Saja je ammi letak tajuk macam tu..nanti bila besaq waidi baca macam gempaq sikit :D.
Alhamdulillah bersempena 13/3/10, sabtu pagi tersudah lah seekor kambing bernilai RM610.00 selamat di sembelih, dilapah dan di potong kecil dengan niat di aqiqahkan kepada HADWAN HUWAIDI ABDUL HALIM, dan pada sebelah petang nya kambing bertuah itu selamat dimasak KARI yang amat lazat oleh chef terunggul, sipa lagi jika bukan nenek jaman (belah baba) di kediaman nenek yang dah pun di extend dapur dan ruang tamu nya di DENGKIL.
Pada belah malam pula selepas isya', doa selamat dibacakan oleh atok sakor iaitu sepupu atok nan (bersempena aqiqah dan siap rumah banglo atok/nenek),maka termakan lah kambing masak kari yang sedap itu oleh seluruh warga dengkil yang hadir dan sedara mara kita sekeluarga dari seluruh pelusuk negeri.Kenduri kali ni tidak di sertakan marhabban dan cukur jambul, cukup sekadar doa selamat, lagipun waidi dah besaq...yang penting niat aqiqah tu kan..
Waidi,
Untuk pengetahuan waidi, seekor kambing lagi dah selamat di aqiqah kan pada raya haji tahun lepas. Yelah anak2 ammi kan semua heroes, so each 2 ekor kambing, so untuk fair & square, buat 2 kenduri aqiqah , satu belah tokma & satu lagi belah nenek.
Waidi,
Alhamdulillah suasana sangat meriah di selangi hujan RAHMAT yang lebat jatuh berjujuran,tidak pula mematahkan semangat tetamu-tetamu yang hadir untuk menikmati hidangan yang lazat, di antaranya pulut kuning, rendang daging, sayur campur, ayam goreng berempah, pecal & kuah nya yang memang tip top, dan off course kambing masak kari...Tidak lupa juga hidangan dessert, bubur pulut hitam, kuih apam
Adik ammi acik dadar dtg awal pagi tu nak tolong2 gak, baba amik dia masa amik kambing, tq to aboh baha tauke kambing yg tolong survey cari kambing around sg merab, tukang nego harga & tukang collect kambing. Malam tu kenduri di meriahkan dgn kehadiran keluarga ammi, tokba, mamanah, aboh baha, maksu fah, kak yong akish & adik ulwan. Tokma tak dapat hadir kerana balik Kuantan, biasalah tokma kena memonitor kawasan dia. Tokma kirim salam peluk cium..
Ni je gambar masak yg sempat di snap
Abg yaya meng imam kan adik2 nya solat zuhur
abg syaik pun azan sekali..dua org azan daa..
Sejuk perut ammi belum makan lunch mengandungkan yaya, mendengar alunan azan
dari yaya. Alhamdulillah pandai yaya azan, sedap dan hampir perfect.
Abg syaik rajin tolong atok, baba kemas2 depan umah
Acik dadar suap waidi mamam
Para tetamu
Bacaan doa selamat
Tokba hensem berbaju yellow
Pandai abg yaya amik nasik sendirik
3 dara pungutan pingitan, yang 2 bertudung peach anak2 susuan ammi
yaya dikepit acik adah & acik dadar
Ammi & ulwan,juga anak susuan ammi, Tokba & waidi
The ladies yg suka berposing & the cute kids..
Terima kasih daun keladi, bantuan kalian amat kami hargai...
Waidi ku sayang..,
Dalam sibuk2 kita nak berkenduri rupanya-rupanya waidi tumbuh gigi! your first tooth, ammi perasan waidi dah bengkak gusi tapi tak ada tanda demam so ammi ingat lambat lagi..rupanya pagi 13hb tu gigi waidi yang belah bawah kiri dah keluar sikit, patutla waidi gigit je bila nenen..ishk..ishk..ishk..sabar jelah ammi ni..ammi nak snap gambar tp tak dapat, waidi asyik nak
Pada esok paginya sambutan birthday 4 in 1 dilaksanakan bersempena bestday abg zuber yg ke-14 (9 mac), bestday atok nan yg ke-59 (10 mac), bestday nenek yg ke 54 (19 mac) & bestday abg yaya yg ke-7 (26 mac). Alhamdulillah sedap kek coklat moist & air2 gas radix (HPA) yg di sponsor oleh mama tati. Makanan free memang selalu sedap kan waidi..hehe..Orang lain sibuk makan kek, waidi nak makan bunga nenek..apela waidi ni...
Meh mamam kek, 4 lembaga bertopeng mewakili 4 org
punya bestday. Cuma yaya saja yg betul, yg lain wakil..
Makan lah kalo berani..(selepas gambar ini di snap, waidi masukkan bunga tu
ke dalam mulut dan gigit2 dgn muka agak kelat dan pelik di pertontonkan)
Alhamdulillah ammi bersyukur semuanya berjalan dengan lancar..
Waidi dah ada gigi jgn gigit nenen lagi tau, cian ammi...
Love u darling..
3 comments:
wah,sgt2 meriah...best jer tgk....
meriahnyerr....
mcm kenduri besar pulak.. hi3x..
meriahnya kenduri kendara..nape Waidi tak bwk gulai kambing Dengkil balik Penang skit.boleh acik dayah rasa.:)
Post a Comment