July 20, 2010

Ammi attend SGM @ USM

Dear boys..

Alhamdulillah..sabtu lepas ammi dapat attend SGM (support group meeting) yg diadakan di Hadanah, Pusat Islam USM. Dulu ada juga dibuat pd bulan 6 tapi ammi tak dapat attend becoz ada program di sekolah yaya-yaya berlakon dalam pementasan english..SGM InsyaAllah akan banyak diadakan tapi yaya berlakon tak selalu kan..:). SGM kali ni dianjurkan oleh Dayah, Izah  dan Shidah, .Shidah speaker of the day. Topik yang dibincangkan ialah mengenai 'MITOS-MITOS DALAM PENYUSUAN IBU', banyak juga yg dibincangkan ammi dah tahu tapi ada juga beberapa perkara baru...Baba drop ammi and the boys, dia pergi lenggang-lenggang kangkung sorang ke jalan kulit cari barang..

Mula-mula sesi taaruf dilakukan, mommies  briefly cerita mengenai diri, keluarga dan cabaran menyusukan anak..then discussion bermula..Antara yang dibincangkan ialah mengenai boys lebih kerap menyusu dari girls, sebenarnya tidak..juga jika breast seseorang ibu itu kecil maka susu yg dihasilkan sikit, itu juga salah kerana itu semua bergantung kepada 'demand dan supply', ammi teringat suatu ketika dulu, ammi menyusukan waidi di rumah nenek (mak kepada baba a.k.a mak mertua ammi), time tu ammi baru lepas makan dan susu tgh banyak, waidi nenen sampai tersedak-sedak..nenek tengok lepas tu komen "kenapa tu?tersedak susu ke? mak tengok kopek kecik je, tapi susu banyak". Tu dah terbukti mitos tu salah! hehe..Alhamdulillah ammi's boys semua membesar sihat dgn susu ammi ni..Tidak semestinya breast besar susu banyak, kalo mcm tu Pamela Anderson tu byk susulah (bak kata Dayah)...hehehe

Waktu seorang ibu tu sakit ataupun mengandung pun tidak perlu menghentikan penyusuan, kebanyakan ubat adalah selamat utk baby menyusu, kecuali ubat cancer lah becoz ia bukan bertujuan menyembuhkan tetapi more to killing the evil cells. Masa ammi pregnantkan syaik dulu ammi dinasihatkan doctor supaya stop BF yaya becoz risaukan boleh menyebabkan keguguran..doctor tak kata wajib tapi digalakkan..ammi masa tu pun sebenarnya tak banyak lagi ilmu mengenai semua ni so stop BF yaya, mmg seksa nya ya amat..kesian yaya, if ammi had known earlier, ammi could have continued BF yaya becoz ammi had no history of miscarriage. Then again, maybe tidak becoz mungkin if yaya cont BF ammi mungkin tak larat dan sebagainya..Wallahua'lam..Apa-apa pun ammi mendapat sedikit ilmu di SGM tu, if ammi pregnant lg but waidi still BF, mungkin ammi akan cuba continue to BF waidi ikut kemampuan..

Antara lain yg dibincangkan ialah pasal sebelah susu adalah nasi, dan sebelah lg adalah air, orang tua-tua kata bg susu kanan dulu (nasi) dan kemudian kiri, kira bg air, itu juga adalah mitos, semua susu sama saja..bezanya adalah 'foremilk' iaitu susu yg kurang kandungan lemak (yg awal dihasilkan), dan hindmilk iaitu susu yg mengandungi lemak yg lebih sikit (susu yg kemudian), sebaiknya utk penyusuan yg sempurna, bg baby itu hisap susu sehingga kenyang iaitu dia sendiri melepaskan breast dan bukan secara paksaan, ini bertujuan utk baby mendapat khasiat menyeluruh..Yang lawaknya malam tu yaya nampak ammi bg nenen waidi dan yaya cakap "haa tu adik mkn nasik, jap lg minum air", rupanya dalam sibuk buat homework dan meng colour buku tu dia dengar juga apa aunty shidah cerita, bagus my son! :), hehe..(tapi sebenarnya silap tu kan yaya, ammi dah betulkan pun). Seseorang ibu juga tidak perlu minum susu utk menambah susu ibu, cukup sekadar mengamalkan sistem 'demand dan supply', jika ibu berkerja perlu melakukan pumping on time bukan sekadar tunggu hingga breast dah berat..Bagi ammi yg tak bekerja ni yg penting makan ontime dan minum air suam setiap kali lepas makan, alhamdulillah setakat ni susu ammi banyak dan mencukupi..

Seperti biasa bila ada program mcm ni, potluck adalah di alu-alukan..Disebabkan ammi nak cepat, goreng mihun je pagi tu..rupanya ada 5, 6 jenis mee goreng dan mihun goreng yg dibawa, semua org kenyang makan mee je, hehe..program bersifat santai, sambil dengar shidah cerita, sambil bincang-bincang, sambil makan-makan..yelah kebanyakan pun ibu-ibu pregnant and BF, semua perut 2, 3, lapar sokmo, huhuhu..

At the end of the program seperti biasa sesi bergambar..
Semua mommies and babies (luar dan dalam perut ) posing sakan..

Nampak tu ammi tu nak menten cun jugak walaupun dalam longkang, hehehe..;p

Shidah (speaker) yg dalam longkang 2 dari kiri..
Izah bertudung hitam sebelah beliau (pregnant 5 bulan tak silap with her second)..
Dayah pula yg berdiri 3 dari kanan with baby mursyid ,mursyid br 2 bulan lebih, 
ummi nya baru start kerja kembali..
Kak Ain berdiri 2 dari kiri with najla tu pula kawan ammi, walaupun baru sekali jumpa
 (actually 2 kali, 1st at Gathering SI hari tu tp tak berkesempatan berborak face to face..) 
 tp macam dah rapat..kenal dalam FB dan SMS je.hehe..


Till next time, InsyaAllah after raya...
Ammi yg beranak 3 dan SAHM ni sebenarnya nak berkawan, cari kawan baru yg punyai persamaan..
Also untuk menambahkan pengetahuan..:-)
Go breastfeeding moms!!
Blogger Templates
Blogger Templates

7 comments:

Mek Rose said...

wah..besnye
mmg bes kan join2 camni..sbb dpt kenalan baru n tukar2 pendapat
nak2 lagi psal BF..mmg ade aje nk dikongsi..

ehehhe..still maintain even dlm longkang eh..wekekkeke

Rozy said...

InsyaAllah next SGM, Rozy join!!

Nadiah Sidek said...

kak sara duduk di penang ke? insyaAllah nnt nadiah balik malaysia blh la jumpa. suami nadiah insyaAllah keje di usm lps habis study. dayah tu nadiah kenal la dr usm lg..dia batch atas dpd nadiah :)

ayukhairy said...

seronok kan bila pergi SGM ni..
selain daripada menambah ilmu tentang Penyusuan Susu Ibu, dapat plak tambah kawan yg sekapal ni..hehe...all the best sara..^_^

di blog ayu ada ayu share mengenai mitos2 di dalam penyusuan..boleh refer di sini ye..

http://ezurin.blogspot.com/2010/05/mitos-mengenai-penyusuan-susu-ibu.html

Dayah @ Real Ummu said...

Best jumpa kaksara n 3 heroes ..dan juga ibu2 yg lain masa SGM tu..salute la ksara, menten je walaupun usung 3 hero..dirog duduk baik je, tak buat hal..bagi tips skit..saya ni sampai terpaksa pos shukrina ke adik ipar, kalau tak, tak berSGM le.

Ammi Sara said...

ROSE-mmg best la rose, dpt ilmu n kawan.
menten tetap kena menten, hihi..

ROZY-see u next time InsyaAllahh:)

NADIAH-husband k sara study je kat usm nadiah, after finish kami duk semula tg malim, dia ngajar @ UPSI.apa2 pun ada rezeki I'aAllah jumpa kan

AYU-seronok, thanx ayu for sharing..

DAYAH-b4 sgm tu ammi dah pesan boys tu utk behave..maybe becoz awal pg diaorg still ok n good mood, kalo dah ptg/penat meragam gak..
alhmdlh diaorg behave time tu..leh la ammi ber sgm :)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

bestnya dapat join program2 camni..boleh tambah ilmu..kalu ada program camni kat area KL, jangan lupe habaq ekk..