August 31, 2010

11 -20 ramadhan-Menu-menu yg tertangguh

Dear boys,
Memandangkan ini adalah online diary ammi, untuk tatapan ammi dan rakan2 sekarang dan juga untuk tatapan boys bila dah besaq nanti, maka ammi kalau boleh nak mencatit segala benda penting dalam kehidupan harian famili kita, apa yg berlaku pada kita, achievement boys dan sebagainya..
Maka, ammi rasa untuk bulan ramadhan achievement ammi adalah dari segi ammi cuba memasak tiap hari ..
Bagi ammi sedap tak sedap belakang kira..yang penting cuba kan,. Tapi alhamdulillah setakat ni baba and boys kata ok lah boleh tahan sedap,hehe..

11 Ramadhan-Menu berbuka, lamb chop + homemade potato wedges + homemade coleslaw and topped off with homemade gravy ;-)

12 Ramadhan-Yaya requested mee goreng, ammi ni kalo bab mee macam fail sikit, tp tengok beriya jugak diaorg makan..hehe...;-)

13 Ramadhan- Tried out recipe for Nasi Ayam penyet,

14 ramadhan-Ammi diserang migrain, tak larat ke dapur. Baba masak, err silap masak kat bazaar, hehe..;p
(sayur dan sup dah nak basi) :(

15 Ramadhan-Ammi mencuba resepi nasi goreng ayam paprik. Memang sedap!! boleh buat lg lain kali..

16 Ramadhan-Menu simple je..mee sup + sambal kicap kaw kaw and home made begedil :-)

17 ramadhan-Roti naan segera, ayam serai berempah, salad and terung masak paceri.
 Nice combination jugaklah. ni namanya masak apa yg ada, hehe,,

18 ramadhan-Ikan siakap masak 3 rasa ;-) rasa masam, manis dan pedas ye..bukan rasa geram, marah dan benci ;p
Teringat iklan syaik suka.."rasa sedap, rasa sihat, rasa sayang.." ;-)

19 ramadhan-Hari MALAS masak, maka call aje le..8 minit sebelum berbuka baru sampai, nasib sempat.
 Dapat voucher 1 regular pizza free coz of late delivery, hehe..

20ramadhan-nasi goreng planta with herbed potato salad on the side, topped with chicken 
blackpepper bermayonis, completed with slices of tomatoes and cucumbers :)


Alhamdulillah rezeki kita kan boys...
Syukur ke hadrat Ilahi, sementara ammi muda masih kuat lg ni, ammi cuba lah..:)
Blogger Templates
Blogger Templates

August 30, 2010

hAPPY bESTDAY mAmANaH

Dear boys,

Today is Mamanah's besday..yg ke berapa ek? yg ke 29 ye yaya, bukan 31 sama macam ammi seperti yg yaya ingat tu, lawak la yaya ni, if macam tuh ammi dan mamanah ni twins la ye tak, hehe..
Mamanah ni adik selepas ammi, kira second born la dalam adik beradik ammi yg seramai 6 orang tuh, asalnya mamanah ni dipanggil mak ngah, tapi biasalah bila dipanggil oleh si pelat yaya jadilah MANAH, dah tu bila manah dah kawen and dapat baby, dah dipanggil mama so bertukarlah ke memanah padang MAMANAH .(tiada kena mengena dgn nama beliau aminah/rosnah/tukinah atau sebagainya).


Masa kami kecil/remaja dulu orang selalu ingat kami kembar coz sama saiz, rupa lebih kurang dan sama tinggi. Sampai laa ni pun lebih kurang je.. nasib lah baba dan aboh bila ramai-ramai balik umah tokma tak pernah silap wife, haha..kalo tak kes naya je, dari belakang memang teramat lah sama..yg bestnya baju kami sama saiz, yang lagi bestnya mamanah ni career woman so collection baju kurung dia best dan cantik2..macam ammi ni baju kurung setahun sehelai je , hehe..

Mamanah ni juga merangkap mama susuan kepada syaik dan waidi, time yaya tak lah kan coz masa tu mamanah perawan  lum kawen lagi. Mamanah pun mementingkan Breastmilk utk kak yong dan ulwan, hari-hari pengepam tegar .;-)

 Kat bawah ni ammi sertakan gambar - gambar ammi dan mamanah ,......

Lebih kurang kan??

Time nih syaik dan kak yong kecik lagi, belum ada waidi dan ulwan

Ni rasanya feveret pix ammi of kami berdua,
time ni kat pangkor, bergaya dgn baju baru yg mamanah belikan di Bali,
ammi jadi model air mineral, mamanah model biskut, hehe..
tak ke macam twins kan?

Keluarga bahagia mamanah, aboh, kak yong dan ulwan.
time ni ulwan kecik lagi..(takde gambar terbaru la pulak-nanti raya kita snap byk2 k)

Boys dan ammi nak ucapkan:
"Happy 29th besday mamanah!!"
May Allah bless u and family always..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Nanti mai penang noo, boys nak bawa jalan-jalan
Moga diramaikan kazen utk yaya, syaik dan waidi.
MMMuuuaahhh..!!!

Alhamdulillah yaya dah sihat sepenuhnya,
dah kembali berpuasa dan ke sekolah..
syaik masih demam tapi tak teruk sangatlah..
waidi lak dah berjangkit abangs...
rasanya dia demam tumbuh gigi 7 dan 8, juga waidi dah pandai jalan! yea yea..
Tengah kemaruk la waidi ni :-)
Go waidi go....
All the best sayang, dont push urself too hard k
Blogger Templates
Blogger Templates

August 27, 2010

Waidi mamam apa tu????

Dear waidi,

Ammi ni kan semua anak jantan, hero so dari hero-hero ammi ni kecik ammi dah brainwash ajar supaya tolong apa yg patut di rumah, yelah bukan girls je kena pandai wat kerja rumah tau, yaya ammi tak maksudkan kerja rumah (homework) tp chores atau duty di rumah seperti simpan baju yg dilipat, basuh cawan yg dah digunakan, letak baju kotor dlm laundry basket, etc..

Waidi pun tak ketinggalan dah dilatih , waidi ni kadang-kadang menghiburkan, ada kala juga membantu + t, ye membantut kan kerja ammi, bukan nya membantu....hehe..

Ini buktinya..
Semalam ammi tengah cuci pinggan, lepas tu datanglah waidi merangkak dengan pantasnya, dan membantu ammi, siap makan lagi.

Agaknya apa yek yang waidi makan?? agak tak tertelan oleh ammi dan ammi rasa fear factor pun tak sanggup kut...


<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<


Haan inilah dia bendanya..
actually yg dimakan waidi adalah kulitnya, haha
(siap telan ammi tak perasan..)



setia membantu ammi dimana jua..



Dah telan tu muka selamba je..



Ni pula gambar selingan..
Gambar 3 heroes tido terbongkang selepas sahur..
kat umah ni semua bangun sahur, meriah banget!
Tengoklah macam-macam gaya ada..

Sebenarnya ammi ni tengah mode tired..
2/3 heroes ammi demam, yaya demam sejak ahad lepas, dah jumpa doktor klinik kesihatan tp still macam tu gak, bawa juga pergi pediatrik, doktor kata demam biasa tp agak panas sikit becoz temperature over 38c, tengok signs for denggi tp alhamdulillah tak ada, dapat ubat masuk ikut buntut, hehe..
kesian yaya, seminggu ponteng sekolah dan puasa..

Syaik pulak baru start malam tadi, merengek je...

Waidi ammi harap tak berjangkit ye..
Moga ammi dan baba juga diberi kesihatan berpanjangan utk menjaga kalian..
Ammi doakan heroes ammi cepat sembuh..

Terpaksalah kita batalkan misi membeli dan membelah baju raya weekend ni..takpe, yg penting heroes ammi sihat...(ammi shopping online jele ape susah kan) :-)

Love u guys...
Blogger Templates
Blogger Templates

August 25, 2010

To hack or not to hack..

Dear waidi,

Dah setahun ni panjang akal waidi ye...
Tengok jelah budak kecik ni ...


Nak cuba hack komputer baba beliau.
Macam gaya budak besar lah waidi ni

Also malam tadi ammi godek-godek, berkenan dgn comments form Kak Yong dan Izan, so ammi pun cuba-cubalah...install http://intensedebate.com/.
Harapnya menjadilah...
Lupa nak mention, utk rakan-rakan yg nak tinggalkan komen sila click pd tajuk entry ye..Thanx!!
Blogger Templates
Blogger Templates

August 24, 2010

Ammi dan H1N1, kisah waidi...-Part terakhir..

Dear sayang ammi waidi dan juga rakan-rakan sekelian....,


Entry ni khas mengisahkan pada saat waidi dilahirkan, ditinggalkan di NICU, berjauhan dgn ammi selama 8 hari, dan boleh kembali ke rumah.....

Flash back sekejap..selepas 5 minit dilahirkan dan diambil dari ammi, waidi menetap sementara di NICU, seperti ammi, waidi pun ada bilik khas, bilik sorang dan juga dilabelkan ISOLATION..

Dr Lim adalah peadiatrik waidi, dia yg monitor dan check waidi..pada hari sabtu ammi di discaj dari hospital, ammi minta utk jumpa dgn waidi, tp tak dapat, if comfirm clear from H1N1 baru boleh, lgpun ammi belum pulih sepenuhnya..pilu nya hati ini...sedih rasanya time tu..tapi ammi redha je....

Untuk mengubat rindu, baba minta nurse in charge kat NICU amik kan gambar waidi..
Nurse juga menceritakan apa yg sedang berlaku pd waidi..

Dibawah ammi ceritakan berdasarkan gambar ye...


Rumah sementara waidi...
Waidi pada masa ini mengalami secretion (cecair) dari mulut yg amat banyak.
Time ni waidi tak boleh terima sebarang susu ibu mahupun susu formula (ammi dah insist jgn langsung bg waidi susu formula, kalo tak ammi nak saman hospital, haha ;p)
Waidi berpuasa, waidi cuma diberi air ubat melalui drip..


Oksigen membantu waidi, dalam inkubator ni seolah macam masih dalam rahim ammi,
nice and warm and cosy...


Sebak ammi tengok gambar ni, rasa macam nak tukar tempat je dgn waidi..


Ammi insist nurse letak nama waidi kat tag ,
ammi kata panggil dia huwaidi ye, saya tak mau kamu panggil dia baby of siti sara ;)
nurse semua menurut perintah...

Hadwan = ketenanganku
Huwaidi = kembali pd yg hak

Sebenarnya kat sana ammi dan waidi GLAMER betul time tu,
jarang ada kes pregnant woman bersalin while masih belum recover H1N1 +ve,
before that ada yg meninggal (semasa mengandung..)
Ammi bersyukur sangat...ada hikmah di sebalik semua kejadian..


Apabila sampai di rumah tokma, bermulalah perjalanan ammi berpantang.., cuma yg bezanya tiada baby di sisi...(ammi dapat membayangkan mommies yg pernah melahirkan dan baby meninggal...,berpantang tp tiada baby di sisi..diri sakit selepas melahirkan ditambah pula kesedihan yg amat anak tiada di sisi..)

Adik ammi, mamanah boys time tu sarat pregnant baby kedua dia, dia dinasihatkan jgn balik ke rumah tokma sementara ammi belum pulih sepenuhnya, kami berurusan melalui sms/fb je...

Walaupun waidi ammi tahu selamat di bawah nurse dan doktor pakar, tapi ammi masih sedih dan takut..
Ammi kadang-kadang ada juga berfikir yg bukan-bukan..lagi-lagi masa tido waktu malam..
Tapi ammi cuba tepiskan perasaan dan gambaran-gambaran tu semua.., 

Pada waktu ni bulan ramadhan, tiap-tiap malam semua org pergi terawikh, baba bawa syaik dan yaya so ammi boleh rehat..tokma selalu menemani ammi, tp dia selalu kat bilik dia, hujung sana, ammi selalu duduk dalam bilik layan drama tv, pastu ammi akan tiba-tiba je menangis,pastu pujuk diri, ucap syukur, then ok balik... bengkak nenen tak payah cakaplah bila asyik teringatkan waidi...

Rutin harian ammi adalah express breastmilk, freeze kan then baba hantar hospital hari-hari..nurse akan masukkan melalui tube, waidi tak boleh dikeluarkan langsung dari inkubator, takut terdedah dgn kuman di luar, dalam tu semua sterile..

Bila baba balik rumah, baba akan ceritakan dekat ammi apa yg nurse cerita, selepas bbrp hari baba berpeluang masuk dalam NICU, cuma boleh tengok tp tak boleh pegang..time ni pulak waidi ada jaundice..so jadi zorro la kejap.




Waidi the zorro boy..

Ammi byk kali nak jumpa dgn waidi tp bila call Dr Lim, dia kata not yet...
Rupanya disebabkan waidi ni baby lg susah nak check for H1N1. Masa ammi dulu tokteh swab dlm hidung, ambil sample mucus, dlm kes waidi tiada apa yg boleh dibuat sample, Dr yg berpengalamn tu pun buntu, 1st time handle case mcm ni katanya. 
Last tu diaorg ambil sample kulit waidi, alhamdulillah waidi -ve for H1N1...cuma Dr masih risau becoz ada semacam pelik dgn paru-paru waidi, secretion masih tak berhenti keluar dari mulut waidi..

Dr mulanya tak mahu melakukan x-ray sebab waidi masih terlalu kecil, tp Dr risau, Dr buntu sebenarnya..Tapi akhirnya Dr buat juga  x-ray dan bbrp test, rupa-rupanya waidi mengalami radang paru-paru atau PNEUMONIA..Dr Lim kata waidi mendapat jangkitan dari masa dlm kandungan ammi lg.
Masa dapat berita tu ammi sedih sangat, time ni memang mengalir je airmata ammi, ammi rasa ammi yg bersalah buat waidi sakit, ammi fikir kenapa ammi tak jaga diri betul-betul, ammi salahkan diri ammi...dahlah jauh dari waidi..kalau apa-apa terjadi...................

Bila tokma dapat berita tu, tokma kata nak ikut baba jumpa Dr, nak tanya lebih lanjut ttg condition waidi,
Dr kata semua under control..sampai semua secretion tu abis dikeluarkan, barulah waidi boleh discaj, masa ni tiap hari baba masih menghantar EBM ke hospital, hari-hari baba tengok waidi dlm incubator..

Minggu depan tu hospital telefon ammi pagi tu boleh bawa waidi balik, alhamdulillah..seronok betul rasa time tu...kata nurse waidi dah ok, tp tolong pastikan condition rumah bersih, kerana waidi sgt fragile time tu, siapa yg ahli keluarga sakit tak boleh jumpa waidi, virus sikit pun boleh buat waidi sakit, walaupun bebas dr H1N1, tp risiko utk kena jangkitan tu masih ada...


Hari waidi boleh balik..


Dah tak duduk dalam isolation lg..



Bonding time with baba..


Ammi sayang waidi...


Ready to go home..


Last pix at NICU


Bye kawan-kawan..waidi balik dulu ye..
get well soon..


Bye APSH..tq semua..


Jumpa dgn abangs..


Abg yaya patuh arahan ber mask..


Abg syaik yg tak makan saman..


Agak emosional juga ammi menulis semua ni..
Walaupun dah setahun berlalu..,bila di ingatkan semula masih segar rupanya dlm memori ammi ni..
Actually sebelum ni ammi niat nak tulis dlm diary, tp tak tergamak, tak sanggup nak recall semula..
Dalam blog ni la 1st time ammi menulis yg bg ammi rasanya saat dan detik-detik paling merisaukan dlm hidup ammi ni..dlm hidup bergelar ibu kepada anak-anak..dan juga detik plg berharga,,.

Sesungguhnya tiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

Ada hikmahnya ammi minta jumpa tokteh awal..
Ada hikmahnya tokteh induce ammi hari tu juga dan bukan pd minggu depan yg sepatutnya,
Ada hikmahnya tokteh br belajar buat test sendiri dan ammi ni 1st patient dia
Ada hikmahnya Dr Lim buat juga x ray pada waidi...

Dr Lim kata if ammi lambat bersalinkan waidi, mungkin waidi tak akan survive..
Tokteh kata kalo ammi lambat jumpa dia dan lmbt detect H1N1 tu, lain ceritanya..

Sesungguhnya ammi sgt bersyukur dgn nikmat ni..
Terima kasih Ya Allah..

* Antara 3 heroes ammi ni, waidi lah baby "paling mahal", :-)

MMuaahhhh utk semua heroes ammi....

Blogger Templates
Blogger Templates

August 23, 2010

Ammi dan H1N1 (Part 2)

Dear all,
Seperti yg dijanjikan, ammi menyambung kisah ammi dan H1N1 di kala waidi 36 weeks..
Entry ni mungkin panjang sikit, ammi cuba ringkaskan mana yg boleh..

Balik rumah tokma ptg tu, tokba dah balik dari work, ammi dah sms semua ahli keluarga dan kawan-kawan rapat, ramai yg terkejut dan mendoakan ammi dan waidi...Tokba dah beli makanan dari kedai, selalunya ammi yg masak kalau kat umah tokba, tokba dah prepare tau ammi dah sedih and nak check in Hospital lagi..

Tokba belikan laksa penang, antara favourite food ammi, selalu memang licin ammi kerjakan tp ptg tu tak lalu nak makan...sikit je ammi jamah

Ammi ajak baba masuk bilik, ammi cium tangan baba dan minta maaf, minta halalkan semua makan minum selama 7 tahun perkahwinan, ammi pesan if apa-apa berlaku pd ammi, baba jaga yaya dan syaik elok-elok...Carikan ibu untuk boys, biar orang yg penyayang, baik, beriman etc....Pastu ammi peluk baba kuat-kuat...Baba pujuk ammi, cuba buat ammi gelak, baba kata OFF COURSE baba akan cari yg elok-elok, yg muda, cantik, baik macam ammi..yg pandai masak, sayang boys,ceh!! orang tengah sedih baba wat lawak pulak, tapi baba kan memang camtu boys, dia memang kelakar/loya buruk orangnya, itu lah antara sebab ammi fall in love dgn dia dulu kan, hehe..Memang tergelak lah ammi,Tapi after that baba serius, baba kata InsyaAllah tak ada apa-apa, belum terlambat, dpt detect awal, doa byk-byk etc...Baba marah ammi, baba suruh ammi stop bebel yg bukan-bukan..Baba suruh ammi think positif, buat solat hajat sebelum ke hospital..

Menjelang maghrib dan isya', contraction makin kerap, tapi tak sakit pun, agaknya tak perasan sakit coz ammi byk fikir benda lain, berat je hati nak pergi hospital, nak tinggalkan yaya dan syaik, syaik yg mmg teramat manja dan jarang berpisah dgn ammi, yg masih tidur di ketiak ammi... Ammi pergi malam tu peluk yaya sikit je, tak boleh cium, syaik lak awal-awal acik dadar amik bawa lari naik atas coz syaik nampak ammi pergi nanti comfirm menangis nak ikut....

Baba pun pack overnight bag coz akan tido sana temankan ammi, kami bertolak dlm pukul 12mlm, sampai hospital, bagi nama kat registration tu terus dpt layanan istimewa, maksudnya special case, tokteh dah call kan hospital mengatakan ammi akan datang, so diaorang dah prepare apa yg patut utk handle case pregnant woman with H1N1 +ve ni...

Firstly, semua yg nak berurusan dgn ammi akan pakai mask, tp pun mmg time tu semua staff patut ber mask, tp ada juga yg tidak , bila dgn ammi wajib pakai. Depan pintu labor room ammi dah ada tanda ISOLATION, begitu juga dgn bilik ammi (bilik seorang) yg dah siap ada tanda ISOLATION juga..sedih lak bila baca tp tu semua procedure..Dekat depan labor room tu ada macam tmpt sangkut payung tu, tp disangkut dgn mask dan robes utk staff nurses. Wajib pakai tiap kali enter bilik ammi, disitu juga segala hygienic hand wash dan segala spray ada, ammi pun tak taulah apa nama dia, utk prevent infections la fungsinya. Mask pula bukan yg biasa tu ye...depa pakai yg  dakap kat mulut tu...Mask ni juga yg ammi wajib pakai ALL the time..

Stock Photograph - person with surgical 
mask. fotosearch 
- search stock 
photos, pictures, 
images, and photo 
clipart
susah tul nak bernafas pakai benda alah ni..

Dalam labor room..
sebelum diberi Mask dakap tu

Malam tu staff nurse check ve baru 2cm, ammi disuruh rehat je, baba pulak tido dlm bilik ward ammi, kalau tak kesian lak baba tido atas kerusi..so keseorangan lah ammi malam tu., err tak juga kan, waidi peneman ammi..tak boleh tido...tapi paksa juga, kang tak ada kekuatan nak keluarkan waidi. Ammi semput teruk mlm tu, ammi ni time pregnant teruk semput, sampai pakai puffer, keluar je baby, hilang semput mcm magic..ammi tak nangis pun mlm tu, ammi nak strong, lgpun dah puas nangis kat rumah dan dlm kereta. Ammi nak be +ve, tak mau kang dpt anak cengeng mcm ammi...........

Esok pagi, sempat lagi ammi solat subuh, baca quran, sebelum nurse bg ubat suruh buang air, ikutkan staff nurse tu kata dia dah abis shift, nurse seterusnya akan bg breakfast, tp apa ntah silap, breakfast tak dpt, membuang je lebih. Ammi dah la ngantuk, tak perasan lak tak mkn, nasib baik bw bekal jus dan biskut. Bila dah membuang semua, ammi tido, baba dtg pun ammi tak perasan. Baba duduk je sblh ammi, baca quran dan temankan ammi, baba malas nak pakai mask tp nurse tu dah sound, pakai jele..

Tokteh sms tanya mcm mana, nurse check still 2cm, waidi relax je dlm womb, tak mau keluar ye syg...dlm kul 10pg camtu Dr yg specialize in epidural dtg, mmg ammi dah request awal-awal nak epidural..Dah dpt epidural, mulalah lalok dan tido lg...Tokteh dtg jenguk on off, dia ramai patients hari tu, ada yg scheduled for C-section, apa-apa pun dia tetap check on ammi. yang paling tak best ammi dpt staff nurse yg ntahle, mengikut kesimpulan ammi, dia bengkek dgn tokteh (nurse ni senior, ditegur oleh tokteh yg muda dr dia-sebelum ni lah, dia bengkek. Dia lepaskan kat ammi), dia check bukaan ve mcm nak, tak tau lah nk cakap, rasa nak tendang je muka dia, haa! cam tulah yg ammi rasa. Geram! dah tu asyik marah2 je if ammi or baba tak pakai mask, yelah panas kan, susah nak bernafas, dahlah ammi semput, tak selesa dibuatnya..

Dipendekkan cerita, dah dekat tghari baru 7cm, tokteh time ni dah duduk sblh ammi je, contraction tak terasa sgt la coz dah epi kan, cuma lalok on off tu tak boleh elak. Tokteh relax je tak pakai mask coz dia dan family semua dah +ve H1N1 dan dah immune. Dia bg ammi buka mask tp bg signal bila nurse kerek tu dtg suruh ammi pakai, kelakar gak time tu..Tokteh kata ikut kan jelah, kang jd kes kata kita melawan pulak..
Dipendekkan lg cerita, by 1pm tu dah ready utk push..badan lemah coz tak makan sejak maghrib hari sebelumnya.Lagipun tgh demam mmg penat, dgn pakai mask nya tu lg, seksa! Lama juga waidi ammi nak keluarkan syg, tp Alhamdulillah dgn bantuan baba the pom pom boy, hehe..yg tak putus-putus bg support, lahirlah waidi tepat jam 1.56ptg...Dikala para muslimin sedang sujud menunaikan solat jumaat.. (ammi tau ni coz tv tu on je, tgh channel tv1, time tu org tgh solat di masjid negara, bila keluar je waidi, ammi lega bukak mata tgk para saf sedang sujud). MasyaAllah sungguh cantik timing mu waidi..Err, baba dia solat zohor je lepas tu, special kes kan..:-)

Sorry gambar agak sensored..
Sorry kalo image ni menyinggung mana2 pihak, hihi

Lepas waidi dibersihkan, dapatlah ammi pegang waidi dan nurse (yg muda dan baik) suruh ammi try bg nenen, waidi tak isap, nak tido je, agaknya lalok kesan epi juga..dalam 5 minit je ammi pegang waidi, then another nurse datang suruh waidi diasingkan dr ammi....nak check waidi tak infected dgn H1N1......kena berpisah until ammi baik sepenuhnya dan waidi juga (if infected).

Bermulalah episod ammi dan waidi tak berjumpa/tak bersua sehingga 8 hari lamanya............

Kisah waidi akan disambung entry seterusnya, :-)

Malam tu baba tinggal dgn ammi di ward, ammi tido je then dekat maghrib baru larat nak makan...
Tokteh datang malam tu lepas terawikh (mlm tu 1st ramadhan), bawak makanan utk ammi dan ceritakan ttg H1N1 dgn lebih lanjut..
Tokma dan tokba pun dtg bawa sahur utk baba, yaya dan syaik tak boleh dtg lah, budak-budak bawah 12 jika tak sakit tak boleh dtg hospital..Tokba seperti biasa, ucap tahniah dan kucup dahi ammi, tiap kali ammi bersalin tokba buat mcm tu, dan tiap kali mesti mengalir airmata ammi, tp kali ni plg byk airmatnya, deras je jatuh..Tokma pulak senyum dan kata ala kesian...suruh ammi byk sabar.

Tokba dan tokma pun tak dpt  jumpa waidi, waidi dah dikuarantinkan...
Sekejap je tokba dan tokma visit ammi, dah abis waktu melawat, jauh juga Ampang Puteri dr sg merab, lagipun b4 that solat terawikh..

Dibawah ni ammi nak cerita apa terjadi keesokan harinya bila ammi dan baba balik..

Ambil gambar buat kenangan...
pakai timer je, hehe

Baba dan ammi balik berdua je, dalam tengahari dah boleh check out,lunch tak disediakan becoz before waktu, target lunch kat rumah, tokma kata dia masak utk ammi.., tak boleh jenguk waidi pun coz ammi masih dlm tempoh belum baik sepenuhnya, kirim kisses dan hugs je melaui nurse kat nursery tu..

Balik tu, hujan renyai-renyai..nak jadikan cerita dekat hi way MRR2 tu tiba-tiba ammi dengar bunyik lain macam je keta kita, baru sebut bgtau baba, tiba-tiba keta stop, enjin mati, nasib baik juga dekat tepi, time tu byk betul keta, baba pasang hazard light, ammi dah panic, nak jadikan cerita lg, credit hp ammi habis, baba punya bateri kong, ke terbalik? ammi tak ingat tp pendek kata both hp tak boleh guna time tu. Adoi yay, nasib ada towing truck lalu, tolong kami. ..Bawa kami ke workshop,..
Untuk mommies yg pernah bersalin normal  mesti tau kan betapa sakitnya kat bawah nun selepas baru sehari bersalin, ok so bayangkan pulak, anda dlm kereta dan diangkat lbh krang 45 darjah oleh towing truck di depan dan bergerak agak laju juga, baba ni lupa nk mention kut dlm panik tu yg ammi ni br lbh kurang 24jam bersalin, huhuhu...

Dari dalam keta...

Dipendekkan cerita lg, sampai workshop, beli topap, dapat call adik ammi tolong amik, keta masuk workshop, ammi tak makan lagi, sampai rumah dekat pukul 4pm, rasa nak pitam,perut masuk angin, dah tak larat, kena lak bebel dgn tokma kata kenapa tak mkn kat kedai, ammi jawab ma lupa ke arini kan 1st day puasa, tak kan nak makan kat kedai, kok ye beli bungkus pun tak kan nak makan kat workshop tu sambil tunggu muiz (adik ammi), hehe..menjawab gak lg tu, sabar jele...

Yang best masa dtg amik ammi tu yaya dan syaik pun dtg, time tu boleh cium peluk semua coz tokteh kata dah clear time tu, period utk infection transfer dah over,(dgn waidi lain coz maybe transfer masa dlm womb lg, kena check dulu..)  menangis tak payah cakap lah, boys blur je, tp ammi nangis suka bukan duka..


To be continued...
Blogger Templates
Blogger Templates

August 21, 2010

Happy B'day Waidi

Dear beloved Waidi,

Ammi dan baba dan abg yaya dan abg syaik just nak ucapkan:


 "Happy 1st Besday cayang!!!"

Love u to pieces..~!
Moga jadi anak yang soleh wal musleh
Jangan nakal-nakal sangat, nakal sikit boleh,
Nanti jadi budak rajin,
Taat ammi dan baba, yg paling penting taat pd Allah..
Jangan geget nenen ammi tau, cian ammi..
MMuahhh, mmuahhh..mmuuahh..

Ammi pinjam kek ni dari pakcik google dulu, 
nanti kita buat/beli kek ye cayang....

To ammi's friend,
Harap sabar episod kedua cerita ammi dan H1N1 dan di balik tabir kelahiran waidi..~
Buat masa ni ammi in a busy mode, maklumlah ujung minggu...
Selamat beramal..;-)

Blogger Templates
Blogger Templates

August 20, 2010

Tarikh ini, tahun lepas, ammi disahkan H1N1.....

Dear boys,
Masih segar dalam ingatan tahun lepas (20/82009) ammi disahkan H1N1 positif..

Masa tu ammi mengandungkan waidi @ +-36 weeks, seperti yg semua sedia maklum, ibu mengandung adalah salah satu golongan yg mudah dijangkiti virus itu kan, tapi tak sangka lak ammi yang duduk kat umah, tak keluar bekerja dan jarang keluar kemana-mana boleh dijangkiti..

Mula-mula ammi cuma selsema biasa je, tak ada pulak tanda demam, tapi terasa diri amat penat, asyik nak baring dan tertidur je..mujur masa tu kami di rumah tokma so dapatlah ammi rehat sementara tokma menjaga yaya dan syaik...

Sepatutnya ammi check up 36 weeks dgn tokteh boys (mak teh ammi iaitu adik kepada mama ammi yg juga merangkap gynea ammi) pada 24/8, tapi memandangkan diri tak berapa sihat ammi ajak baba pergi pada khamis 20/8,..Ammi ingat nak mintak ubat yg sesuai dgn diri yg pregnant ni..

Bertolaklah kami 4 beranak ke klinik tok teh yg terletak di taman melati, KL..(sederet restoran si Sheila Rusly tu..), tokteh lak ada hal di luar, ada meeting jadi kami terpaksa tunggu sekejap...

Bila di check ve, ammi dah 1cm dilated, ni perkara biasa bg ammi coz yaya dan syaik dilahirkan genap pada 36 minggu, ammi ni ada masalah dlm bahasa mudahnya kurang air ketuban, doktor dah bgtau awal2 lagi all ammi's baby will have to be born @36 weeks, via induce that is, if lambatkan lagi, dikhuatiri baby akan lemas..so ammi redha jelah dgn benda ni, memang tak pernah merasa suspens bersalin mcm mommies lain, delivery ammi semua di aturkan, ammi cuma check in hospital, di inducekan dan tunggu sakit bersalin...

Kiranya anak2 ammi ni semua lahir awal 4 weeks dari due date....nak kata premature tak lah juga becoz @ 36 weeks paru-paru baby dah matang dan boleh survive outside the womb..

Berbalik pada ve tadi, tokteh kata dah 1cm, so nak tunggu next week ke nak induce hari ni, next week dah puasa kang susah lak alim( baba boys) nak tunggu awak kat hospital kata tokteh, baba kata ok lah mak teh, proceed je...so baringlah ammi di atas katil di klinik tokteh utk diinducekan..(induce di klinik je, hospital utk bersalin)..
Tokteh ni memang gentle orangnya..alhamdulillah tak terasa apa bila diinduce..Err, boys nanti dah besar bila baca ni akan fahamlah ye, buat masa ni susah ammi nak explain..
Tokteh buat scan semua, nampak semua ok, kepala waidi dah kat bawah, position ready nak keluar..
Semua nampak elok, kira tak perlu risaukan apa-apa...dah excited lah kami nak dapat 3rd baby..

Tokteh kata ammi check in malam tu kat Naluri Wangsa Maju at around 12pagi, balik rumah dulu, relax then datang bila contraction dah kerap..(.Tokteh ni cuma check up di klinik tapi co consultant dgn Naluri dan Ampang Puteri utk baby delivery..). So kami pun setuju...

Tapi...before balik tu, tokteh kata, teruk sangat lak bunyik selsema ammi tu,.meh check for H1N1, kebetulan tokteh baru balik dari meeting pasal penggunaan test H1N1 tu, so tokteh kiranya baru je belajar how to test others using the kit and baru je purchase beberapa kit...kira ammi ni 1st patient dia lah..so tanpa ragu-ragu tokteh test ammi, time tunggu tanya dah brp lama selsema, ada rasa fever tak..etc..actually ammi tak rasa fever ke ape, cuma extra extra tired je...normal lah tu tok teh kata dah berat perut...


Beberapa minit kemudian, dah dapat result, and its ...POSITIF!!, aik??? how could it be?tapi itulah hakikatnya..

Tokteh pun tak sangka lak boleh positif, ingatkan selsema biasa je, siap dia double check call co worker dia takut silap, tp memang if double line comfirm positif mcm pregnancy test la...ammi time tu dah menangis, macam-macam difikirkan..yaya dan syaik blur je..,baba pun muka sedih dan peluk pujuk ammi...

Tiba-tiba...ammi merasa the 1st mild contraction..oh no, terlupa sekejap malam ni atau esok akan bersalin,..sibuk menangis time tu...bertambah esak lah tangisan ammi, tokteh pun peluk ammi dan kata its ok, coz ammi dtg awal dan dapat detect awal so InsyaAllah  will be ok, yg penting ambil TAMIN FLU ni, wajib!. Apa-apa pun dia nasihatkan balik, rehat dulu..bgtau tokma dan keluarga mertua etc..then malam check in hotel Naluri Hospital...


Dipendekkan cerita tokma rupanya dah on the way ke terengganu atas urusan kerja decides to patah balik bila dengar berita tu..semua terkejut! Keluarga baba pun terkejut, semua mendoakan ammi dan waidi..ammi harus dikuarantinkan, tak boleh jumpa org lain, kena pakai MASK all the time..tak boleh nak cium boys, sedih sangat time tu tapi redha...

Balik rumah dpt good news kawan baik ammi di UK bersalin bby boy, gembira for her at the same time sedih dan takut memikirkan apa yg akan berlaku pada diri ini...

Dalam sedih-sedih tu dapat lak panggilan dari tokteh mengatakan Naluri tak nak terima ammi malam tu due to the H1N1 tu, tokteh kata no other choice but to go to Ampang Puteri, kat sini bukan apa, harganya agak mahal lah dari Naluri, tp nak wat macam mana kan, orang dah tak sudi..kalo ikutkan baba ammi (tokba) kata boleh saman mereka tp time tu malas lah ammi nak bertekak dgn orang, tak kose..

Ammi ni bukan nk high class ke ape, tp kerana dh mak sedara sendiri, seorang muslimah dan juga muhrim sendiri, adalah lebih baik berurusan bersalin dgn dia, daripada dengan orang asing atau bukan muhrim yg menguruskan kita kan...tak apalah, ampang pun ampanglah janji dgn makteh ammi sendiri...

Beberapa jam before check in Hospital
ammi tgh gundah gulana, tokma boleh senyum lagi.Hmmm..
(tokma ni a very positif person, dia tau H1N1 tu dah di detect awal so
InsyaAllah nothing to worry about, tu tgh nak cheer ammi lah tu)

Syaik yg tersenyum ye sayang....
Waidi nampak tak perut ammi tu, waidi dalam tu lah...
Belakang mask tu monyok sebenarnya, hehehe...


Besoknya waidi lahir ke dunia...tapi macam-macam dugaan sebelum dan selepas dilahirkan...

Tunggu episode kedua ye..penat lak tangan dan minda ni..emosional pun ada mengenang kisah lama...
Tunggu ye.....hehehehe...

Blogger Templates
Blogger Templates