "eh abang dia tak nak?"

Baba: "eh, tak apalah tak payah susah-susah,boleh ke bagi banyak banyak ni"

Ammi: "nak bagi apa salahnya.."

Pekerja Focus Point: "tak apelah, ambik ni, adik baby pulak  nak tak?

Baba: "tak apalah, dia kecik lagi.."

Ammi: "tak apelah, boleh je bagi nanti kang dia berebut dengan abangs dia, kami dalam family ni sorang pun tak pakai spec, selalu tak masuk kedai macam ni tapi belon tu nampak menarik, tq ye dik" :)

Pekerja Focus Point: "sama-sama.." sambil babai kat 3 budak hepy dapat belon free

Dah dekat dengan kereta..

Baba: "nasib baik ammi ni muka tak....,err MUKA MANIS kan boys, haa dapat belon, suka tak?cakap apa kat ammi" sambil gelak besar.

Boys:"suka!!tq ammeh!"


Ammi: "tau dah apa abg nak cakap tadi" sambil jelir lidah pada baba of the boys ;p

3 belon percuma merah focus point untuk 3 abdul...


Blogger Templates
Blogger Templates

July 22, 2010

Boys jumpa Upin dan Ipin

Dear boys,
Bersempena dgn program HEBOH BUKU "Buku Memperkasa Negara" di Dewan Budaya & Dataran Bintang di USM bermula dari semalam hingga lusa, maka kami 5 beranak pun mengambil kesempatan untuk menjenguk program tersebut. Di sebelah petang tu akan ada kemunculan Upin & Ipin, so boys ni apa lagi excited la kemain. Sementara menunggu kemunculan dua beradik kembar tu, kami pun pusing-pusing round-round tengok buku..Ammi dbelikan yaya buku ' Haiwan dari Mekah', kisah haiwan-haiwan yg dipilih Allah, yang membantu Para Rasul, semuanya dicatit dalam Al-Quran. Buku ni yg bagusnya ada tulisan rumi dan jawi so yaya boleh berlatih baca both. Harga Rm45.00 tp mcm biasalah bila ammi yg bermulut manis  pandai menawar ni yg membeli dptla diskaun Rm40.00 .

Lepas dah round tengok/belek/beli buku, ada satu mamat tu panggil yaya, 'dik dik upin ipin dah mai'..time tu dah berebut student USM (girls la of course) nak bergambar dgn upin ipin ni, tp si upin ni baik ati bergambar dgn kami dulu coz ada budak-budak kut..


Waidi-cam biasa tido dlm carrier
Yaya-cam biasa menten cool
Syaik-cam biasa takut giant puppet


dengan ipin lak..
syaik dah lari, huhuhu..
tak dpt nak bergambar dgn both coz berebut dgn students lak..


budak takut mascot, dah lari nangis, panggil baba
nak ajak balik, huhu..

After that dah penat, beli barang2 upin ipin sikit, ammi beli bookmark, utk mark dlm novels ammi, adik dpt kipas utk kipas kepala dia yg asyik berpeluh tu je..yaya dan syaik beli sand art..suka sangat!
Then ke kedai Nasi kandaq pelita kami pekena roti boom dan "air teh 3 layer", marbeles!! combination rasa teh tarik dan cendol..cubalah! :)


Sedap!!

Love u boys..
Nanti kita read together kisah haiwan dari mekah ye..

Blogger Templates
Blogger Templates

May 27, 2010

Jalan-jalan cari.....? Jalan -jalan di Queensbay Mall

Dear boys,
Seronok kan last sunday kita pergi jalan-jalan. Mula-mula kununnya nak pergi main kite dan bike kat luar Queensbay Mall tu, yang seberang Pulau Jerjak tapi memandangkan tengahari tu hujan turun dengan lebatnyer, dan menyebabkan agak basah kawasan tu untuk berlari-lari main kite, maka kita pun membuat keputusan untuk ke Quennsbay Mall ...ammi sebenarnya yg nak berada di dalam kawasan aircond yang sejuk-sejuk, hehe...
Semua excited, yelah dah lama tak pergi sana, melaram la masing-masing, adik la yang paling menghensemkan diri dgn romper nike barunya yg ammi beli di Cetot Outlet, cuma Rm15.00. Busha tight tu dari blogshop ammi sendiri dan anti slip socks tu pulak cuma Rm6.00 dari Mayangsari Kids Collection. Berbaloi-baloi! hish, macam mana lah blogshop ammi nak untung ni, asal ada sales je beli baju boys, huhu....

Ready to go ;)



Inilah aktiviti kami anak beranak main games yang dekat children floor
dalam JJ tu, best kan! hehe..
Waidi sebenarnya tido dlm SSC tu, menten je dia..
Nampaknya ammi yang teruja lebih ;p

Main rowing boat dalam raging river.
Bagus waidi tido je tak kaco ammi main, hehe..

Yaya main car racing while syaik jadi passenger.
Ammi n baba tak tahan gelak coz yaya kaki pendek tak sampai clutch, hehe..

Ni pulak mini games at promotion booth susu gain kids eye Q
Yaya and syaik jadi peserta so akan dapat markah bila join mini games
Station 1: mini bowling
Station 2: tekap logo
Station 3: Stack the block
Station 4: Find your way out of the maze
Last station: Jigsaw puzzle

Lepas dah buat semua mini games yang menguji IQ tu, boys pun dah penat,
dapat free 4 paket sample susu tu adik je dapat belon dari Mr Badut,
 adik beratur dapatkan belon, sorry waidi ammi tak snap pix pulak, 
lupala....ammi ni banyak ngat asyik lupa je nowadays..
So off to surau we went to pray maghrib,
after solat ape lagi aktiviti melantak mengisi perut la...
This time baba buat surprise, ajak gi McDonald.
Hmm...mana tak suka boys, bersorak keriangan...
Dapat sowang satu happy meal, cuma yang toy shrek Babywearing dah abis...
tinggal gingy and puss je..ammi yg teringain benar sebenarnya nak yg shrek tu, huhu..


Ammi's four heroes!

Macam biasa...yaya dengan sengih melebar, waidi asyik masuk benda dalam mulut...
syaik lak buat gaya cheeky..macam-macam lah anak-anak ammi ni..

After that, kita shopping sikit kat JJ, then terus pulang...;)
Next time kita jalan-jalan lagi ye....