January 8, 2010

Growing Up

Dear Waidi,
Alhamdulillah Waidi membesar dgn baik, smlm kita pergi utk check up 4 bulan Waidi dan missy kata semuanya ok. Syukur Alhamdulillah, ammi ni bukan ape, sejak ammi dijangkiti H1N1 aritu, ammi macam over protective of you, selsema sikit, ammi dah risau..syukur setakat ni Waidi tak ada ape2 problem tak pernah demam dan sebagainye. Syukur jugak ammi ni suri rumah home engineeer berjaya, bolehlah hari-hari menatap Waidi dan peka pada kesihatan Waidi.


Waidi, 
Missy kata tumbesaran Waidi sgt memuaskan, weight, height dan lilit kepala. Patutlah ammi tengok baju-baju Waidi byk dah tak muat, 65cm panjang! Hmm.., ni mesti nak ikut baba ye tall, dark and handsome :-). Berat Waidi pun walaupun tak sehebat abg Yaya dulu juga memuaskan..7.3kg pd umur 4bln. Pencapaian Waidi juga bagus, missy kata cepat juga budak 4bln dah pandai capai mainan yg diletak di depan mata dia, kalau tak ada toys, rambut dan rantai ammi la jadi mangsa kan. Seronok ammi tgk Waidi membesar dan membesar, tak kisahlah tangan ammi ni lenguh dan cramp kadang-kadang dukung Waidi, baba kan ada, nanti baba urutla belakang dan tangan ammi :-).


Waidi, 
Selsema mu itu akan hilang lg beberapa hari, mmg tak ada ubat utk baby bwh setahun, ammi teruskan juga bg paracetamol, missy kata itu tindakan yg bagus, cuma Waidi janganlah menangis kuat-kuat kalo terdengar suara baba yg agak kuat, ammi taulah waidi terkejut tp bila Waidi nangis bertambahlah byk hingusmu..Ammi harap dan berdoa Waidi dapat kesihatan sepenuhnya, jarang jatuh sakit dan cepat baik jika sakit. Sesungguhnya seminggu Waidi dlm ICU dulu merisaukan ammi, pneumonia yg doktor sahkan itu harapnya tak berulang lagi. Masa mulanya ammi rasa bersalah sebab ammi ingat salah ammi yang ammi dijangkiti H1N1 dan berjangkit pd Waidi, tp sayang itu semua ketentuan tuhan kan, ramai yang memujuk ammi dan memberi kata-kata positif supaya guilty feeling tu tak akan kekal..


Waidi,
My darling Waidi,you are growing healthy and strong now, InsyaAllah it will stay that way, ammi akan terus membakalkan Waidi susu ammi yg banyak khasiat ni. Apalah sgt sakit belakang ,lenguh tangan dan nipple pain jika nak dibandingkan khasiat yg dpt ammi bg padamu. Waidi terus membesar dan serikan family kita ni ye.Abang-abangmu loves you so much so does ammi and baba.
Ni ada bbrp gambar Waidi yg ceria selalu.. 

pipi layutmu ammi geram



Apela sedap sgt tangan tu suka
sangat nak makan

Senyuman mu pujaan hatiku


Semoga Waidi happy selalu dan menceriakan our little family..Love u belalang
Photobucket

2 comments:

Mek Rose said...

Ya Allah..gerammnye tgk pp ur son!
comel giler budak nih..

eiii...geraammmm..sy ni geram tgk bb pipi labuh
rasa nak picit2...hehe

Ammi Sara said...

Thanx Rose, kita hari-hari tatap pun geram,hehe..ur son pun cute.muda lg rose ni yek, kita dah 3 anak ;-)