Showing posts with label Hobby ammi. Show all posts
Showing posts with label Hobby ammi. Show all posts

August 15, 2010

Jualan penghabisan stok sempena ramadan dan syawal

Dear aunties,
Jemput ke blogshop ammi ye, jualan penghabisan stok sempena ramadhan dan syawal,

http://sayangsarabowtique.blogspot.com/

Thank you all,
Selamat berpuasa dan beramal..
Blogger Templates
Blogger Templates

July 20, 2010

Ammi attend SGM @ USM

Dear boys..

Alhamdulillah..sabtu lepas ammi dapat attend SGM (support group meeting) yg diadakan di Hadanah, Pusat Islam USM. Dulu ada juga dibuat pd bulan 6 tapi ammi tak dapat attend becoz ada program di sekolah yaya-yaya berlakon dalam pementasan english..SGM InsyaAllah akan banyak diadakan tapi yaya berlakon tak selalu kan..:). SGM kali ni dianjurkan oleh Dayah, Izah  dan Shidah, .Shidah speaker of the day. Topik yang dibincangkan ialah mengenai 'MITOS-MITOS DALAM PENYUSUAN IBU', banyak juga yg dibincangkan ammi dah tahu tapi ada juga beberapa perkara baru...Baba drop ammi and the boys, dia pergi lenggang-lenggang kangkung sorang ke jalan kulit cari barang..

Mula-mula sesi taaruf dilakukan, mommies  briefly cerita mengenai diri, keluarga dan cabaran menyusukan anak..then discussion bermula..Antara yang dibincangkan ialah mengenai boys lebih kerap menyusu dari girls, sebenarnya tidak..juga jika breast seseorang ibu itu kecil maka susu yg dihasilkan sikit, itu juga salah kerana itu semua bergantung kepada 'demand dan supply', ammi teringat suatu ketika dulu, ammi menyusukan waidi di rumah nenek (mak kepada baba a.k.a mak mertua ammi), time tu ammi baru lepas makan dan susu tgh banyak, waidi nenen sampai tersedak-sedak..nenek tengok lepas tu komen "kenapa tu?tersedak susu ke? mak tengok kopek kecik je, tapi susu banyak". Tu dah terbukti mitos tu salah! hehe..Alhamdulillah ammi's boys semua membesar sihat dgn susu ammi ni..Tidak semestinya breast besar susu banyak, kalo mcm tu Pamela Anderson tu byk susulah (bak kata Dayah)...hehehe

Waktu seorang ibu tu sakit ataupun mengandung pun tidak perlu menghentikan penyusuan, kebanyakan ubat adalah selamat utk baby menyusu, kecuali ubat cancer lah becoz ia bukan bertujuan menyembuhkan tetapi more to killing the evil cells. Masa ammi pregnantkan syaik dulu ammi dinasihatkan doctor supaya stop BF yaya becoz risaukan boleh menyebabkan keguguran..doctor tak kata wajib tapi digalakkan..ammi masa tu pun sebenarnya tak banyak lagi ilmu mengenai semua ni so stop BF yaya, mmg seksa nya ya amat..kesian yaya, if ammi had known earlier, ammi could have continued BF yaya becoz ammi had no history of miscarriage. Then again, maybe tidak becoz mungkin if yaya cont BF ammi mungkin tak larat dan sebagainya..Wallahua'lam..Apa-apa pun ammi mendapat sedikit ilmu di SGM tu, if ammi pregnant lg but waidi still BF, mungkin ammi akan cuba continue to BF waidi ikut kemampuan..

Antara lain yg dibincangkan ialah pasal sebelah susu adalah nasi, dan sebelah lg adalah air, orang tua-tua kata bg susu kanan dulu (nasi) dan kemudian kiri, kira bg air, itu juga adalah mitos, semua susu sama saja..bezanya adalah 'foremilk' iaitu susu yg kurang kandungan lemak (yg awal dihasilkan), dan hindmilk iaitu susu yg mengandungi lemak yg lebih sikit (susu yg kemudian), sebaiknya utk penyusuan yg sempurna, bg baby itu hisap susu sehingga kenyang iaitu dia sendiri melepaskan breast dan bukan secara paksaan, ini bertujuan utk baby mendapat khasiat menyeluruh..Yang lawaknya malam tu yaya nampak ammi bg nenen waidi dan yaya cakap "haa tu adik mkn nasik, jap lg minum air", rupanya dalam sibuk buat homework dan meng colour buku tu dia dengar juga apa aunty shidah cerita, bagus my son! :), hehe..(tapi sebenarnya silap tu kan yaya, ammi dah betulkan pun). Seseorang ibu juga tidak perlu minum susu utk menambah susu ibu, cukup sekadar mengamalkan sistem 'demand dan supply', jika ibu berkerja perlu melakukan pumping on time bukan sekadar tunggu hingga breast dah berat..Bagi ammi yg tak bekerja ni yg penting makan ontime dan minum air suam setiap kali lepas makan, alhamdulillah setakat ni susu ammi banyak dan mencukupi..

Seperti biasa bila ada program mcm ni, potluck adalah di alu-alukan..Disebabkan ammi nak cepat, goreng mihun je pagi tu..rupanya ada 5, 6 jenis mee goreng dan mihun goreng yg dibawa, semua org kenyang makan mee je, hehe..program bersifat santai, sambil dengar shidah cerita, sambil bincang-bincang, sambil makan-makan..yelah kebanyakan pun ibu-ibu pregnant and BF, semua perut 2, 3, lapar sokmo, huhuhu..

At the end of the program seperti biasa sesi bergambar..
Semua mommies and babies (luar dan dalam perut ) posing sakan..

Nampak tu ammi tu nak menten cun jugak walaupun dalam longkang, hehehe..;p

Shidah (speaker) yg dalam longkang 2 dari kiri..
Izah bertudung hitam sebelah beliau (pregnant 5 bulan tak silap with her second)..
Dayah pula yg berdiri 3 dari kanan with baby mursyid ,mursyid br 2 bulan lebih, 
ummi nya baru start kerja kembali..
Kak Ain berdiri 2 dari kiri with najla tu pula kawan ammi, walaupun baru sekali jumpa
 (actually 2 kali, 1st at Gathering SI hari tu tp tak berkesempatan berborak face to face..) 
 tp macam dah rapat..kenal dalam FB dan SMS je.hehe..


Till next time, InsyaAllah after raya...
Ammi yg beranak 3 dan SAHM ni sebenarnya nak berkawan, cari kawan baru yg punyai persamaan..
Also untuk menambahkan pengetahuan..:-)
Go breastfeeding moms!!
Blogger Templates
Blogger Templates

July 2, 2010

New limited stock

Salam semua...
Di sini ammi nak umumkan blogshop ammi ada new stocks tapi very limited..
untuk kawan-kawan ammi sudilah singgah blogshop ammi ye....


STOK BARU

Jika ada yg berkenan silalah contact ammi...
Terima kasih didahulukan...
Senyum selalu..

Blogger Templates
Blogger Templates

April 29, 2010

Danielle Steel's Collection

Dear Boys,
Mungkin yaya and baba in our little family je yang tahu setakat ni betapa obses nya ammi with the author Danielle Steel. Yaya pun dah kenal 'DS', if nampak buku-buku 'DS' di mana-mana mesti yaya berlari-lari panggil ammi.Dari remaja remaji dulu ammi dah start reading her books.Masa belum kawin tu ammi pinjam dari kawan2 or pergi library untuk pinjam. Satu buku sekejap je abis. After kawin dgn baba, ammi paksa mintak tolong baba pinjamkan di library UPM since time tu baba work there. Banyak dah koleksi dia yang ammi dah baca. When baba dapat kerja di UPSI baba pinjamkan di library sana pula..same goes masa baba belajar di FLINDERS UNI dan USM, banyak dah baba pinjamkan untuk ammi baca di waktu lapang..DS books ni memang 'page turner' sampai leka ammi nak membuat housechores semua...

Ammi pun dah tak ingat sebanyak mana koleksi dia yang ammi dah baca, memang banyak sangat. After a certain time,ammi rasa nak wat collection sendiri pula, so bermulalah episod 'Danielle Steele Novel Hunting', masa di Adelaide dulu banyak garage sales, car boot sales dan kedai salvation army yang jual barang-barang murah baik punyer!. Kat Penang ni  pula ada Chowrasta road dan Roadwalk yang juga jual barang-barang terpakai yang masih elok kualitinya.  Tidak lupa juga boleh didapati online thru ebay.


Selain DS books, ammi meminati Sophie Kinsella, Jane Feathers, Jude Deveraux ,Julia Quinn and Nora Roberts. Nora Roberts ni pun suka sangat cuma kureng dari segi koleksi coz dia banyak siri triology atau bersiri, kena beli koleksi penuh dia, memang kena beli baru lah cam gitu. Susah nak dapat yang 2ndhand. Authors lain banyak juga dlm koleksi ammi, cuma yang lain2 tu ammi kureng minat dan tak banyak lagi koleksi dari author yg sama. Authors lain seperti Cathy Kelly, Jackie Collins, Virginia Andrews, Barbara Delinsky dan Barbara Taylor Bradford .Mereka ni boleh dikategorikan OK tapi bukanlah bg ammi 'a page turner'


Beberapa fakta mengenai koleksi ammi:



  • Tidak pernah beli baru (di kedai buku etc)
  • Buku-buku tidak melebihi harga AUD5.00 atau RM15.00 tiap satu
  • Setakat ni tak pernah ter overlap beli buku yang dah pernah dibaca
  • Koleksi buku yang ada lebih banyak jadi hiasan dari di baca,yang dibaca banyak nya dipinjam dari library ;)
  • Banyak novels ammi disimpan dlm kotak, tunggu pindah rumah sendiri nanti baba janji akan buatkan a whole set of shelves just for ammi's collections. Yahoo!

DS Collection


Bukan DS, tapi yg di luar kotak ;)
Yang lain-lain disimpan rapi..

DS Hard Cover


DS Soft cover + a bit of Sophie Kinsella's

Here are the whole list of ammi's collection:

Hard cover:

  1. Zoya
  2. Mirror Image
  3. The Cottage
  4. Honour Thyself
  5. Silent Honour
  6. The Klone and I
  7. The House on Hope Street
  8. The Wedding
Soft Cover:

  1. Jewels
  2. The Ghost
  3. The Ranch
  4. Vanished 
  5. No Greater Love
  6. Message from Nam
  7. To Love Again
  8. Full Circle
  9. Accident
  10. Star
  11. Remembrance
  12. Changes
  13. Dating Game
So total 21 Books.

Dear friends,
If any of you ada DS books yang nak dibuang, dijual or lebih baik nak BAGI je, amat di alu-alukan..hehehe..Lagi-lagi yang kat obersi tu..Ayu @ Adelaide and Oyis @ Plymouth :-) kalau rajin gi CBS, GS and Salvos, tolong2lah yek belikan yang tak ada dlm koleksi ku..Jangan mahal2 sgt, soft cover la senang, tak berat sangat. Aliya @ Melbourne takpela dah jadi PR pun kan, kang postage mahal ngat tak larat kak sara nak bayar :p.

Do contact me...sara07_amji@yahoo.com or tinggalkan msg at my cbox.
Thanx in advance.
Keep smiling............


Photobucket

April 23, 2010

APRIL'S STOCK CLEARANCE

Dear Ammi's friends,

Do have a look at ammi's blogshop, there's items for clearance...APRIL'S STOCK CLEARANCE.
Anyone intrested in anything, just sms ammi sara at her mobile or send an email.

Thank you and have a nice day everyone...:-)..

Photobucket

April 7, 2010

Hobby baru ammi lagi

Dear Boys,
Ammi tengah try hobby baru. Its called Photofunia ..Here are some pictures ammi did.


Yaya jadi gabenor duit syiling



Syaik jadi puzzle?



Comelnya waidi jd wall mural



Berlakon filem lak anak ammi ni..



Ni feveret ammi..



Macam antik gitu..zaman bila ni waidi?

Photobucket

April 6, 2010

New Blogs



Dear boys,
As ammi is now crazy about entering online contests, ammi decided to create another blog just for contests/ giveaways and such, this blog is dedicated to all 3 of my heroes/owlets/boys....just visit http://threeowletsbercontest.blogspot.com. Remember boys, we're just having fun by entering all these contests, no harm done.......kalah sudah tentu, menang memang syok laa! ;-)


Also ammi wants to announce that three-h-corner are no longer operating, ammi's blogshop has moved to http://sayangsarabowtique.blogspot.com as it is easier for ammi to maintain all 3 blogs under one username. To ammi's friends, feel free to visit. Thank you...
Love u all......
Photobucket

February 8, 2010

Ammi's blogshop

Dear boys,
As yaya & syasyaik are grown up & goes to school, ammi has a few spare times at home with just little waidi.
So in order to fill ammi's times, ammi decided to start an online business, first ammi put up ur unwanted stuffs & shirts for sales, later ammi "borrowed" some money from baba (InsyaAllah ammi will try to pay him back) for some branded boys & girls attire.


Ammi named the blogshop Three H Corner, as you boys will guess 3 H means each 1 of ammi's boys, Hanzalah, Hamsyari & Huwaidi. Ammi is hoping by launching this blogshop, ammi will also have some 'income' but at the same time being a stay at home ammi for u guys. 


Thanks to ammi's friend, aunty FARA for being ammi's guru/mentor in this online business.
If there's any order baba will help ammi in the proses of postage. 
Thank you baba & boys for being ammi's models..









With 'Bismillahirrahmanirrahim' 3 H Corner is launched.
To ammi's friends & families, do stop by & browse. If you decide to make purchase, do contact me. Tq
Photobucket

January 19, 2010

Hobby Baru Ammi

Salam,
Ammi trying out new hobby lg, kali ni photoscape, macam best je..(ammi mmg x reti benda2 canggih ni, tp macam senang lak benda alah ni..)
Thanx Rose for the tips!(Dpt dr blog awak) ;-)
Click HERE if nak tau lebih lanjut.
Let's see shall we??



-Triple H in action-

Wah! menjadik jugak, nanti ammi nak wat lg, now bed time....

Photobucket

December 15, 2009

ScrapBlog

Salam,


Ammi found a new hobby online, did some scrapblog. I hope it turns out good. Lets see shall we?


Please click here Belalang.

Appreciates any comment, lagipun ni 1st attempt..
Photobucket