December 1, 2010

"Spring cleaning" blog 3 owlets...

Salam semua,

First of all ammi nak ajak boys tolong ammi 'Spring Clean' blog ni ye, yaya tolong ammi  amik vacuum tu sedut mana2 sawang, lipas, cicak tu..syaik tolong amik kain lap ye, lap mana2 yg patut, waidi lak tolong sapu2, susun2 apa2 biar cantik & kemas blog kita ni...

Aish, tinggal lama blog ni..pasni boys kena rajin2 ingatkan ammi ye update blog selalu....rindu ammi nak baca blog kawan2 dan nak update blog ni, nak kata tak ada idea, melambak, nak kata tak ada masa, ada insyaallah, nak kata tak rajin, haa yelah tu..alasan yg sama je....

Oh ye, ammi ada satu berita gembira nak disampaikan pada semua, Alhamdulillah rezeki raya haji...
Jika diizinkan Allah, dan segalanya ok, tahun depan blog ini akan bertukar ke "Four Owlets, Ammi Owl & Baba Owl", InsyaAllah..minta doa aunty2 sekelian dipermudahkan segala urusan ammi & bakal baby, dan yg paling penting ammi nekad nak continue to bf exclusively waidi...waidi skrg baru 15 months, masih perlukan breast milk ammi...untuk kawan2 ammi yg ada tips, petua, advice on bf while pregnant dialu2 kan bg cadangan...setakat ni baby baru 7 weeks, ammi belum lagi rasa nak muntah2, waidi pun masih terima breast milk tanpa ragu2, hehe...

Gambar terbaru pd raya haji lepas..(ammi belum pun tahu ammi pregnant)


Terima kasih daun keladi diucapkan ;)

Salam rindu dari ammi,
Till next time..
Mmuaahhh...
Blogger Templates
Blogger Templates

October 5, 2010

Jerawat melanda..

Dear all,

Semenjak balik dari cuti beraya tempoh hari jururawat jerawat di muka ammi bertambah-tambah pulak nengoknya..
Tiap bulan memang bila bendera jepun mai, akan adalah 2, 3 ketui yg keluar tapi kali ni dasyat tul!!

Harap maklum gambar tiada utk disiarkan...huhuhu..

Ammi tak tau nak buat apa dah, bukan apa, sakit, jenis yang keluar besar-besar tu..kalo kat dahi time solat sujud tu berdenyut sakit....


Ammi dah malas nak tengok dalam cermin, ngeri! hehehe..

Buat masa ni ammi guna trial pack for acne brand sendayu tinggi..tgk testimoni macam bagus je tp maybe tak seswai dgn kulit ammi ke tak tau lah, dah merebak mcm chicken pox pun ada, huhu..

Untuk yg dah kering lak, meninggalkan scar/parut..tang tu lg teruk coz kekal kan...

Agaknya ni penangan raya sakan hari tu kut, makan je semua apa yg dihidangkan..rasanya tak de pe elejik kat makanan..setahu ammi, cuma dgn sambal belacan ,tu pun dah dijauhi...agaknya ada la certain foods yg ammi tak boleh makan, err boleh je tp tanggung lah jururawats di muka ni, huhu..

Agak2 ada tak kawan-kawan ammi di luar sana yg boleh bg tips/petua/pemuda on nak hilangkan jerawats dan scars ni semua..
Cadangan anda amat dialu-alu kan

Terima kasih..

Yang segan malas nak kuar umah ,
Blogger Templates
Blogger Templates

October 4, 2010

Watermark baru ammi

Dear boys,

Seperti yang u all tau, ammi ni suka sangat lah nak men snap gambar u all walaupun tak ada event apa pun, kamera tu sentiasa lah dibawa kemana-mana, dah pecah pun tempat tutup bateri tu, tapi dgn efek gam gajah, berjaya bertahan sehingga hari ni....bilalah nak merasa amik gambar dgn DSLR lak..;p  ammi ni juga  bukan sangat lah reti benda-benda men design ni, thats why lah ammi cari orang yg pandai buatkan, macam hari tu dapat free header yg amat cute tu kan..Lepas tu ammi ada BW kat blog Aunty Dilla ni, berkenan sungguh dgn watermark yg ditempahnya..so apa lg, ammi pun bukak lah blog ni dan survey, ok sangat-sangat design dia, sweet and simple...so ammi pun contact lah aunty eya tu and dalam sehari je dapatlah ammi watermark.

Thank you ye eya.so harapnya pasni lebih rajinlah ammi nak tepek gambaq and post entry ;p,


Kat bawah gambar-gambar yg dah di tepek watermark baru..;)

Terer tak waidi main tennis ;D

waidi syok berjalan sana sinun

Nak tolong ammi la tu..

Sorry la ye yaya n syaik, next time ammi letak gambar u all pulak..jangan mare..;D
Love u all no matter what...
Blogger Templates
Blogger Templates

October 1, 2010

Raya sakan hari itu

Dear Waidi,

Syawal ni merupakan syawal kedua waidi, tahun lepas waidi masih dalam pantang, sebenarnya masa tu waidi dah 30 days old tp, kiranya kalau nak bawa beraya boleh dah, cumanya waidi kan masih 'fragile'.dgn keadaan H1N1 yg masih menular masa tu, tokma menyarankan ammi dan waidi tak payah lah raya sakan, jadi akhirnya satu family kita just sambut raya di umah atok mami (moyang/buyut boys) di KL then just duduk umah je tengok rancangan raya, hehe..So, thn  ni waidi dah setahun dan alhamdulillah makin sihat dan bertambah sihat maka baba ajak balas dendam, raya sakan baba kata ;D

Sebelum tu ammi nak update sikit ttg kesihatan kami sekeluarga, jumaat lepas ammi, syaik dan waidi pi jumpa doktor, semuanya on antibiotik, waidi lah yg paling kesian, doktor detect wheezing so waidi was on nebulizer sekali lg, seperti biasa waidi melalak, menagis , meraung sekuat hati, which is better becoz paru-paru waidi terbuka luas dan masuk lah gas itu dgn senangnya ..;-)

Cuba sedaya upaya nak cabut mask tu

Ok boys, berbalik kpd cerita raya kita..

Raya thn ni dgn family baba, so bila dgn family baba je comfirm baju kena byk coz atok dan nenek akan round 1 selangor menziarahai sedara mara kita...Atok dan nenek baba dah lama meninggal (both sides) so yg tinggal cuma atok dan nenek sedara dan sedara mara yg lain, Raya pertama kita round serdang, 2nd day kita ke olak lempit dan, sijangkang.


Ammi cerita sikt2 je lah ek, sepintas lalu.. lagipun cerita dah basi busuk pun, huhu...;p

3rd day raya ke tembuk, tg sepat pulak, time ni tgh hangat pasal penemuan abu Dato' Sosilawati tu, kita lalu kat kawasan penemuan tu, patutlah byk keta n Press, ammi ingatkan ada YB mana buat open house ke ingat nak menyinggah makan free....;p

lalu kat ladang ayam tmpt penemuan jenayah dilakukan.


Raya ke-4 ke puchong (siang), then malam gerak ke umah tok mami di KL, kita celebrate 4 in 1 besday party, maksu (11yrs on 10/8), waidi (1 on 21/8), mamanah (29 on 30/8) dan tokba (53 on 19/9). Haa jimat kos! 1 kek, for 4 people :). Malam tu kita bermalam di umah tokma pulak coz esoknya tokma nak buat BBQ just for our family dan bbbrp jiran..Pak teh muiz chef bhg ayam/udang semua, tukang marinade, also si tukang goreng nasik (kalah ammi n mamanah if p.teh menggoreng tau), mamanah lak buat air punch yg amat sedap, ammi tender coleslaw n potato salad, acik dadar tolong mcm2, baba fotografer n maksu basuh pinggan, hehe...see, semua org ada job. 

Pak uda hafiz bz at work

Esoknya raya ke-6 beraya di umah kawan baba di kajang (mini reunion) n umah tok teh n tok uda (ammi's side) di KL, raya ke-7 pagi2 dah balik semula ke dengkil coz akan beraya di sekinchan, tg karang , sg buaya n rawang, kan ammi dah kata if beraya dgn family baba mmg dasyat :)

Mommies n babies (semua perasan ada ank sorang je padahal masing2 dah 2 or 3 anak) hehe..


Singgah lunch di sekinchan, sepinggan nasi ambeng rm5.00
Agak2 ammi abis tak mkn sepinggan tu??? hehe..sila teka

bergambar kenangan di tepi bendang @ sg burung

Ok, terus dgn cerita, raya ke-8 kita ke puchong umah kawan baba n ammi, then mlm kununnya balik ke penang tp b4 that ada bbrp persinggahan sana sinun, Bermulalah episod kami ber5 beraya sekitar sgor/perak berkunjung ke umah rakan2..Malam tu 1st stop ke bukit beruntung umah Mummy Niki, dinner n check in tido sana :) (lupa lak amik gambaq dgn mummy niki) duk bz mkn dinner n breakfast je tu lah jadiknya ;p.
Esok paginya raya ke-9 lepas breakfast bergerak kita ke Tg Malim..

Di umah cikgu naziroh, guu tadika UPSI
Siap beli lauk utk kami punyalah suka kami mengunjung

Di depan umah cantik aunty Maz :)

After that ke Batu gajah perak melawat kawan ammi yg baru 21 hari melahirkan anak ke-3 via ceaser, dulu ammi n aunty fara ni sama course at UPM, dah lama tak jumpa, last masa dia mengandungkan anak sulung, so 1st time jumpa all 3 anak2 beliau :). Selepas tu terus gerak ke Sri Manjung atas jemputan kawan se-phD baba, dinner di sana, ater that check in hotel....esok ada lg 1 umah untuk dikunjungi b4 balik penang..

Lagi 2 anak aunty fara segan nk bergambar..

Waidi di 'mumia' kan oleh syaik di bilik hotel 

Bergambar di teluk batik bersama uncle rosli n aunty mashitah

Singgah beli ole-ole sikit

Lepas tu uncle rosli belanja mkn lunch sedap, mkn ikan bakar, ulam2, sup tulang dan sambal2 best ,bertambah ranum jerawats ammi di muka suci ni, huhu...
After that bergerak kami ke last destination, tronoh, ke umah Aunty Suzi

seronok yaya main dgn frenz

main sorok2 lak aunty suzi ni, hehe..
Ni last destinantion, after this balik penang ;)

Alhamdulillah...tu lah cerita raya sakan kami..huhu...
Rezeki kami tiap umah dihidang mcm2 juadah...
Dasyat tul, balik tu esoknya ammi pun jatuh demam..
Sekian dulu kali ini..lenguh dah tgn kiri n riba ni memangku waidi yg dah tido semula, letak kang bgn lak dia..

Blogger Templates
Blogger Templates

September 24, 2010

Salam Raya penuh kerinduan...

Dear boys & beloved friends.

Sungguh rindu diri ini untuk kembali menulis, untuk membaca blog rakan-rakan...bukan nya ammi dilanda penyakit M, tetapi keadaan diri ammi ini yg tak mengizinkan, (cerita di bawah adalah versi flashback ye) entry terakhir ammi pd 4 september yg lalu rupanya entry yg terakhir sebelum ammi berehat panjang dr menulis, pagi tu dpt header baru terus buat entry, tengahri - petang ammi busy dengan packing bag utk balik kampung. petang tu pula ke program iftar dan khatam quran di sekolah yaya. Alhamdulillah yaya dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu di sekolah buat tadarrus dan khatam ramai-ramai...Malam tu pula lepas terawikh pula dgn kelam kabut nya sampai terlupa nak buang sampah, huhu..berangkat lah kita sekeluarga balik kg belah ammi di sg merab, kajang. Target sampai untuk sahur, alhamdulillah kita sampai sana 4.30pg, just nice lah. All 3 of u tido je dlm kereta, ammi setia menemani baba berborak dan urut blkg baba bila penat. Sesudah subuh tidoq la kami suami isteri tak sedaq diri sampai jam 12tghari! ishk ishk ishk ;p


Dipendekkan cerita bukan tak ada internet di sg merab tp tak ada masa, ammi sebagai anak sulung kesian tgk umah tokma yg seakan tak terurus tu..huhu..ammi mem bz kan diri lah time kita di sana..dua hari b4 raya pulak kita balik dengkil ke umah atok belah baba pula, memang tahun ni turn raya di sana..di dengkil memang langsung tak ada internet walaupun ammi bawa p1wimax tu tp tak dapat langsung talian, maybe umah atok kat dalam sangat kut, tak taula...

Tahun ni memang beraya sakan lah kita kan boys, maklumlah tahun lepas ammi dalam pantang melahirkan waidi, tahun ni baba ajak beraya sakan. Jika ada rakan-rakan blogger ammi ni friends dgn ammi di FB mungkin ada yg perasan album ammi yg bertajuk "raya sakan versi balas dendam", hehe... merata lah kita pergi, kalau dulu cuma sekadar umah sedara mara, kali ni umah kawan-kawan pun kita berkunjung. Seronok kan boys, on the way balik penang pun bbrp lokasi kita singgah..(akan dicerita lanjut dlm entry akan dtg). Kita balik ke penang pula pada ahad 19hb,(bayangkanlah betapa busuknya sampah yg ditinggalkn 2 minggu tu, huhuhu..).

Ahad tu syaik dan waidi dah start demam, yaya batuk-batuk, maklumlah beraya dihidang dgn air batu dan air gas dan kuih muih raya, mmg cepatlah nk sakit tekak, pulak dah beraya sakan, demam senanglah nak datang..Bertambah teruk pula, isnin tu ammi pulak start demam, tau tau jelah orang tua dewasa kalau demam kan,dgn sakit badannya, batuk teruk, selsema ,semua pakej la...waidi lak yg batuk tak mau makan langsung, so nenen je bertambah lemah ammi ni . Alhamdulillah baba byk membantu dgn urusan umah dan boys. Syok gak baba tgh student ni, boleh cuti raya lama dan tak perlu ambil MC atau EL bila family members sakit ,hehe.."Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil", InsyaAllah....malam ni baru ammi rasa ada mood sikit nak berblog,

Di bawah ni ammi sertakan gambar-gambar family kita beraya berbaju ikut tema (lebih kurang lah), baba suka sgt, ammi pun suka so ikutkan saja :-). Tunggulah dapat baby girl nanti, kita dondon sama-sama girl ;). Bukan semua nya baju baru, ada yg di recycle dan ada juga yg dipinjam, hehehe..;p (gambar tidak ikut turutan raya)

Tema: Biru laut/ biru muda/ biru keADILan...


Tema: Bees and flower...

Tema: Purple and blue queen..

Tema: Earthy and natural..

Tema: Sehijau pohon nan rimbun..

Tema: Oren & peach..


Nanti ammi berkesampatan, ammi akan buat entry beraya sakan kami pusing selangor dan perak, InsyaAllah..
Buat masa ini, ammi ingin masuk beradu, tak mau over, dah lewat malam pun, nanti demam berpanjangan...
Jumpa lagi..dan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kpd rakan-rakan sekelian, harapnya tak terlambat...
Ya Allah, kau bagilah aku dan keluargaku kesihatan berpanjangan..amin..
Blogger Templates
Blogger Templates

September 4, 2010

Thank You Anishaway

Dear boys,

Cantik tak header baru kita ni.?


Three Owlets, Ammi Owl and Baba Owl

Comel kan..hari tu ammi blogwalking ke blog Aunty Izan, baca entry dia, dapat header free, ammi pun terus terjah blog Kakak Anis ni, yelah ammi ni mana lah reti nak wat header pelbagai, kakak anis ni pula  tengah baik hati sempena ramadhan al-mubarak (memenag baik hati kan cuma bulan ni lebih lah) hehe..ni untuk buat free header kepada sesiapa pun. Ammi pun berurusan lah dengan kakak anis ni, sekejap je dah dapat..ammi ingat yelah lepas raya ke dapat, tak kisah lah lagipun benda ni tak berbayar, bila ammi online tadi tengok dah dapat.

Alahai comel nye..kepada Anis, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ye dear..
Di sini yaya , syaik, adik waidi dan ammi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada kakak Anis.
Teruskan usaha murni mu..
p/s: pasni boleh lah buat watermark utk ammi lak? hehe...;p
Blogger Templates
Blogger Templates

September 3, 2010

Checklist Balik Kampung

Dear boys,
Lebih kurang seminggu je lagi kita nak raya kan...sayang juga nak tinggalkan Ramadhan yg mulia ni, tapi yelah life goes on, InsyaAllah tahun depan jumpa lagi..

Hari ni yaya last day sekolah, SRI ABIM cuma bg cuti until 13hb (raya ke-4), tapi disebabkan kampung kita kedua belah pihak jauh nun di selangor sana maka baba dah bgtau ustaz yaya cuti sampai 19hb, kira bersekolah semua pd 20hb ikut suka hati mak bapak ko jeye yaya nak panjang kan cuti.

Esok lepas terawikh InsyaAllah kita akan bertolak ke rumah tokma di sungai merab (umah family ammi), target by sahur tu dah sampai la..asalnya nak gerak lepas subuh tp sekolaah yaya ada program iftar dan khatam petang esok so tangguh perjalanan ke malam. Malam lg ok kut coz sejuk dan boleh makan/minum. Dapat bbrp hari puasa dgn family ammi then kita akan ke dengkil pula ke umah family baba, menyambut raya di sana. Then bbrp hari raya kita ke sg merab semula utk beraya dgn keluarga ammi. kira adil dan saksama kan..;)Ujung minggu tu baru pulang ke penang. Sementara baba student ni, bolehlah kita mcm ni, lagipun yaya br darjah 1, kalo dah exam year ke tak boleh lah lama-lama cuti kan, baba pun after study ni dah fully working, no more flexible timing mcm ni..;(

Nak balik kampung ni ammi dah siapkan lah checklist so ammi tak lupa apa-apa yg nak di pack ;-)


  • Baju basahan siang- lebih utk boys, takut tak sempat basuh
  • Baju basahan malam -spare kena bw kang ter boshor tgh malam ke ape ke
  • Kain pelikat baba buat solat
  • Telekung baru beli  ammi
  • Pad ammi-due date pg raya, huhu..tak dpt solat raya kut.. 
  • Toileteries basah dan kering
  • CD dan DD waidi- byk DD coz ammi malas nak basuh CD waidi kat sana, leceh!
  • Underwear ,kain dalam ammi -kena tulis kang lupa lama tak pakai bj kurung ;p
  • Towel boys -ammi dan baba pinjam yg kat umah tokma punya
  • Baju melayu, samping, kopiah, bj kurung, tudung raya pertama- yg ni letak dlm bag lain so senang nak amik nanti
  • Baju raya utk hari kedua dan seterusnya-byk ni..wooh!
  • Duit raya dalam sampul - kena siap awal kang kat sana takut tak dan
  • Hadiah-hadiah utk family - hadiah raya utk atok/nenek semua, hadiah besday utk maksu dan mamanah, hadiah baju utk anak2 sedara
  • Baju-baju dari blogshop ammi -yg kawan/sepupu ammi order & akan diantar masa jumpa raya
  • Set PS2  yaya-nak main dgn sepupu sepapat/pakcik sedara
  • Portable DVD player & books/toys/dvd/cd syaik-so syaik tak boring dlm car dan boleh main/colour dgn kazens
  • Seliper raya boys- brand korok crocs, ;p
  • Kasut/selipar baba dan ammi
  • Camera, video cam dan charger semua
  • Laptop baba dan P1wimax -boleh ammi berblog/fb skype dgn acik auss yg di mesir dr dengkil
  • Charger hp
  • Quran ammi dan baba- khatam quran di kampung InsyaAllah
  • Lagu-lagu raya pasang kat kampung

Rasanya tu je lah kut boys, tak sure la brp bag ni nak bw balik...Harapnya ammi tak tertinggal apa-apa..
Kuih raya ammi tak buat , kunun nak buat tp sejak aritu 1 by 1 boys ammi ni demam, tak boleh buat apa..
Tak apa, kita beli je nanti kat sana utk tokma/nenek ok senang ape susah, sempat lagi kan..

Hohoho balik kampung..
Bestnya!! ;-D
Love u boys...
Blogger Templates
Blogger Templates

August 31, 2010

11 -20 ramadhan-Menu-menu yg tertangguh

Dear boys,
Memandangkan ini adalah online diary ammi, untuk tatapan ammi dan rakan2 sekarang dan juga untuk tatapan boys bila dah besaq nanti, maka ammi kalau boleh nak mencatit segala benda penting dalam kehidupan harian famili kita, apa yg berlaku pada kita, achievement boys dan sebagainya..
Maka, ammi rasa untuk bulan ramadhan achievement ammi adalah dari segi ammi cuba memasak tiap hari ..
Bagi ammi sedap tak sedap belakang kira..yang penting cuba kan,. Tapi alhamdulillah setakat ni baba and boys kata ok lah boleh tahan sedap,hehe..

11 Ramadhan-Menu berbuka, lamb chop + homemade potato wedges + homemade coleslaw and topped off with homemade gravy ;-)

12 Ramadhan-Yaya requested mee goreng, ammi ni kalo bab mee macam fail sikit, tp tengok beriya jugak diaorg makan..hehe...;-)

13 Ramadhan- Tried out recipe for Nasi Ayam penyet,

14 ramadhan-Ammi diserang migrain, tak larat ke dapur. Baba masak, err silap masak kat bazaar, hehe..;p
(sayur dan sup dah nak basi) :(

15 Ramadhan-Ammi mencuba resepi nasi goreng ayam paprik. Memang sedap!! boleh buat lg lain kali..

16 Ramadhan-Menu simple je..mee sup + sambal kicap kaw kaw and home made begedil :-)

17 ramadhan-Roti naan segera, ayam serai berempah, salad and terung masak paceri.
 Nice combination jugaklah. ni namanya masak apa yg ada, hehe,,

18 ramadhan-Ikan siakap masak 3 rasa ;-) rasa masam, manis dan pedas ye..bukan rasa geram, marah dan benci ;p
Teringat iklan syaik suka.."rasa sedap, rasa sihat, rasa sayang.." ;-)

19 ramadhan-Hari MALAS masak, maka call aje le..8 minit sebelum berbuka baru sampai, nasib sempat.
 Dapat voucher 1 regular pizza free coz of late delivery, hehe..

20ramadhan-nasi goreng planta with herbed potato salad on the side, topped with chicken 
blackpepper bermayonis, completed with slices of tomatoes and cucumbers :)


Alhamdulillah rezeki kita kan boys...
Syukur ke hadrat Ilahi, sementara ammi muda masih kuat lg ni, ammi cuba lah..:)
Blogger Templates
Blogger Templates

August 30, 2010

hAPPY bESTDAY mAmANaH

Dear boys,

Today is Mamanah's besday..yg ke berapa ek? yg ke 29 ye yaya, bukan 31 sama macam ammi seperti yg yaya ingat tu, lawak la yaya ni, if macam tuh ammi dan mamanah ni twins la ye tak, hehe..
Mamanah ni adik selepas ammi, kira second born la dalam adik beradik ammi yg seramai 6 orang tuh, asalnya mamanah ni dipanggil mak ngah, tapi biasalah bila dipanggil oleh si pelat yaya jadilah MANAH, dah tu bila manah dah kawen and dapat baby, dah dipanggil mama so bertukarlah ke memanah padang MAMANAH .(tiada kena mengena dgn nama beliau aminah/rosnah/tukinah atau sebagainya).


Masa kami kecil/remaja dulu orang selalu ingat kami kembar coz sama saiz, rupa lebih kurang dan sama tinggi. Sampai laa ni pun lebih kurang je.. nasib lah baba dan aboh bila ramai-ramai balik umah tokma tak pernah silap wife, haha..kalo tak kes naya je, dari belakang memang teramat lah sama..yg bestnya baju kami sama saiz, yang lagi bestnya mamanah ni career woman so collection baju kurung dia best dan cantik2..macam ammi ni baju kurung setahun sehelai je , hehe..

Mamanah ni juga merangkap mama susuan kepada syaik dan waidi, time yaya tak lah kan coz masa tu mamanah perawan  lum kawen lagi. Mamanah pun mementingkan Breastmilk utk kak yong dan ulwan, hari-hari pengepam tegar .;-)

 Kat bawah ni ammi sertakan gambar - gambar ammi dan mamanah ,......

Lebih kurang kan??

Time nih syaik dan kak yong kecik lagi, belum ada waidi dan ulwan

Ni rasanya feveret pix ammi of kami berdua,
time ni kat pangkor, bergaya dgn baju baru yg mamanah belikan di Bali,
ammi jadi model air mineral, mamanah model biskut, hehe..
tak ke macam twins kan?

Keluarga bahagia mamanah, aboh, kak yong dan ulwan.
time ni ulwan kecik lagi..(takde gambar terbaru la pulak-nanti raya kita snap byk2 k)

Boys dan ammi nak ucapkan:
"Happy 29th besday mamanah!!"
May Allah bless u and family always..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Nanti mai penang noo, boys nak bawa jalan-jalan
Moga diramaikan kazen utk yaya, syaik dan waidi.
MMMuuuaahhh..!!!

Alhamdulillah yaya dah sihat sepenuhnya,
dah kembali berpuasa dan ke sekolah..
syaik masih demam tapi tak teruk sangatlah..
waidi lak dah berjangkit abangs...
rasanya dia demam tumbuh gigi 7 dan 8, juga waidi dah pandai jalan! yea yea..
Tengah kemaruk la waidi ni :-)
Go waidi go....
All the best sayang, dont push urself too hard k
Blogger Templates
Blogger Templates

August 27, 2010

Waidi mamam apa tu????

Dear waidi,

Ammi ni kan semua anak jantan, hero so dari hero-hero ammi ni kecik ammi dah brainwash ajar supaya tolong apa yg patut di rumah, yelah bukan girls je kena pandai wat kerja rumah tau, yaya ammi tak maksudkan kerja rumah (homework) tp chores atau duty di rumah seperti simpan baju yg dilipat, basuh cawan yg dah digunakan, letak baju kotor dlm laundry basket, etc..

Waidi pun tak ketinggalan dah dilatih , waidi ni kadang-kadang menghiburkan, ada kala juga membantu + t, ye membantut kan kerja ammi, bukan nya membantu....hehe..

Ini buktinya..
Semalam ammi tengah cuci pinggan, lepas tu datanglah waidi merangkak dengan pantasnya, dan membantu ammi, siap makan lagi.

Agaknya apa yek yang waidi makan?? agak tak tertelan oleh ammi dan ammi rasa fear factor pun tak sanggup kut...


<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<


Haan inilah dia bendanya..
actually yg dimakan waidi adalah kulitnya, haha
(siap telan ammi tak perasan..)



setia membantu ammi dimana jua..



Dah telan tu muka selamba je..



Ni pula gambar selingan..
Gambar 3 heroes tido terbongkang selepas sahur..
kat umah ni semua bangun sahur, meriah banget!
Tengoklah macam-macam gaya ada..

Sebenarnya ammi ni tengah mode tired..
2/3 heroes ammi demam, yaya demam sejak ahad lepas, dah jumpa doktor klinik kesihatan tp still macam tu gak, bawa juga pergi pediatrik, doktor kata demam biasa tp agak panas sikit becoz temperature over 38c, tengok signs for denggi tp alhamdulillah tak ada, dapat ubat masuk ikut buntut, hehe..
kesian yaya, seminggu ponteng sekolah dan puasa..

Syaik pulak baru start malam tadi, merengek je...

Waidi ammi harap tak berjangkit ye..
Moga ammi dan baba juga diberi kesihatan berpanjangan utk menjaga kalian..
Ammi doakan heroes ammi cepat sembuh..

Terpaksalah kita batalkan misi membeli dan membelah baju raya weekend ni..takpe, yg penting heroes ammi sihat...(ammi shopping online jele ape susah kan) :-)

Love u guys...
Blogger Templates
Blogger Templates