September 24, 2010

Salam Raya penuh kerinduan...

Dear boys & beloved friends.

Sungguh rindu diri ini untuk kembali menulis, untuk membaca blog rakan-rakan...bukan nya ammi dilanda penyakit M, tetapi keadaan diri ammi ini yg tak mengizinkan, (cerita di bawah adalah versi flashback ye) entry terakhir ammi pd 4 september yg lalu rupanya entry yg terakhir sebelum ammi berehat panjang dr menulis, pagi tu dpt header baru terus buat entry, tengahri - petang ammi busy dengan packing bag utk balik kampung. petang tu pula ke program iftar dan khatam quran di sekolah yaya. Alhamdulillah yaya dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu di sekolah buat tadarrus dan khatam ramai-ramai...Malam tu pula lepas terawikh pula dgn kelam kabut nya sampai terlupa nak buang sampah, huhu..berangkat lah kita sekeluarga balik kg belah ammi di sg merab, kajang. Target sampai untuk sahur, alhamdulillah kita sampai sana 4.30pg, just nice lah. All 3 of u tido je dlm kereta, ammi setia menemani baba berborak dan urut blkg baba bila penat. Sesudah subuh tidoq la kami suami isteri tak sedaq diri sampai jam 12tghari! ishk ishk ishk ;p


Dipendekkan cerita bukan tak ada internet di sg merab tp tak ada masa, ammi sebagai anak sulung kesian tgk umah tokma yg seakan tak terurus tu..huhu..ammi mem bz kan diri lah time kita di sana..dua hari b4 raya pulak kita balik dengkil ke umah atok belah baba pula, memang tahun ni turn raya di sana..di dengkil memang langsung tak ada internet walaupun ammi bawa p1wimax tu tp tak dapat langsung talian, maybe umah atok kat dalam sangat kut, tak taula...

Tahun ni memang beraya sakan lah kita kan boys, maklumlah tahun lepas ammi dalam pantang melahirkan waidi, tahun ni baba ajak beraya sakan. Jika ada rakan-rakan blogger ammi ni friends dgn ammi di FB mungkin ada yg perasan album ammi yg bertajuk "raya sakan versi balas dendam", hehe... merata lah kita pergi, kalau dulu cuma sekadar umah sedara mara, kali ni umah kawan-kawan pun kita berkunjung. Seronok kan boys, on the way balik penang pun bbrp lokasi kita singgah..(akan dicerita lanjut dlm entry akan dtg). Kita balik ke penang pula pada ahad 19hb,(bayangkanlah betapa busuknya sampah yg ditinggalkn 2 minggu tu, huhuhu..).

Ahad tu syaik dan waidi dah start demam, yaya batuk-batuk, maklumlah beraya dihidang dgn air batu dan air gas dan kuih muih raya, mmg cepatlah nk sakit tekak, pulak dah beraya sakan, demam senanglah nak datang..Bertambah teruk pula, isnin tu ammi pulak start demam, tau tau jelah orang tua dewasa kalau demam kan,dgn sakit badannya, batuk teruk, selsema ,semua pakej la...waidi lak yg batuk tak mau makan langsung, so nenen je bertambah lemah ammi ni . Alhamdulillah baba byk membantu dgn urusan umah dan boys. Syok gak baba tgh student ni, boleh cuti raya lama dan tak perlu ambil MC atau EL bila family members sakit ,hehe.."Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil", InsyaAllah....malam ni baru ammi rasa ada mood sikit nak berblog,

Di bawah ni ammi sertakan gambar-gambar family kita beraya berbaju ikut tema (lebih kurang lah), baba suka sgt, ammi pun suka so ikutkan saja :-). Tunggulah dapat baby girl nanti, kita dondon sama-sama girl ;). Bukan semua nya baju baru, ada yg di recycle dan ada juga yg dipinjam, hehehe..;p (gambar tidak ikut turutan raya)

Tema: Biru laut/ biru muda/ biru keADILan...


Tema: Bees and flower...

Tema: Purple and blue queen..

Tema: Earthy and natural..

Tema: Sehijau pohon nan rimbun..

Tema: Oren & peach..


Nanti ammi berkesampatan, ammi akan buat entry beraya sakan kami pusing selangor dan perak, InsyaAllah..
Buat masa ini, ammi ingin masuk beradu, tak mau over, dah lewat malam pun, nanti demam berpanjangan...
Jumpa lagi..dan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kpd rakan-rakan sekelian, harapnya tak terlambat...
Ya Allah, kau bagilah aku dan keluargaku kesihatan berpanjangan..amin..
Blogger Templates
Blogger Templates

September 4, 2010

Thank You Anishaway

Dear boys,

Cantik tak header baru kita ni.?


Three Owlets, Ammi Owl and Baba Owl

Comel kan..hari tu ammi blogwalking ke blog Aunty Izan, baca entry dia, dapat header free, ammi pun terus terjah blog Kakak Anis ni, yelah ammi ni mana lah reti nak wat header pelbagai, kakak anis ni pula  tengah baik hati sempena ramadhan al-mubarak (memenag baik hati kan cuma bulan ni lebih lah) hehe..ni untuk buat free header kepada sesiapa pun. Ammi pun berurusan lah dengan kakak anis ni, sekejap je dah dapat..ammi ingat yelah lepas raya ke dapat, tak kisah lah lagipun benda ni tak berbayar, bila ammi online tadi tengok dah dapat.

Alahai comel nye..kepada Anis, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ye dear..
Di sini yaya , syaik, adik waidi dan ammi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada kakak Anis.
Teruskan usaha murni mu..
p/s: pasni boleh lah buat watermark utk ammi lak? hehe...;p
Blogger Templates
Blogger Templates

September 3, 2010

Checklist Balik Kampung

Dear boys,
Lebih kurang seminggu je lagi kita nak raya kan...sayang juga nak tinggalkan Ramadhan yg mulia ni, tapi yelah life goes on, InsyaAllah tahun depan jumpa lagi..

Hari ni yaya last day sekolah, SRI ABIM cuma bg cuti until 13hb (raya ke-4), tapi disebabkan kampung kita kedua belah pihak jauh nun di selangor sana maka baba dah bgtau ustaz yaya cuti sampai 19hb, kira bersekolah semua pd 20hb ikut suka hati mak bapak ko jeye yaya nak panjang kan cuti.

Esok lepas terawikh InsyaAllah kita akan bertolak ke rumah tokma di sungai merab (umah family ammi), target by sahur tu dah sampai la..asalnya nak gerak lepas subuh tp sekolaah yaya ada program iftar dan khatam petang esok so tangguh perjalanan ke malam. Malam lg ok kut coz sejuk dan boleh makan/minum. Dapat bbrp hari puasa dgn family ammi then kita akan ke dengkil pula ke umah family baba, menyambut raya di sana. Then bbrp hari raya kita ke sg merab semula utk beraya dgn keluarga ammi. kira adil dan saksama kan..;)Ujung minggu tu baru pulang ke penang. Sementara baba student ni, bolehlah kita mcm ni, lagipun yaya br darjah 1, kalo dah exam year ke tak boleh lah lama-lama cuti kan, baba pun after study ni dah fully working, no more flexible timing mcm ni..;(

Nak balik kampung ni ammi dah siapkan lah checklist so ammi tak lupa apa-apa yg nak di pack ;-)


  • Baju basahan siang- lebih utk boys, takut tak sempat basuh
  • Baju basahan malam -spare kena bw kang ter boshor tgh malam ke ape ke
  • Kain pelikat baba buat solat
  • Telekung baru beli  ammi
  • Pad ammi-due date pg raya, huhu..tak dpt solat raya kut.. 
  • Toileteries basah dan kering
  • CD dan DD waidi- byk DD coz ammi malas nak basuh CD waidi kat sana, leceh!
  • Underwear ,kain dalam ammi -kena tulis kang lupa lama tak pakai bj kurung ;p
  • Towel boys -ammi dan baba pinjam yg kat umah tokma punya
  • Baju melayu, samping, kopiah, bj kurung, tudung raya pertama- yg ni letak dlm bag lain so senang nak amik nanti
  • Baju raya utk hari kedua dan seterusnya-byk ni..wooh!
  • Duit raya dalam sampul - kena siap awal kang kat sana takut tak dan
  • Hadiah-hadiah utk family - hadiah raya utk atok/nenek semua, hadiah besday utk maksu dan mamanah, hadiah baju utk anak2 sedara
  • Baju-baju dari blogshop ammi -yg kawan/sepupu ammi order & akan diantar masa jumpa raya
  • Set PS2  yaya-nak main dgn sepupu sepapat/pakcik sedara
  • Portable DVD player & books/toys/dvd/cd syaik-so syaik tak boring dlm car dan boleh main/colour dgn kazens
  • Seliper raya boys- brand korok crocs, ;p
  • Kasut/selipar baba dan ammi
  • Camera, video cam dan charger semua
  • Laptop baba dan P1wimax -boleh ammi berblog/fb skype dgn acik auss yg di mesir dr dengkil
  • Charger hp
  • Quran ammi dan baba- khatam quran di kampung InsyaAllah
  • Lagu-lagu raya pasang kat kampung

Rasanya tu je lah kut boys, tak sure la brp bag ni nak bw balik...Harapnya ammi tak tertinggal apa-apa..
Kuih raya ammi tak buat , kunun nak buat tp sejak aritu 1 by 1 boys ammi ni demam, tak boleh buat apa..
Tak apa, kita beli je nanti kat sana utk tokma/nenek ok senang ape susah, sempat lagi kan..

Hohoho balik kampung..
Bestnya!! ;-D
Love u boys...
Blogger Templates
Blogger Templates