Showing posts with label achievements. Show all posts
Showing posts with label achievements. Show all posts

August 31, 2010

11 -20 ramadhan-Menu-menu yg tertangguh

Dear boys,
Memandangkan ini adalah online diary ammi, untuk tatapan ammi dan rakan2 sekarang dan juga untuk tatapan boys bila dah besaq nanti, maka ammi kalau boleh nak mencatit segala benda penting dalam kehidupan harian famili kita, apa yg berlaku pada kita, achievement boys dan sebagainya..
Maka, ammi rasa untuk bulan ramadhan achievement ammi adalah dari segi ammi cuba memasak tiap hari ..
Bagi ammi sedap tak sedap belakang kira..yang penting cuba kan,. Tapi alhamdulillah setakat ni baba and boys kata ok lah boleh tahan sedap,hehe..

11 Ramadhan-Menu berbuka, lamb chop + homemade potato wedges + homemade coleslaw and topped off with homemade gravy ;-)

12 Ramadhan-Yaya requested mee goreng, ammi ni kalo bab mee macam fail sikit, tp tengok beriya jugak diaorg makan..hehe...;-)

13 Ramadhan- Tried out recipe for Nasi Ayam penyet,

14 ramadhan-Ammi diserang migrain, tak larat ke dapur. Baba masak, err silap masak kat bazaar, hehe..;p
(sayur dan sup dah nak basi) :(

15 Ramadhan-Ammi mencuba resepi nasi goreng ayam paprik. Memang sedap!! boleh buat lg lain kali..

16 Ramadhan-Menu simple je..mee sup + sambal kicap kaw kaw and home made begedil :-)

17 ramadhan-Roti naan segera, ayam serai berempah, salad and terung masak paceri.
 Nice combination jugaklah. ni namanya masak apa yg ada, hehe,,

18 ramadhan-Ikan siakap masak 3 rasa ;-) rasa masam, manis dan pedas ye..bukan rasa geram, marah dan benci ;p
Teringat iklan syaik suka.."rasa sedap, rasa sihat, rasa sayang.." ;-)

19 ramadhan-Hari MALAS masak, maka call aje le..8 minit sebelum berbuka baru sampai, nasib sempat.
 Dapat voucher 1 regular pizza free coz of late delivery, hehe..

20ramadhan-nasi goreng planta with herbed potato salad on the side, topped with chicken 
blackpepper bermayonis, completed with slices of tomatoes and cucumbers :)


Alhamdulillah rezeki kita kan boys...
Syukur ke hadrat Ilahi, sementara ammi muda masih kuat lg ni, ammi cuba lah..:)
Blogger Templates
Blogger Templates

August 9, 2010

Follow the leader

Dear boys,
Sekadar nak letak gambar-gambar ammi's boys beraksi.
Adik waidi dah pandai ikut 'leader' dia, tak bukan abang-abang dia sendiri..:-)

The Head Leader 


The Cheeky Leader


The Cute Little Follower :-)


Boleh ke panjat tu..


Main Camping




Nak gak main PS2 dengan abangs (sorry ye ni ammi guna kan english plural for abang, hehe).
Adik berposing dengan CD barunya yang dibeli di http://kedaikasihkami.blogspot.com/.
Katil tu asalnya ada cadar tapi bila boys melanyak, tercabutlah cadar nya..
buruk tul nampak togel, ishk..ishk..


Macam reti sangat main budak kecik ni..
Abang syaik baru berjinak nak main PS2


Eh perasan pulak org snap gambar dia

Boys, 
Ammi suka bila tengok u all boleh main sama-sama tak gaduh-gaduh..
Abang layan adik elok-elok, tak membuli
Abang ajar adik main sama-sama..
Keep it up my boys..

Blogger Templates
Blogger Templates

August 5, 2010

Hari sukan yaya ahad lepas

Dear Yaya,
First of all sorrylah ye sayang ammi lambat buat entry pasal sukan yaya, kita sibuk sikit kan dengan yaya nak exam semua..yaya kata nak dapat nombor tak lebih dari 7 kan so yaya nak buat elok2 so ammi pun tolonglah yaya men 'study' kan diri...
Ammi tak nak cerita banyak2, cerita ni pun dah lama..juz nak upload gambar2 yaya beraksi..

Yaya purple team-pagi tu start lambat coz ujan, padang basah tp semngat sukan yg kuat,
teruskan jua..

Yaya beraksi dlmn acara 'pukul bola golf style'



acara 'susun tin recycle'


Mereka-mereka yg tak berapa pay attention pada acara2 sukan, huhu

acara gelung rotan

acara tempurung kelapa

ammi join acara 'karang getah' macam zero point tu, main kecik2 dulu..
malangnya ammi 'laju' sgt, hehe..

acara penyampaian hadiah

Dengan medal nya

Over all PURPLE team menang! seronok sgt yaya! balik tu semua penat, pergi makan, balik solat then semua terbongkang! hehe..yaya lah yg paling lama tido :)
seronok ammi tengok yaya sukan, seronok lagi tengok yaya gembira team menang!
Till next year sukan lagi..

Blogger Templates
Blogger Templates

July 23, 2010

Waidi dah 11 bulan??

Dear Waidi..
Ammi ni bukan apa, macam terkejut jap, tengok kalendar dah 23hb july, dua hari lepas 21hb rupanya waidi dah 11 bulan ye sayang..sorrylah ammi ni tak perasan,..macam la ammi ni anak 7 bila anak ramai ni (lebih dari 1 dah ramai la kan ), ammi kadang-kadang ter miss perkembangan anak-anak. So hari ni ammi nak update sikit lah perkembangan waidi buat simpanan ammi..

Ok, lets see...waidi sekarang dah pandai berdiri tegak lepas tangan, nak berjalan setapak dua, belum menapak dah buat muka berlagak pastu terduduk..nasib baik pakai CD  tak lah sakit sangat muntut tu..
Walker dah tak mau naik, so dengan rela hati nya ammi bagi kat jiran selang satu umah kita yang ada baby boy gak, seronok sangat aunty tu dpt walker dari waidi..

Lagi waidi dah makan macam-macam, tak mau makan bubur sangat, lebih prefer makan nasi macam ammi, baba dan abang2..berak pun dah macam orang dewasa dah, huhuhu...


Dah faham sikit-sikit arahan contoh, ammi suruh sayang abang yaya, waidi cium yaya sampai yaya lemas! sampai penuh air liur muka yaya, hehe..kalau dengan abg syaik, ammi kata JANGAN sayang becoz abg syaik ni lain macam sikit kan, dia tak boleh air liur org lain kena kat dia, ammi pun tak faham la keturunan mana lah tu..tapi waidi faham bab sayang je so waidi pun cium abag syaik gak sampai nangis2 syaik ..sampai kena mandi dan tukar baju sayik, aduhai anak ammi..

Waidi sgt suka membantu ammi, iaitu MEMBANTUT kan kerja2 ammi, hehe..

Waidi ni ammi tengok lain perangai dari abang yaya dan syaik dari segi:

1) Suka mengutip segala benda habuk/sampah/makanan di lantai semua masuk mulut, kalau benda tu boleh cair dalam mulut comfirm waidi telan, if tak waidi kemam sampai la ammi perasan...

2) Tolong sepahkan semua CD (compact disc baba bukan CD waidi ye), kaset, DVd apa2 lah yg baba susun bawah tv tu..kalau kaset2 lama baba tu abis waidi tarik2 tape dia.Semua deco2 pun abis ditarik/dilempar nya

3) Suka tarik alas meja..

Dulu syaik dan yaya tak macam ni, ammi lambat sapu lantai/mop lantai pun tak apa, rumah cantik meja beralas, CD tersususn, decorations merata-rata..ni mesti waidi ikut baba kecik2 suka sepah ek.


Suka duduk gaya katak macam ni


Asal dihala kamera je tangan mesti angkat macam tu..

Ok waidi, be agood boy kay..
Oh ye, latest achievement waidi, waidi dah discovered 'part baru' body dia masa mandi, mesti nak main je situ..huhuhu...Waidi the little explorer.
Mmuahh..love u sayang..

Blogger Templates
Blogger Templates

April 8, 2010

CERPENTOT

Dear Yaya...

Pandai yaya menulis sekarang..
Makin kemaruk yaya nak menulis ye...
Ammi mintak izin 'copy paste' cerita-cerita yaya ke dalam blog ammi ye...
Manalah tahu, hilang yang original, at least ada yang 'back up' ni....
Jangan risau, yaya tak payah malu...this is a learning process for you ok


CERPENTOT (Cerita Pendek Kontot)
By Yaya Abdul
Bertajuk: Bacalah Sayang 
Cerita, lagu dan teka-teki dalam satu buku


1. Cita rumah 
Pada satu hari saya napak rumah catik 
lepas saya pegi rumah catik
saya balik rumah saya

(Pada suatu hari, saya nampak sebuah rumah cantik,
selepas saya melawat rumah cantik itu,saya pulang
ke rumah)

2. Lagu si lopat katak
Lopa lopa
Si katak lopa
Lopa lopa
si katak lopa lopa
saya kena maka denan buwaya

(Lompat lompat si katak lompat,
lompat lompat si katak lompat,lompat!
si katak dimakan oleh sang buaya........)

3. Cita Teka-teki
Teka - teki orang maka bayak

A- Sebab diya suka maka ayam
B- Diya maka
C- Sebab diya gemo

(Teka-teki, mengenai orang makan banyak. Adakah
kerana dia suka makan ayam, atau kerana dia kerap makan,
atau kerana dia gemuk)

p/s: Actually ammi pun tak berapa faham apa yang yaya
nak tanya dalam teka-teki ni..;p

4. Cita orag pecurik
Pada satu hari ada orag kaya
orag kaya itu kata dekat pagart diya
jagan orag pecurik masuk
ta de kata pagart diya
jagan orag pencurik masuk lepas pegi tido
Lepas pagart tido orag pecurik masuk

(Kisah si pencuri-Pada suatu hari si orang kaya
mengingatkan kepada Pak guard nya supaya jangan 
beri pencuri masuk ke dalam rumah. 
Tetapi malangnya Pak guard tertidur, si pencuri
pecah masuk ke rumah orang kaya)

Abis Cerita ya..(sekian terima kasih)

Keep on writing my love...
Photobucket

March 11, 2010

Exam result

Dear Yaya,
Dalam kesibukan pelajar lepasan SPM mengambil result mereka, yaya pun tak terkecuali mendapat result first exam yaya, ammi feels proud of you. Ammi tak kisah sangat pasal resultnya becoz ammi tau yaya did your best, yaya study/revise tiap malam, yaya betul2 serius dalam study yaya. Mula2 yaya macam tak suka sekolah kat Malaysia, yaya selalu compare dgn school kat Aussie yg more towards "learning thru play" compared to here that are more towards "academic oriented". Tunggu lah kut baba jd Minister of Education boleh tukar sistem, huhu..Tapi as time goes by, yaya are more adapted.Alhamdulillah ammi pun lega tengok yaya adjusting well here.


Berikut adalah results subjek-subjek yaya (ranking from lowest to highest)



  • Bahasa Arab - 72%
  • Pendidikan Islam - 76%
  • Science - 92%
  • English - 95%
  • Pendidikan Jawi - 96%
  • Bahasa Melayu - 96%
  • Mathematics - 100%

Ammi ucapkan tahniah utk yaya , you deserved this, you did your best.
Also tahniah utk acik adah, adik kepada baba yg resultnya  agak-agak ok la, dan tahniah untuk adik mak long bib yg mendapat result insan yang yang cemerlang.
Keep it up my boy! nanti kita balik umah tokba , kita mintak tokba belanja ek, hehe..
Mmmuaahh...
Photobucket

March 8, 2010

Shopping list

Dear yaya,


One sweet saturday evening, while ammi was cooking in the kitchen, ammi was saying out loud to baba things that needed to be bought the next day at TESCO. Ammi was going to make a shopping list later as there was so many things..


You overheard ammi & volunteered to write down the list of things. So you took ammi's little note book & your pencil, sat down  & begun writing whatever ammi said. You never asked for any spellings whatsoever...


This is what the shopping list looks like: 


Barag basah

sayo
ayam
naget
bega
min sewit 

Barag kerin

beras
vono
roti
magi
jasoberi
perago
bisukut oriyo
soso siram
soso tayi
cis
vatejen
gula
susu marigol
sirial ammi

Layin-layin

penodo
boto yaya
boto babi
makanan babi
buku yaya
habiyah zube

Toletelis

ph 5.5
2 in 1
pat ammi
babi puya sabun
ubat gigi
vaniyi

At the bottom of the list you wrote -masa da tamat


Maybe some day when you can read & write properly, you'll laugh your head off. Baba & ammi certainly did!
You light up our day darling
Thank you for helping ammi write down the list, ammi will keep that list forever..
It's so precious, your first ever shopping list...
love you to pieces...
Photobucket

February 22, 2010

Half Birthday

Dear Waidi,


Time flies, doesn' it..sekejap je anak cute ammi ni dah half a year, sorry lah sayang ye,ammi ni kurang beri perhatian pd waidi. Maksud ammi, ammi kurang fokus terhadap perkembangan waidi, ammi kadang2 tak perasan yg waidi ni dah membesar & mencecah 6 bulan. Mungkin kerana bz dgn abg2 waidi. dulu masa cuma ada abg yaya, dialah sorang yg ammi ulit hari2 so ammi lebih fokus terhadap tumbesaran & tiap perkembangan dia. Masa time abbg syaik kecil pun, abg yaya masih kecil juga so ammi tidak sesibuk sekarang.


Waidi,


Ammi ni kadang2 terkejut tgk tiba2 waidi dah pandai tiarap  & guling2 sampai masuk bwh sofa. Ammi tiba2 tersedar yg waidi dah nak masuk 6 bln & boleh disuap makanan solid.Ammi kagum dgn pencapaian waidi yg dah laju naik walker & pandai pegang toys, ammi tak terperasan yg waidi is growing fast. Ammi alpa dgn tiap 21hb yg patutnya menambah usia waidi..Ammi tak sengaja syg, dulu masa abg2 waidi kecil ammi kurang t/jwb. Sekarang ammi ada 3 heroes nak dijaga, plus baba of course. Tambahan pula skrg abg2 waidi dah bersekolah & masing2 ada t/jwb di sekolah spt h/work dan hafazan yg ammi kena monitor daily.







Waidi,


Ammi tahu tu bkn alasan, tp apakan daya ammi ni manusia biasa..bila malam2 ammi mengadap komputer, abg2 waidi dah tidur dan cuma tinggal kita berdua..,time tu lah yg ammi 'terperasan' yg anak cute ammi dah besar, makin pjg, makin pandai macam2..suka mkn, lagi2 homemade mashed potatoes. Waidi dah cam muka ammi sbg orang yg akan beri comfort dan susu utk waidi, ammi suka sgt bila waidi nampak ammi dan excited, waidi tarik rambut ammi dan tatap wajah ammi dgn penuh kasih sayang & buat aksi cium pipi ammi...Bila breastfeeding pula  waidi genggam ibu jari ammi dan kadang2 pegang rantai leher ammi.


Waidi sayang,


Sesungguhnya ammi bertuah dpt breastfeed waidi secara exclusive & direct feeding  dari lahir until kini, dan InsyaAllah hingga waidi cecah 2thn..bonding ini amat berharga bg kita, mmg erat sgt rasanya ikatan ini. Ammi tak puas2 menatap wajah waidi, lg2 bila breastfeeding. Kadang2 waidi tenung ammi, so lovely & cute..


Waidi dear,


Happy half birthday syg, lg half a year waidi akan mencecah setahun..wow! ammi can't wait..
May u be a good soleh muslim boy..
Love u sayang soo much, now lets join ur brothers for bed.




Photobucket

February 9, 2010

Perkembangan terkini..

Dear boys,


Alhamdulillah sekali lg ammi bersyukur kpd Allah s.w.t kerana diberi peluang kpd ammi utk menyaksikan sendiri perkembangan anak2 ammi setiap hari,juga kpd baba kerana membenarkan dan menggalakkan ammi menjadi a SAHM.Dibawah adalah senarai perkembangan mengikut kategori:-


(1a) Perkembangan fizikal (motor kasar):


Yaya:  Yaya skrg ammi tgk dah mahir bermain badminton, yaya boleh lawan ammi dan baba berturut-turut dlm 1 game non stop. Ammi dan baba yg penat, mungkin menunjukkan kami yg makin tua *wink*.Attaboy my son.


Syaik: Syaik mmg kuat melompat, tak kiralah dlm atau di luar rumah, dari atas sofa ke lantai, dr atas kantil ke bwh, lompat2 dlm petak2 tiles, seronok ammi tgk tp kadang2 memenatkan juga wahai syasyaik.
Syaik juga dah laju mengayuh basikal -dgn bantuan training wheels. Kemaruk ye bgn pagi terus cari basikal.


Waidi: waidi my boy dah pandai tiarap dgn sendirinya tanpa bantuan sesiapa, w/pun agak lmbt sedikit (mengikut panduan dlm buku), tp bg ammi setiap individu itu adalah unik,setiap org ada tahap mereka masing2. Jgn risau syg..
Waidi juga dah makin laju atas walker,sudah bergerak ke depan, dulu selalu meng gostan. Kesian pula ammi tgk waidi nak men'drift' dlm ruang yg agak sempit ni.


(1b) Perkembangan fizikal (motor halus):


Yaya: Yaya dah tak perlu bantuan ammi memakai butang baju sekolah, w/pun yaya agak lmbt menguasai kemahiran ini, tak apa syg, yg penting yaya keep in trying.."Practice makes perfect", right?
Cara yaya pegang pensil pun dah makin ok, w/pun agak kekok dipandang mata, bg ammi yg penting jari2 yaya tak sakit dlm proses menulis dan tulisan yaya kemas dan boleh dibaca.
Lukisan2 yg yaya draw pun dah semakin canggih dan meng 'amaze' kan ammi & baba.


Syaik: Syaik mmg suka drawing & colouring & cutting papers. You just love anything to do with art, kotak2 tisu akan ammi simpan utk syaik buat art n craft. Drawing syaik mmg tak mcm umur 4thn (bak kata baba, well baba is the expert in childhood education, so it must be true)
Syaik pandai mewarna dlm ruangan (tidak comot dan tidak keluar dr gambar).


Waidi: Waidi's eye & hand coordination semakin baik, waidi boleh mencapai apa2 yg ada di depan mata. Ammi selalu meletakkan playgym di dpn waidi utk waidi capai n play.
Waidi cam semua ahli keluarga, bila tgk muka baba, waidi tersengih & akan tarik janggut baba, if tgk muka abg yaya, waidi jd geram & tarik2 rambut abg yaya. If waidi tgk muka abg syaik, waidi akan gelak terkekek-kekek, & if waidi tgk muka ammi, waidi buat muka someone in love, yelah cyg, ammi kan buah hati mu..


(2) Perkembangan Kognitif:


Yaya: Yaya byk bersoal dan bertanya pd ammi dan baba tentang mcm2 perkara, it shows u are curious & wants answers to all ur questions. Kadang2 ammi & baba pening mcm mana nak jwb some of ur questions.

Syaik: Syaik juga byk bersoal tp kurang tahap ammi dan baba pening.


Waidi masih kecik utk dinilai oleh ammi..


(3) Perkembangan bahasa:


Yaya: Yaya kadang2 confuse dgn both bahasa & english. Memang gelihati ammi tgk yaya kadang2 membaca english teks dlm BM. Yaya kurang pelat, tetapi ada certain words yaya masih tak boleh pronounce dgn baik lg, kurang jelas di telinga ammi.


Syaik: Syaik boleh bertutur fully malay/english in a sentence. Yang paling ammi suka syaik speaking english aussie style! Syaik kurang pelat dr abg yaya tp vocab syaik masih kecil.


Waidi: Waidi boleh menyebut 'bah, bah, bah, mbah'. Tengah kemaruk menyebut bah skrg, berbuih-buih mulut waidi. W/pun ammi pujaan hati tp baba tetap 1st word waidi..nanti cuba sebut ammi/ummi pulak ye..


(4) Perkembangan Sosio-emosi:


Yaya: Yaya kerap meluahkan perasaan marah/tak puas hati jika tak menepati apa yg yaya nak.
Yaya juga pandai mengambil hati ammi jika mahu kan sesuatu. If yaya happy memang jelas terpampang begitu juga if yaya sedih, yaya akan luahkan..Yaya akan nangis dan merajuk di corner.


Syaik: Syaik lebih appreciate the good things in life, syaik says things like "sedapnyeeee ammi masak" atau "cantiknyeee tudung ammi" atau "comelnye hadwan huwaidi ni".
Jika marah syaik tidak akan simpan, syaik akan luahkan terus, selalunya dgn cara fizikal spt memukul abg yaya dan merajuk dgn ammi. Syaik cepat marah tp cepat juga cool semula..


Waidi: Waidi nangis nak nenen, nangis bila nak attention, nangis bila nak di dukung. Waidi senyum/sengih bila happy, Waidi suka semua org si keliling dia, Waidi merengek jika tak selesa..




Pada hakikat nya yg ammi tahu (ammi learns from baba) cuma ada 4 basic perkembangan, tp disini ammi nak add 1 lg, 
(5) perkembangan dr segi pengetahuan islam/agama:


Yaya: Alhamdulillah anak ammi ni dah pandai berazan dan berqamat dgn sempurna, tak kisahlah kan sumbang or pitching lari (nanti baba boleh ajar kemudian nak wat lenggok2 tu..). Sebelum ni yaya azan ada rongak2 dan tunggang terbalik.
Yaya juga dah masuk buku Iqra' 2 dlm bacaan iqra', dan hafazan yaya setakat ni dah smpi A-Zalzalah.
Yaya dah boleh berwuduk dan solat dgn agak sempurna, cuma ada certain bacaan kadang2 silap.
Yaya tahu different agama & apa istimewanya Islam berbanding agama lain.


Syaik: Syaik boleh mengikut urutan solat, tahu yg mana dulu. Cuma byk bermain jika baba, ammi & abg yaya nak berjemaah.
Syaik dah pandai baca Iqra' 1, alif atas a - jim di atas ja. 


Ammi seronok tgk anak2 ammi membesar dgn baik dan sihat..Walaupun ini semua adalah perkembangan kecil tp bg ammi sgt membanggakan.
Keep up the good work my boys..
Photobucket