Showing posts with label BF. Show all posts
Showing posts with label BF. Show all posts

August 17, 2010

6 Ramadhan- Set Shaklee Alfalfa dan menu berbuka

Dear Waidi,
Memandangkan sekarang ni bulan berpuasa, dan ammi ni ammi yg menyusukan anak sepenuhnya, maka before start ramadhan ammi dah beli supplement yg boleh membantu dari segi memperbanyakkan breastmilk utk waidi tersayang..Sebelum ni memang mencukupi cuma bila puasa selalu ammi ni senang rasa nak pitam (actual pitam tu tak lah, perasaan dan rasa tu je, huhu) dan penat selalu. Ammi ambil supplement ni sekadar utk membantu, lagi-lagi pulak ammi ni SAHM (stay-at-home-mum) dan waidi bf secara direct feed, waidi tak reti dan tak mahu isap botol, dah tu bila direct feed ni bila suka hati dia nak nenen, dia nak lah kan..tak kan ammi nak halang pulak..waidi ni memang kuat gayut,tapi makan pun kuat gak, tu lah agaknya badan masih menten bam bam! hehe..

Sebelum ni ammi pernah cuba alfalfa shaklee ni (dpt dari Rini hadiah masa pergi gathering SI dan RH bulan 2 dulu). Also Habbatus Sauda' softgel dr HPA, alhamdulillah byk susu dihasilkan, lepas tu pernah cuba Fenugreek capsules..yg ni bg ammi kureng sikit, coz dia kena mkn before meal (selalu ammi lupa) dan byk kena makan thru out the day..so kali ni ammi nak berbalik semula dgn alfalfa sebab rasanya yg tu paling berkesan buat diri ini..Ammi order dari Aunty Rini of http://whizchini-shoppe.blogspot.com/, ammi amik trial pack ASAHE set becoz ammi ada masalah jerawat dan sinus sikit (30 days trial)...So far walaupun baru sehari ammi puasa (hari-hari sebelum ni tak boleh puasa, tp mcm puasa coz makan sahur, then makan sikit2 je during the day then makan berbuka) alhamdulillah banyak betul breastmilk, waidi nenen belah sini, belah sana comfirm bocoq, hehehe...

Ok, enough about that, yg ni pula kisah menu berbuka semalam..maaflah jika ada pihak yg meluat /boring tengok menu je dlm blog ni, ammi ni sekadar mencuba resepi2 baru dan lama dan suka mencatit dlm online diary ni..ammi ni memang gemar menulis diary, masa kecik2 dulu tiap tahun diary penuh je, semua benda nak tulis/catit..(dulu tak de benda alah blog online ni...) .Sekadar untuk kenangan di hari tua hari-hari akan datang dan yg paling penting utk tatapan boys bila besar nanti...Lagipun ammi kan SAHM, tidak keluar berkerja so tak ada alasan lah balik lambat kena beli makanan ,penat ke, ape ke,  kecuali alasan MALAS, hihi..;p

Percubaan pertama ammi membuat nasi tomato dipetik dari Dapur Kak Suzi
Dilengkapi dgn ayam masak merah, daging masak kurmak ,poppadom dan acar.
(yg  ni semua resepi cincai boncai sendiri)
Alhamdulillah menjadik! risau gak terlembik ke, masin ke..yg paling best yaya makan 2 pinggan..^_^


Seronok tengok yaya puasa, makan bertambah-tambah..
Ni yg buat ammi semangat nak try masak macam-macam...
Lagi 24 hari je lg yaya....
Blogger Templates
Blogger Templates

August 6, 2010

Rindu pada wajah-wajah comel ini..

Dear Akish, Ulwan dan Anis...


Ammi rindu all of you soooo much!!!
Betullah dengan Breastfeeding itu terciptanya satu bonding yang amat kuat..Sesungguhnya bila dah berjauhan dan dah lama tak berjumpa ammi terasa sebak dan rindu sangat2 dengan u all..tak sabar rasanya ammi nak balik raya ni nak cium/gomol/peluk u all..sabar ye, tunggu ammi balik...


Wajah 1-kak yong yang comel...
Kak yong merasa susu ammi sepanjang sebulan masa ammi jaga dia bila mama 
start kerja lepas pantang dulu ..


Wajah 2- Ulwan si budak cute..
Ulwan pun banyak kali minum susu ammi kan, masa mama demam breast bengkak
ulwan minum susu ammi yg dah ammi tinggalkan frozen dekat rumah tokma tu kan..
Direct feed pun banyak kali ..:)


Wajah 3- Anis yang bijak...
Anis selalu ammi susukan  bila mama dan papa ada program, yaya pun selalu ammi
tinggalkan dengan mama tati if ammi dan baba perlu pergi somewhere...



Ammi sudah tiga kali mengandung dan bersalin..
Tapi ammi sebenarnya ada kesemuanya ENAM orang anak...
FOUR boys dan Two girls..:-)
Alhamdulillah..sangat bersyukur, ammi sangat bertuah....
Love all 6 of you...
Ammi is in sebak mode...
Till we meet in Aidilfitri InsyaAllah.......

Blogger Templates
Blogger Templates

July 20, 2010

Ammi attend SGM @ USM

Dear boys..

Alhamdulillah..sabtu lepas ammi dapat attend SGM (support group meeting) yg diadakan di Hadanah, Pusat Islam USM. Dulu ada juga dibuat pd bulan 6 tapi ammi tak dapat attend becoz ada program di sekolah yaya-yaya berlakon dalam pementasan english..SGM InsyaAllah akan banyak diadakan tapi yaya berlakon tak selalu kan..:). SGM kali ni dianjurkan oleh Dayah, Izah  dan Shidah, .Shidah speaker of the day. Topik yang dibincangkan ialah mengenai 'MITOS-MITOS DALAM PENYUSUAN IBU', banyak juga yg dibincangkan ammi dah tahu tapi ada juga beberapa perkara baru...Baba drop ammi and the boys, dia pergi lenggang-lenggang kangkung sorang ke jalan kulit cari barang..

Mula-mula sesi taaruf dilakukan, mommies  briefly cerita mengenai diri, keluarga dan cabaran menyusukan anak..then discussion bermula..Antara yang dibincangkan ialah mengenai boys lebih kerap menyusu dari girls, sebenarnya tidak..juga jika breast seseorang ibu itu kecil maka susu yg dihasilkan sikit, itu juga salah kerana itu semua bergantung kepada 'demand dan supply', ammi teringat suatu ketika dulu, ammi menyusukan waidi di rumah nenek (mak kepada baba a.k.a mak mertua ammi), time tu ammi baru lepas makan dan susu tgh banyak, waidi nenen sampai tersedak-sedak..nenek tengok lepas tu komen "kenapa tu?tersedak susu ke? mak tengok kopek kecik je, tapi susu banyak". Tu dah terbukti mitos tu salah! hehe..Alhamdulillah ammi's boys semua membesar sihat dgn susu ammi ni..Tidak semestinya breast besar susu banyak, kalo mcm tu Pamela Anderson tu byk susulah (bak kata Dayah)...hehehe

Waktu seorang ibu tu sakit ataupun mengandung pun tidak perlu menghentikan penyusuan, kebanyakan ubat adalah selamat utk baby menyusu, kecuali ubat cancer lah becoz ia bukan bertujuan menyembuhkan tetapi more to killing the evil cells. Masa ammi pregnantkan syaik dulu ammi dinasihatkan doctor supaya stop BF yaya becoz risaukan boleh menyebabkan keguguran..doctor tak kata wajib tapi digalakkan..ammi masa tu pun sebenarnya tak banyak lagi ilmu mengenai semua ni so stop BF yaya, mmg seksa nya ya amat..kesian yaya, if ammi had known earlier, ammi could have continued BF yaya becoz ammi had no history of miscarriage. Then again, maybe tidak becoz mungkin if yaya cont BF ammi mungkin tak larat dan sebagainya..Wallahua'lam..Apa-apa pun ammi mendapat sedikit ilmu di SGM tu, if ammi pregnant lg but waidi still BF, mungkin ammi akan cuba continue to BF waidi ikut kemampuan..

Antara lain yg dibincangkan ialah pasal sebelah susu adalah nasi, dan sebelah lg adalah air, orang tua-tua kata bg susu kanan dulu (nasi) dan kemudian kiri, kira bg air, itu juga adalah mitos, semua susu sama saja..bezanya adalah 'foremilk' iaitu susu yg kurang kandungan lemak (yg awal dihasilkan), dan hindmilk iaitu susu yg mengandungi lemak yg lebih sikit (susu yg kemudian), sebaiknya utk penyusuan yg sempurna, bg baby itu hisap susu sehingga kenyang iaitu dia sendiri melepaskan breast dan bukan secara paksaan, ini bertujuan utk baby mendapat khasiat menyeluruh..Yang lawaknya malam tu yaya nampak ammi bg nenen waidi dan yaya cakap "haa tu adik mkn nasik, jap lg minum air", rupanya dalam sibuk buat homework dan meng colour buku tu dia dengar juga apa aunty shidah cerita, bagus my son! :), hehe..(tapi sebenarnya silap tu kan yaya, ammi dah betulkan pun). Seseorang ibu juga tidak perlu minum susu utk menambah susu ibu, cukup sekadar mengamalkan sistem 'demand dan supply', jika ibu berkerja perlu melakukan pumping on time bukan sekadar tunggu hingga breast dah berat..Bagi ammi yg tak bekerja ni yg penting makan ontime dan minum air suam setiap kali lepas makan, alhamdulillah setakat ni susu ammi banyak dan mencukupi..

Seperti biasa bila ada program mcm ni, potluck adalah di alu-alukan..Disebabkan ammi nak cepat, goreng mihun je pagi tu..rupanya ada 5, 6 jenis mee goreng dan mihun goreng yg dibawa, semua org kenyang makan mee je, hehe..program bersifat santai, sambil dengar shidah cerita, sambil bincang-bincang, sambil makan-makan..yelah kebanyakan pun ibu-ibu pregnant and BF, semua perut 2, 3, lapar sokmo, huhuhu..

At the end of the program seperti biasa sesi bergambar..
Semua mommies and babies (luar dan dalam perut ) posing sakan..

Nampak tu ammi tu nak menten cun jugak walaupun dalam longkang, hehehe..;p

Shidah (speaker) yg dalam longkang 2 dari kiri..
Izah bertudung hitam sebelah beliau (pregnant 5 bulan tak silap with her second)..
Dayah pula yg berdiri 3 dari kanan with baby mursyid ,mursyid br 2 bulan lebih, 
ummi nya baru start kerja kembali..
Kak Ain berdiri 2 dari kiri with najla tu pula kawan ammi, walaupun baru sekali jumpa
 (actually 2 kali, 1st at Gathering SI hari tu tp tak berkesempatan berborak face to face..) 
 tp macam dah rapat..kenal dalam FB dan SMS je.hehe..


Till next time, InsyaAllah after raya...
Ammi yg beranak 3 dan SAHM ni sebenarnya nak berkawan, cari kawan baru yg punyai persamaan..
Also untuk menambahkan pengetahuan..:-)
Go breastfeeding moms!!
Blogger Templates
Blogger Templates

April 26, 2010

Babywearing and Nursing Wear in Action

Dear Waidi,
Waidi ni kan memang manja dengan ammi...pastu lak kan susah betul kalau kena berenggang dengan ammi kan. Kalau nak gi jalan2 dalam stroller 5 minit je pastu nak suruh dukung..Mana  larat yang oi...Sebelum ni ammi ada join gathering susuibu tu kan, adalah demo pasal BW (babywearing) ni, ammi berkenan juga..yang paling ammi suka Jumpsac SSC tapi seperti yang dinyatakan dlm entry ammi dulu, SSC ni agak pricey...so ammi pun search and search online ,apa yg sesuai dgn kita..

Ciri-ciri yang ammi amat pentingkan ialah:


  • Dalam budget
  • Tidak bulky
  • Jika boleh ada beg khas untuk carry the BW item
  • Practical-tidak rumit
  • Free size so both ammi dan baba boleh BW 
  • Not too feminin juga sebab baba boleh BW
  • Nampak kemas
  • Selesa bagi ammi/baba and of course waidi
Waidi,
Maka selepas berminggu-minggu buat kajian, juga dgn pertolongan Mak Long Bib, btw,Congrats Bib atas newborn baby boy.Rasa macam dah boleh wat phD in BW ni, hwa3x. Ammi pun decides on Littlepods Carrier. Menepati semua ciri di atas cuma.......lari sikit dari budget coz budget asal cuma Rm150 ke bawah...tapi carrier ni Rm199. Ciri-ciri lain menepati so ammi rasa ok lagi..duit boleh dicari kan waidi, tangan ammi yang lenguh ni siapa nak urut kan, waidi kan..* hint for baba, hehehe..*

Maka minggu lepas ammi pun google map lah littlepods cawangan penang ni, ada di lorong selamat...tak lah jauh sangat pun..Pergilah kita try/test/cuba BW ni..memang best! Ammi pilih kaler yang sesuai utk baba pun nak BW waidi. 

Minggu lepas juga ammi beli NW (nursing wear) online di gorgeous2u, memang practical! Yang ammi suka senang sgt nak BF waidi and ada poket di tepi utk letak hp, duit sikit, tisu etc..maklumlah sejak ada waidi ni ammi jarang berhand bag kecuali kalo nak melaram sakan je.
Below are some pictures of  BW and NW in action, masa kita pergi tronoh jumpa Aunty Suzi .



Terer tak ammi BF/NIP kan waidi while walking, haha..


Baba BW while posing macho


Waidi suka giler

Best kan waidi..ammi suka, waidi lagi suka kan...
Smile your cute smile always my darling..

Photobucket