October 1, 2010

Raya sakan hari itu

Dear Waidi,

Syawal ni merupakan syawal kedua waidi, tahun lepas waidi masih dalam pantang, sebenarnya masa tu waidi dah 30 days old tp, kiranya kalau nak bawa beraya boleh dah, cumanya waidi kan masih 'fragile'.dgn keadaan H1N1 yg masih menular masa tu, tokma menyarankan ammi dan waidi tak payah lah raya sakan, jadi akhirnya satu family kita just sambut raya di umah atok mami (moyang/buyut boys) di KL then just duduk umah je tengok rancangan raya, hehe..So, thn  ni waidi dah setahun dan alhamdulillah makin sihat dan bertambah sihat maka baba ajak balas dendam, raya sakan baba kata ;D

Sebelum tu ammi nak update sikit ttg kesihatan kami sekeluarga, jumaat lepas ammi, syaik dan waidi pi jumpa doktor, semuanya on antibiotik, waidi lah yg paling kesian, doktor detect wheezing so waidi was on nebulizer sekali lg, seperti biasa waidi melalak, menagis , meraung sekuat hati, which is better becoz paru-paru waidi terbuka luas dan masuk lah gas itu dgn senangnya ..;-)

Cuba sedaya upaya nak cabut mask tu

Ok boys, berbalik kpd cerita raya kita..

Raya thn ni dgn family baba, so bila dgn family baba je comfirm baju kena byk coz atok dan nenek akan round 1 selangor menziarahai sedara mara kita...Atok dan nenek baba dah lama meninggal (both sides) so yg tinggal cuma atok dan nenek sedara dan sedara mara yg lain, Raya pertama kita round serdang, 2nd day kita ke olak lempit dan, sijangkang.


Ammi cerita sikt2 je lah ek, sepintas lalu.. lagipun cerita dah basi busuk pun, huhu...;p

3rd day raya ke tembuk, tg sepat pulak, time ni tgh hangat pasal penemuan abu Dato' Sosilawati tu, kita lalu kat kawasan penemuan tu, patutlah byk keta n Press, ammi ingatkan ada YB mana buat open house ke ingat nak menyinggah makan free....;p

lalu kat ladang ayam tmpt penemuan jenayah dilakukan.


Raya ke-4 ke puchong (siang), then malam gerak ke umah tok mami di KL, kita celebrate 4 in 1 besday party, maksu (11yrs on 10/8), waidi (1 on 21/8), mamanah (29 on 30/8) dan tokba (53 on 19/9). Haa jimat kos! 1 kek, for 4 people :). Malam tu kita bermalam di umah tokma pulak coz esoknya tokma nak buat BBQ just for our family dan bbbrp jiran..Pak teh muiz chef bhg ayam/udang semua, tukang marinade, also si tukang goreng nasik (kalah ammi n mamanah if p.teh menggoreng tau), mamanah lak buat air punch yg amat sedap, ammi tender coleslaw n potato salad, acik dadar tolong mcm2, baba fotografer n maksu basuh pinggan, hehe...see, semua org ada job. 

Pak uda hafiz bz at work

Esoknya raya ke-6 beraya di umah kawan baba di kajang (mini reunion) n umah tok teh n tok uda (ammi's side) di KL, raya ke-7 pagi2 dah balik semula ke dengkil coz akan beraya di sekinchan, tg karang , sg buaya n rawang, kan ammi dah kata if beraya dgn family baba mmg dasyat :)

Mommies n babies (semua perasan ada ank sorang je padahal masing2 dah 2 or 3 anak) hehe..


Singgah lunch di sekinchan, sepinggan nasi ambeng rm5.00
Agak2 ammi abis tak mkn sepinggan tu??? hehe..sila teka

bergambar kenangan di tepi bendang @ sg burung

Ok, terus dgn cerita, raya ke-8 kita ke puchong umah kawan baba n ammi, then mlm kununnya balik ke penang tp b4 that ada bbrp persinggahan sana sinun, Bermulalah episod kami ber5 beraya sekitar sgor/perak berkunjung ke umah rakan2..Malam tu 1st stop ke bukit beruntung umah Mummy Niki, dinner n check in tido sana :) (lupa lak amik gambaq dgn mummy niki) duk bz mkn dinner n breakfast je tu lah jadiknya ;p.
Esok paginya raya ke-9 lepas breakfast bergerak kita ke Tg Malim..

Di umah cikgu naziroh, guu tadika UPSI
Siap beli lauk utk kami punyalah suka kami mengunjung

Di depan umah cantik aunty Maz :)

After that ke Batu gajah perak melawat kawan ammi yg baru 21 hari melahirkan anak ke-3 via ceaser, dulu ammi n aunty fara ni sama course at UPM, dah lama tak jumpa, last masa dia mengandungkan anak sulung, so 1st time jumpa all 3 anak2 beliau :). Selepas tu terus gerak ke Sri Manjung atas jemputan kawan se-phD baba, dinner di sana, ater that check in hotel....esok ada lg 1 umah untuk dikunjungi b4 balik penang..

Lagi 2 anak aunty fara segan nk bergambar..

Waidi di 'mumia' kan oleh syaik di bilik hotel 

Bergambar di teluk batik bersama uncle rosli n aunty mashitah

Singgah beli ole-ole sikit

Lepas tu uncle rosli belanja mkn lunch sedap, mkn ikan bakar, ulam2, sup tulang dan sambal2 best ,bertambah ranum jerawats ammi di muka suci ni, huhu...
After that bergerak kami ke last destination, tronoh, ke umah Aunty Suzi

seronok yaya main dgn frenz

main sorok2 lak aunty suzi ni, hehe..
Ni last destinantion, after this balik penang ;)

Alhamdulillah...tu lah cerita raya sakan kami..huhu...
Rezeki kami tiap umah dihidang mcm2 juadah...
Dasyat tul, balik tu esoknya ammi pun jatuh demam..
Sekian dulu kali ini..lenguh dah tgn kiri n riba ni memangku waidi yg dah tido semula, letak kang bgn lak dia..

Blogger Templates
Blogger Templates