July 29, 2010

AIR MANIS dan MUKA MANIS

Scene 1

Venue: Kedai Nasi Kandar Pelita
Waktu: Di suatu petang selepas Asar

Perbualan berlaku di antara yaya dan ammi tatkala yaya sedang menikmati Air sirap bandung dan ammi sedang menikmati teh tarik kaw kaw.

Yaya: "ammi, macam mana aurat yaya"

Ammi pun menerangkan serba ringkas mengenai aurat lelaki diantara pusat dan lutut blah blah blah..

Yaya: "alamak! kalau macam tu yaya dosalah ye ammi, yaya pakai seluar pendek ni,.."

Ammi: "ala takpela sayang, takla pendek sangat, lagipun yaya kecik lagi, kalau dah besaq nanti tak boleh la ye.."

Yaya: "Ooo..tak boleh bila yaya dah keluar AIR MANIS ye ammi...

Ammi...hampir tersedak air teh tarik MANIS ammi..:-)


Scene 2

Venue: Di luar kedai spec Focus Point
Waktu: suatu malam sekitar 9pm

Kami sekeluarga baru keluar dari Tesco menuju ke parking lot, si syaik tengah membebel dan merengek nak belon tapi tak dapat...kami melintas depan kedai Focus Point yang sedang mengadakan sales.

Ammi menegur seorang pekerja Focus Point yang agak tinggi, lampai, kacak, nice looking orangnya.

Ammi: "Dik, dik, agak agak boleh ke bagi satu belon merah tu untuk anak akak yang dari tadi merengek nak belon?"

Pekerja Focus Point: "anak yang mana satu kak?"

Ammi: "tu yang comel pendek tu, pakai baju bob the builder"

Pekerja Focus Point: "Ooo (sambil senyum), boleh, mai sini adik amik belon"

Baba dah menyengih time tu, yaya macam blur je tak faham apa yang berlaku..

Pekerja Focus Point: "eh abang dia tak nak?"

Baba: "eh, tak apalah tak payah susah-susah,boleh ke bagi banyak banyak ni"

Ammi: "nak bagi apa salahnya.."

Pekerja Focus Point: "tak apelah, ambik ni, adik baby pulak  nak tak?

Baba: "tak apalah, dia kecik lagi.."

Ammi: "tak apelah, boleh je bagi nanti kang dia berebut dengan abangs dia, kami dalam family ni sorang pun tak pakai spec, selalu tak masuk kedai macam ni tapi belon tu nampak menarik, tq ye dik" :)

Pekerja Focus Point: "sama-sama.." sambil babai kat 3 budak hepy dapat belon free

Dah dekat dengan kereta..

Baba: "nasib baik ammi ni muka tak....,err MUKA MANIS kan boys, haa dapat belon, suka tak?cakap apa kat ammi" sambil gelak besar.

Boys:"suka!!tq ammeh!"


Ammi: "tau dah apa abg nak cakap tadi" sambil jelir lidah pada baba of the boys ;p

3 belon percuma merah focus point untuk 3 abdul...


Blogger Templates
Blogger Templates

July 28, 2010

Belum pun puasa, kopiah raya dah sampai

Dear boys,
Puasa belum pun datang lagi, tapi ammi ni dah order kopiah u all awal2..ishk ishk ishk..dah siap dan di pos pun,tengahari semalam kopiah raya yg ammi tempah dari Aunty Lina tu dah sampai, sangat cantik hasil kaitan nya..Harga pun amat berpatutan, ammi personalized each one of you with your second name, Hanzalah, Hamsyari dan Huwaidi..Baba pun ammi orderkan gak tapi baba with no name lah, baba kata malu lak nak pakai ada nama pelbagai..so ammi turutkan aja..Beza baba punya bawah tu dia all blue, no white lining.

So here are ammi's boys posing with kopiah raya, sangat comel kan!!



Punyalah payah nak amik gambaq ammi's boys ni..waidi ni tak mau langsung pakai kopiah,
macam mana nak melaram raya nanti dik oi..

Cembeng lagi..adoi yay..

Gambar siang semalam,before abg yaya balik school,
 kena pegang tangan waidi if tak nak cabut je...

Untuk kawan-kawan ammi yang nak menempah, silalah berkunjung ke http://linanuar69-kaitmengaitcun.blogspot.com, (promote sikit kak lina, hehe..)banyak design dan warna yang boleh dipilih, cepat-cepat takut nanti kak lina banyak tempahan tak sempat pulak nak pakai raya :) Terima kasih ye kak..

Moga anak2 ammi jadi boys yang soleh bukan sekadar dengan luaran iaitu memakai kopiah, itu semua hanya pakaian, mudah2 an jadi anak2 yang soleh, taat ammi dan baba dan jaga peribadi ye sayang2 ammi....InsyaAllah...


Blogger Templates
Blogger Templates

P1 wimax dah ok

Dear boys,
Beberapa hari ni ammi tengok mcm tak keruan je u all..
Yelah disebabkan P1wimax kita ber masaalah kan....
Tu lah bila kita bergantung dengan teknologi sepenuh nya, inilah impaknya..
Sepanjang weekend yaya dan syaik tak betul je..tak boleh main games online dan tengok youtube..
Baba tak boleh wat online transaction dan jual LP online baba..
Ammi tak dapat berblog dan berFB...
Hmm..yang ok waidi je kan..
Tapi ammi rasa sekali sekala elok juga bila tak ada tenent ni, sekurang-kurangnya ammi nampak yaya banyak membaca buku2, syaik banyak menbuat kerja2 art dan craft, ammi pun boleh membaca novels kesukaan ammi..baba pun bila study tak adalah nak curik2 online..

Boys,
Ammi harap kita janganlah hanyut dengan dunia teknologi ni ye..
Ammi tak mau lah benda2 ni menguasai hidup kita..
Bukan tak leh hidup kan, kita survived dekat seminggu apa,.
Ok boys remember what ammi told u guys..
Love all of u..


Tenet dah beroperasi semula..
Tak tau la apa yg rosaknya hari tu..ni dah dapat modem baru, harapnya tak buat perangai lagi..
Sungguh lah bergantung padamu..huhuhu..
Blogger Templates
Blogger Templates

July 23, 2010

Waidi dah 11 bulan??

Dear Waidi..
Ammi ni bukan apa, macam terkejut jap, tengok kalendar dah 23hb july, dua hari lepas 21hb rupanya waidi dah 11 bulan ye sayang..sorrylah ammi ni tak perasan,..macam la ammi ni anak 7 bila anak ramai ni (lebih dari 1 dah ramai la kan ), ammi kadang-kadang ter miss perkembangan anak-anak. So hari ni ammi nak update sikit lah perkembangan waidi buat simpanan ammi..

Ok, lets see...waidi sekarang dah pandai berdiri tegak lepas tangan, nak berjalan setapak dua, belum menapak dah buat muka berlagak pastu terduduk..nasib baik pakai CD  tak lah sakit sangat muntut tu..
Walker dah tak mau naik, so dengan rela hati nya ammi bagi kat jiran selang satu umah kita yang ada baby boy gak, seronok sangat aunty tu dpt walker dari waidi..

Lagi waidi dah makan macam-macam, tak mau makan bubur sangat, lebih prefer makan nasi macam ammi, baba dan abang2..berak pun dah macam orang dewasa dah, huhuhu...


Dah faham sikit-sikit arahan contoh, ammi suruh sayang abang yaya, waidi cium yaya sampai yaya lemas! sampai penuh air liur muka yaya, hehe..kalau dengan abg syaik, ammi kata JANGAN sayang becoz abg syaik ni lain macam sikit kan, dia tak boleh air liur org lain kena kat dia, ammi pun tak faham la keturunan mana lah tu..tapi waidi faham bab sayang je so waidi pun cium abag syaik gak sampai nangis2 syaik ..sampai kena mandi dan tukar baju sayik, aduhai anak ammi..

Waidi sgt suka membantu ammi, iaitu MEMBANTUT kan kerja2 ammi, hehe..

Waidi ni ammi tengok lain perangai dari abang yaya dan syaik dari segi:

1) Suka mengutip segala benda habuk/sampah/makanan di lantai semua masuk mulut, kalau benda tu boleh cair dalam mulut comfirm waidi telan, if tak waidi kemam sampai la ammi perasan...

2) Tolong sepahkan semua CD (compact disc baba bukan CD waidi ye), kaset, DVd apa2 lah yg baba susun bawah tv tu..kalau kaset2 lama baba tu abis waidi tarik2 tape dia.Semua deco2 pun abis ditarik/dilempar nya

3) Suka tarik alas meja..

Dulu syaik dan yaya tak macam ni, ammi lambat sapu lantai/mop lantai pun tak apa, rumah cantik meja beralas, CD tersususn, decorations merata-rata..ni mesti waidi ikut baba kecik2 suka sepah ek.


Suka duduk gaya katak macam ni


Asal dihala kamera je tangan mesti angkat macam tu..

Ok waidi, be agood boy kay..
Oh ye, latest achievement waidi, waidi dah discovered 'part baru' body dia masa mandi, mesti nak main je situ..huhuhu...Waidi the little explorer.
Mmuahh..love u sayang..

Blogger Templates
Blogger Templates

Yeay! dapat award lagi..

Dear boys,

Ammi dapat award lagi..this time from kawan blogger yang baru ammi kenal..nama dia Aunty Ayu. Aunty ayu ni pun macam ammi memperjuangkan BF dan BW ni, yang bezanya aunty ayu berkerjaya di luar rumah, mana kala ammi pula membuat kuih keria di dalam rumah SAHM yg berjaya, InsyaAllah..:)
Thank you ayu for the lovely award..

Best ke blog ammi ni??
sekadar blog ala 'diary kisah boys dalam hidup ammi'
Insyaallah boleh dijadikan kenangan my boys bila dah besar nanti..

Ok ammi dengan berbesar hati nak pas award ni kepada:


Ok thank you all in advance men collect award dari ammi sara :)


Blogger Templates
Blogger Templates

July 22, 2010

Boys jumpa Upin dan Ipin

Dear boys,
Bersempena dgn program HEBOH BUKU "Buku Memperkasa Negara" di Dewan Budaya & Dataran Bintang di USM bermula dari semalam hingga lusa, maka kami 5 beranak pun mengambil kesempatan untuk menjenguk program tersebut. Di sebelah petang tu akan ada kemunculan Upin & Ipin, so boys ni apa lagi excited la kemain. Sementara menunggu kemunculan dua beradik kembar tu, kami pun pusing-pusing round-round tengok buku..Ammi dbelikan yaya buku ' Haiwan dari Mekah', kisah haiwan-haiwan yg dipilih Allah, yang membantu Para Rasul, semuanya dicatit dalam Al-Quran. Buku ni yg bagusnya ada tulisan rumi dan jawi so yaya boleh berlatih baca both. Harga Rm45.00 tp mcm biasalah bila ammi yg bermulut manis  pandai menawar ni yg membeli dptla diskaun Rm40.00 .

Lepas dah round tengok/belek/beli buku, ada satu mamat tu panggil yaya, 'dik dik upin ipin dah mai'..time tu dah berebut student USM (girls la of course) nak bergambar dgn upin ipin ni, tp si upin ni baik ati bergambar dgn kami dulu coz ada budak-budak kut..


Waidi-cam biasa tido dlm carrier
Yaya-cam biasa menten cool
Syaik-cam biasa takut giant puppet


dengan ipin lak..
syaik dah lari, huhuhu..
tak dpt nak bergambar dgn both coz berebut dgn students lak..


budak takut mascot, dah lari nangis, panggil baba
nak ajak balik, huhu..

After that dah penat, beli barang2 upin ipin sikit, ammi beli bookmark, utk mark dlm novels ammi, adik dpt kipas utk kipas kepala dia yg asyik berpeluh tu je..yaya dan syaik beli sand art..suka sangat!
Then ke kedai Nasi kandaq pelita kami pekena roti boom dan "air teh 3 layer", marbeles!! combination rasa teh tarik dan cendol..cubalah! :)


Sedap!!

Love u boys..
Nanti kita read together kisah haiwan dari mekah ye..

Blogger Templates
Blogger Templates

July 20, 2010

Ammi attend SGM @ USM

Dear boys..

Alhamdulillah..sabtu lepas ammi dapat attend SGM (support group meeting) yg diadakan di Hadanah, Pusat Islam USM. Dulu ada juga dibuat pd bulan 6 tapi ammi tak dapat attend becoz ada program di sekolah yaya-yaya berlakon dalam pementasan english..SGM InsyaAllah akan banyak diadakan tapi yaya berlakon tak selalu kan..:). SGM kali ni dianjurkan oleh Dayah, Izah  dan Shidah, .Shidah speaker of the day. Topik yang dibincangkan ialah mengenai 'MITOS-MITOS DALAM PENYUSUAN IBU', banyak juga yg dibincangkan ammi dah tahu tapi ada juga beberapa perkara baru...Baba drop ammi and the boys, dia pergi lenggang-lenggang kangkung sorang ke jalan kulit cari barang..

Mula-mula sesi taaruf dilakukan, mommies  briefly cerita mengenai diri, keluarga dan cabaran menyusukan anak..then discussion bermula..Antara yang dibincangkan ialah mengenai boys lebih kerap menyusu dari girls, sebenarnya tidak..juga jika breast seseorang ibu itu kecil maka susu yg dihasilkan sikit, itu juga salah kerana itu semua bergantung kepada 'demand dan supply', ammi teringat suatu ketika dulu, ammi menyusukan waidi di rumah nenek (mak kepada baba a.k.a mak mertua ammi), time tu ammi baru lepas makan dan susu tgh banyak, waidi nenen sampai tersedak-sedak..nenek tengok lepas tu komen "kenapa tu?tersedak susu ke? mak tengok kopek kecik je, tapi susu banyak". Tu dah terbukti mitos tu salah! hehe..Alhamdulillah ammi's boys semua membesar sihat dgn susu ammi ni..Tidak semestinya breast besar susu banyak, kalo mcm tu Pamela Anderson tu byk susulah (bak kata Dayah)...hehehe

Waktu seorang ibu tu sakit ataupun mengandung pun tidak perlu menghentikan penyusuan, kebanyakan ubat adalah selamat utk baby menyusu, kecuali ubat cancer lah becoz ia bukan bertujuan menyembuhkan tetapi more to killing the evil cells. Masa ammi pregnantkan syaik dulu ammi dinasihatkan doctor supaya stop BF yaya becoz risaukan boleh menyebabkan keguguran..doctor tak kata wajib tapi digalakkan..ammi masa tu pun sebenarnya tak banyak lagi ilmu mengenai semua ni so stop BF yaya, mmg seksa nya ya amat..kesian yaya, if ammi had known earlier, ammi could have continued BF yaya becoz ammi had no history of miscarriage. Then again, maybe tidak becoz mungkin if yaya cont BF ammi mungkin tak larat dan sebagainya..Wallahua'lam..Apa-apa pun ammi mendapat sedikit ilmu di SGM tu, if ammi pregnant lg but waidi still BF, mungkin ammi akan cuba continue to BF waidi ikut kemampuan..

Antara lain yg dibincangkan ialah pasal sebelah susu adalah nasi, dan sebelah lg adalah air, orang tua-tua kata bg susu kanan dulu (nasi) dan kemudian kiri, kira bg air, itu juga adalah mitos, semua susu sama saja..bezanya adalah 'foremilk' iaitu susu yg kurang kandungan lemak (yg awal dihasilkan), dan hindmilk iaitu susu yg mengandungi lemak yg lebih sikit (susu yg kemudian), sebaiknya utk penyusuan yg sempurna, bg baby itu hisap susu sehingga kenyang iaitu dia sendiri melepaskan breast dan bukan secara paksaan, ini bertujuan utk baby mendapat khasiat menyeluruh..Yang lawaknya malam tu yaya nampak ammi bg nenen waidi dan yaya cakap "haa tu adik mkn nasik, jap lg minum air", rupanya dalam sibuk buat homework dan meng colour buku tu dia dengar juga apa aunty shidah cerita, bagus my son! :), hehe..(tapi sebenarnya silap tu kan yaya, ammi dah betulkan pun). Seseorang ibu juga tidak perlu minum susu utk menambah susu ibu, cukup sekadar mengamalkan sistem 'demand dan supply', jika ibu berkerja perlu melakukan pumping on time bukan sekadar tunggu hingga breast dah berat..Bagi ammi yg tak bekerja ni yg penting makan ontime dan minum air suam setiap kali lepas makan, alhamdulillah setakat ni susu ammi banyak dan mencukupi..

Seperti biasa bila ada program mcm ni, potluck adalah di alu-alukan..Disebabkan ammi nak cepat, goreng mihun je pagi tu..rupanya ada 5, 6 jenis mee goreng dan mihun goreng yg dibawa, semua org kenyang makan mee je, hehe..program bersifat santai, sambil dengar shidah cerita, sambil bincang-bincang, sambil makan-makan..yelah kebanyakan pun ibu-ibu pregnant and BF, semua perut 2, 3, lapar sokmo, huhuhu..

At the end of the program seperti biasa sesi bergambar..
Semua mommies and babies (luar dan dalam perut ) posing sakan..

Nampak tu ammi tu nak menten cun jugak walaupun dalam longkang, hehehe..;p

Shidah (speaker) yg dalam longkang 2 dari kiri..
Izah bertudung hitam sebelah beliau (pregnant 5 bulan tak silap with her second)..
Dayah pula yg berdiri 3 dari kanan with baby mursyid ,mursyid br 2 bulan lebih, 
ummi nya baru start kerja kembali..
Kak Ain berdiri 2 dari kiri with najla tu pula kawan ammi, walaupun baru sekali jumpa
 (actually 2 kali, 1st at Gathering SI hari tu tp tak berkesempatan berborak face to face..) 
 tp macam dah rapat..kenal dalam FB dan SMS je.hehe..


Till next time, InsyaAllah after raya...
Ammi yg beranak 3 dan SAHM ni sebenarnya nak berkawan, cari kawan baru yg punyai persamaan..
Also untuk menambahkan pengetahuan..:-)
Go breastfeeding moms!!
Blogger Templates
Blogger Templates

July 15, 2010

Syaik the little Chef

Dear Syasyaik..

Ammi ni kan kadang2 geram tengok syaik tak mau makan..susah sangat nak makan nasik atau apa2 yg ammi hidangkan..Syaik lebih suka makan nugget/sosej/chips yg digoreng..makan beberapa ketul je syaik dah kenyang..Hmm..sebenarnya makanan2 macam tu not very good for u syg..tapi daripada tak makan langsung, ammi ikutkan juga..Bukan ammi tak ikhtiar buat macam2, tapi syaik ni memang very2 the cerewet one la..abg yaya dulu tak mcm ni..dia ok je...Ammi ikut syaik merata nak suap nasik, dahla syaik ni jenis tak duk diam, makan sesuap, melompat sekaki..huhu...ammi dah try bagi vitamins,vitamins C, scotts emulsions and macam2 lagilah.. bagi ubat cacing pun dah kut la tu punca syaik tak berselera..Tapi tak de pulak hasilnya..macam tu jugak...Yang ammi nampak syaik kalo bab jajan berselera je..kalo makan luar nampak seronok je tp makan nya pun tak banyak..kalo gi Tesco/Giant macam2 mintak, nafsu kuat..tapi makan ciput, alahai anak ammi...


Dear Syaik,
Ammi sebagai SAHM ni memang suka sgt nonton AFC channel 703 tu..kadang2 ammi berangan je nak masak macam2 like the chefs tu,,tp yelah resepi2 nya kadang2 perlu bahan2 yg rumit, tak ada di rumah kita selalu..Syaik ni pulak selalu dgn ammi sedikit sebanyak pun tumpang tengok sekaki..Pastu bermulalah episod mintak ammi masak macam2..Mula2 "ammi, macam best je orang tu buat kek", pastu.."ammi macam best je makan kek", alahai..syaik2..pastu ammi pun dgn gigihnya dan rajinnya memenuhi permintaan syaik, maka dgn itu bermulalah episod syaik jadi ammi's little helper..tiap minggu mesti ada je projek kita kan..syaik memang suka tolong ammi di dapur, yang ammi suka syaik appreciate apa yg kita masak/bake dan makan semuanya...Bab yg ammi kurang suka ialah bab mengemas becoz time tu syaik dah tak jadi ammi's helper dah, syaik dah ilang ntah ke mana..sabar jelah..



Ni kita buat coklat muffin, syaik tolong dari mula hingga siap kecuali bab mengemas tu le..
suka ammi tengok muka syaik enjoying the muffins! priceless!!



Time ni kita buat pizza, pizza instant coz syaik ni bila2 je 
nak order suruh ammi buat, nasib baik bahan2 ada kat umah.
Toppings: sosej and cheese.

Yang ni karipap kita buat hari tu..Yang ni actually abg yaya
yang terap. Not bad la utk beginner..syaik masih susah utk mengelim karipap,
ada juga yg syaik buat tp ammi tak snap pula..
Yaya kadang-kadang rajin tolong ammi sampai terlebih rajin..


Baru-baru ni syaik nak sgt makan mini cakes, ammi tengok ada 4 bijik
pisang yg dah nak benyek..mula2 ingat nak buat cekodok tp last2 tukar buat muffin pisang..



Gambar-gambar di bawah ni antara koleksi yang kita pernah buat sama-sama..
Syaik dari dulu lagi memang suka tolong ammi..abg yaya kadang-kadang
mood rajin dia datang dia pun tolonglah..Koleksi ni masa kita di Adelaide dulu, 
ammi korek gambar-gambar lama..
Tak ingat apa nama ni..tapi memang sedap..
danish apa ntah..



Pizza lagi...


Syaik bantu ammi buat sardin puff..
Tu nampak puffs sedang dimasak dalam oven

Kali ni pulak buat pretzels..memang sedap!

Syaik punya cheese topping
Yaya punya coklat covered ...yaya's feveret



Dear boys,
Sebenarnya banyak lagi koleksi kita tapi kadang2 lupa nak snap gambar, ada pulak ammi tak ingat simpan dalam file mana..Ammi sangat suka bonding time macam ni..tak semestinya boys tak boleh ke dapur kan, tak semestinya girls saja yg wajib ke dapur..sekarang ni ramai chefs lelaki...ammi memang suka tengok chefs ni in action, walaupun macho but very good in the kitchen..

Baba pun selalu puji, "sedaplah! ,boleh bukak kedai/ boleh jual.." ammi selalu terfikir, baba ni perli ke puji ikhlas, hihi..apa2 pun yg penting semua licin kan! Ammi ni memang suka baking ni, nanti bila kita dah pindah rumah sendiri dan tak menyewa lg, ammi nak  buat dapur yg best! idaman dapur ammi yg ada island, with built in microwave and oven..lengkap segala baking and cooking equipment..InsyaAllah doa2lah ia jadi kenyataan..barulah feel nak ke dapur,hehehe.. ;)

Boys, ammi ni bukanlah the greatest chef in the world, pandai sgt masak2 ni, tapi ammi cuba yg terbaik..bak kata orang2 tua air tangan mak tu yg membawa berkat..mengikat keluarga InsyaAllah..

Love u boys..till next time we'll bake other things kay!

Blogger Templates
Blogger Templates

July 13, 2010

Baba turns 32 and Tokma 51

Dear boys..
Yesterday 12th July was baba's 32nd birthday..We had a mini celebration at RFC (Radix Fried Chicken) Alor Star on sunday while we were there. It was nice wasn't it, just the 5 of us. Yaya and Syaik sang the b'day song for baba. We had a nice meal together and then we headed home to Penang..Oops sorry baba no pixs of you, you as the besday boy were busy taking pixs of us..nevermind..










"Happy Besday Baba!"
We Love You...

Today the 13th of July is Tokma's 51st besday.."Happy Besday Tokma!", we usually celebrate baba's and tokma's besday together..but as we are living a bit far now, ..maybe we'll have a belated besday party once we balik kampung ok boys..

To Baba: Happy besday abangku sayang..moga dgn peningkatan usia ni bertambahlah amal..Moga abg sentiasa happy dgn kami...moga abg study elok2, cepat2 abis dapat Dr, InsyaAllah..I love u soo much!!

To Tokma: Happy besday mama syg..semoga mama tabah menghadapi hari-hari mendatang..moga kita kekal keluarga bahagia selamanya InsyaAllah..I love u mama..

Miss u mama..


Blogger Templates

Blogger Templates

July 8, 2010

Macam-macam..

Dear boys,
First of all ammi minta maaf la coz blog ni dah terbengkalai begitu lamanya..Blog ni memang dedicated untuk u all dan juga utk rakan2 ammi mengikuti kisah kita anak-beranak..Hmm..ammi tak ada alasan yg kukuh except M.A.L.A.S!!,hehe...tu je also mcm ada writers block, of course ammi bukanlah seorang writer tapi bila nak menulis tu kena juga fikir2 kan, then lepas cuti hari tu macam2 nak dicerita dan ditulis, ammi tangguh2 terus jadi malas...Pastu malam tadi sambil ammi layan hindustan dan tidokan waidi, ammi terasa nak update blog, terus ammi ambil laptop if tak comfirm tertangguh lagi, huhuhu..

Dear boys,
Macam-macam perkara berlaku since ammi last update..hari ini ammi nak cerita sikit2 la yg kita pergi Singapore hari tu..memang seronok kan, kita 3 families pergi jalan2 together...kita naik flite ke JB then kita tido umah mak teh sal..
Yaya and syaik macam tak pernah naik flite peel masing2..hmm jakun bebeno ammi tengok, tapi takpe yg penting boys happy..:)
Adik lak first time naik flite so memangla jakun ya amat, semua benda nak capai, nak masuk mulut, nak tarik..bila stewardess pakaikan belt for infant, mulalah adik nak bukak..
Sampai kat JB uncle zul amik kat airport..kita stay kat umah diaorang for a whole week, sepatutnya 3 hari je dan 3 hari di umah atok mak ammi seperti yg pernah ammi tulis dulu, tapi disebabkan atok ada masalah kesihatan, pergi berjumpa dgn pakar di HUKM so terpaksalah kita berkampung lama di umah mak teh sal..seronok kan!



Ok, dipendekkan cerita, hari sabtu tu mummy niki sefamily pun sampai dari KL, semua tido umah mak teh sal, penuh umah! budak2 tido depan tv, macam pelarian pun ada, hehe..semua orang excited, esok tu nak masuk singapore , nak pergi zoo...sepatutnya tido awal tp semua lewat, terlalu excited..ammi rasa yg excited nya lebih becoz nak borak2 (mak/mummy/ammi) ,budak2 lak nak main2  together..oh ye, sebelum tu ammi ada tukar duit dulu, masa tu tgh rendah, Rm1.00 = $2.30, mummy niki tukar kat KL $2.36, kira ammi untung sikitla...

Dear boys,
Pagi esoknya syaik wat perangai tak mau bangun dan bersiap, ngamuk2 lagi..tu lah, ammi dah pesan tido awal..kita semua sepakat pakai biru, all 3 families..macam2 biru ada...biru cair, biru pekat, biru laut, biru ijau..macam2 lah..malangnya tak dapat snap gambaq ramai2 all 3 families in blue..biasalah..dengan 3 families., 3 6 children and 3 babies macam2 peel....


Kat imigresen













Yang lawaknya boys kita ni punyalah amik banyak gambar tapi gambar binatang nya tak banyak, hehe...gambar orang yg banyak, ape daa..


Petang tu ujan lebat so tak dapat teruskan ekspedisi tengok binatang, kami ke arab street cari makan, maklumlah dah dekat pukul 5, ammi dah macam nak pitam..yelah waidi duk nenen je..kita makan di restoran zam-zam tak silap ammi nama nya..ada nasi beriyani dan murtabak sedap..beriyani nya oklah tp tak boleh tanding masakan tokma ;)











Malam tu pulak kita makan kat restoran banaffe, mmg sedap! nasi ayam penyet adalah special kat situ, sebenarnya ayam bakar je, di penyet kan, dihidang with nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan, berselera! oh ye, kita makan kat JB, murah sikit..then balik terus rehat je..esoknya nak datang lagi..


Pagi esoknya kita bersarapan di JB dulu before gerak masuk singapore, agenda hari tu pergi underwater world, ishk..kita ni asyik duk tengok binatang je yek kata sana..hehe..hari isnin tu tema RED! kali ni mmg happening, meriah...gempaq...ceria!! ammi upload gambar utk tatapan umum k..






























Ini gambar ramai-ramai, cantik kan!!




















Malam tu kita had dinner at senibong seafood(back to JB),
celebrate besday bulan 5 dan 6, ammi, dayana (same besday on 13mei),
naim dan nurin..seronok sangat!
mak teh sal dgn baik hatinya bg goodie bag dan hadiah 
utk semua org...mmg memorable walaupun semua kepenatan..










Malam tu agak lewat juga kita balik umah, penat sangat2, boys berapa kali tido bangun dlm kereta...esoknya selasa kita dah nak balik..memang seronok kan vacation kita, walaupun tak lama, taklah mahal mana tapi amat memorable bg kita, bg ammi juga, spent time dgn kawan2 baik ammi, buat ammi happy, sampai ke hari ni pun ammi masih ingat percutian tu..senyum sorang2 kadang2, hehe....

Boys, sebenarnya kadang2 yg penting bukan DIMANA kita bercuti tu, atau BERAPA byk wang yg dibelanjakan, atau BERAPA LAMA yg kita bercuti tu tapi dengan SIAPA kita bersama-sama, bergelak tawa, baba dgn lawak2 nya, pakcik zahid dgn camera canggihnya, budak2 yg kecohnya, ammi, mak teh sal dan mummy niki yg selalu alert tgk anak2, tak kira walaupun bukan anak sendiri, ..bergambar kenangan bersama, makan sama2, pakai kaler sama..tu semua yg buat lebih memorable, lebih seronok..lebih happening, boys pun suka kan..asyik sebut2 je selalu..InsyaAllah nanti lain kali kita buat lg holiday macam ni....


p/s: if nak tengok lebih banyak gambar boleh tengok di album fb ammi..SINGAPORE TRIP :)

Love u boys..
Sweet memories in mind..

Blogger Templates
Blogger Templates