July 29, 2010

AIR MANIS dan MUKA MANIS

Scene 1

Venue: Kedai Nasi Kandar Pelita
Waktu: Di suatu petang selepas Asar

Perbualan berlaku di antara yaya dan ammi tatkala yaya sedang menikmati Air sirap bandung dan ammi sedang menikmati teh tarik kaw kaw.

Yaya: "ammi, macam mana aurat yaya"

Ammi pun menerangkan serba ringkas mengenai aurat lelaki diantara pusat dan lutut blah blah blah..

Yaya: "alamak! kalau macam tu yaya dosalah ye ammi, yaya pakai seluar pendek ni,.."

Ammi: "ala takpela sayang, takla pendek sangat, lagipun yaya kecik lagi, kalau dah besaq nanti tak boleh la ye.."

Yaya: "Ooo..tak boleh bila yaya dah keluar AIR MANIS ye ammi...

Ammi...hampir tersedak air teh tarik MANIS ammi..:-)


Scene 2

Venue: Di luar kedai spec Focus Point
Waktu: suatu malam sekitar 9pm

Kami sekeluarga baru keluar dari Tesco menuju ke parking lot, si syaik tengah membebel dan merengek nak belon tapi tak dapat...kami melintas depan kedai Focus Point yang sedang mengadakan sales.

Ammi menegur seorang pekerja Focus Point yang agak tinggi, lampai, kacak, nice looking orangnya.

Ammi: "Dik, dik, agak agak boleh ke bagi satu belon merah tu untuk anak akak yang dari tadi merengek nak belon?"

Pekerja Focus Point: "anak yang mana satu kak?"

Ammi: "tu yang comel pendek tu, pakai baju bob the builder"

Pekerja Focus Point: "Ooo (sambil senyum), boleh, mai sini adik amik belon"

Baba dah menyengih time tu, yaya macam blur je tak faham apa yang berlaku..

Pekerja Focus Point: "eh abang dia tak nak?"

Baba: "eh, tak apalah tak payah susah-susah,boleh ke bagi banyak banyak ni"

Ammi: "nak bagi apa salahnya.."

Pekerja Focus Point: "tak apelah, ambik ni, adik baby pulak  nak tak?

Baba: "tak apalah, dia kecik lagi.."

Ammi: "tak apelah, boleh je bagi nanti kang dia berebut dengan abangs dia, kami dalam family ni sorang pun tak pakai spec, selalu tak masuk kedai macam ni tapi belon tu nampak menarik, tq ye dik" :)

Pekerja Focus Point: "sama-sama.." sambil babai kat 3 budak hepy dapat belon free

Dah dekat dengan kereta..

Baba: "nasib baik ammi ni muka tak....,err MUKA MANIS kan boys, haa dapat belon, suka tak?cakap apa kat ammi" sambil gelak besar.

Boys:"suka!!tq ammeh!"


Ammi: "tau dah apa abg nak cakap tadi" sambil jelir lidah pada baba of the boys ;p

3 belon percuma merah focus point untuk 3 abdul...


Blogger Templates
Blogger Templates

8 comments:

Rozy said...

Sara,

My arwah abah panggil air sirap air manis.. or org Perlis cakap ayaq manih.. :P

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

hahahah..air manis ka? LOL! gelak guling2..

suami sy pon selalu berseloroh camtu. dia nak kutuk kita..tapi at the same time dia puji kita bila muka kite tetibe menyeringai.....grrrrrr....waakakakakak

AshAnas said...

hehe, mana yaya dpt word tu?

huhu, shira pun slalu wat MUKA MANIS mintak belon free kt org... hehe...

Oyis said...

bila yaya dah aqil baligh nanti kalo dia baca entry ni mesti dia malu2 gitu - air manis. klasik!

Kmieja said...

alahai cute sgt dialog ammi & yaya...:)

Nadiah Sidek said...

nadiah tahu husband kak sara nak cakap apa...muka tak malu! ehehe..

kakyong said...

hohoooo.. ingatkan daku ssajer yg kerap buat muka manis minta belon kat kiosk2 di Giant @ Tesco... ;)

pandainya yaya sebut air manis... ;)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

camner la si yaya ni boleh tau'air manis'??hmm..budak2 skrang akal panjang.