Showing posts with label balik kg. Show all posts
Showing posts with label balik kg. Show all posts

September 3, 2010

Checklist Balik Kampung

Dear boys,
Lebih kurang seminggu je lagi kita nak raya kan...sayang juga nak tinggalkan Ramadhan yg mulia ni, tapi yelah life goes on, InsyaAllah tahun depan jumpa lagi..

Hari ni yaya last day sekolah, SRI ABIM cuma bg cuti until 13hb (raya ke-4), tapi disebabkan kampung kita kedua belah pihak jauh nun di selangor sana maka baba dah bgtau ustaz yaya cuti sampai 19hb, kira bersekolah semua pd 20hb ikut suka hati mak bapak ko jeye yaya nak panjang kan cuti.

Esok lepas terawikh InsyaAllah kita akan bertolak ke rumah tokma di sungai merab (umah family ammi), target by sahur tu dah sampai la..asalnya nak gerak lepas subuh tp sekolaah yaya ada program iftar dan khatam petang esok so tangguh perjalanan ke malam. Malam lg ok kut coz sejuk dan boleh makan/minum. Dapat bbrp hari puasa dgn family ammi then kita akan ke dengkil pula ke umah family baba, menyambut raya di sana. Then bbrp hari raya kita ke sg merab semula utk beraya dgn keluarga ammi. kira adil dan saksama kan..;)Ujung minggu tu baru pulang ke penang. Sementara baba student ni, bolehlah kita mcm ni, lagipun yaya br darjah 1, kalo dah exam year ke tak boleh lah lama-lama cuti kan, baba pun after study ni dah fully working, no more flexible timing mcm ni..;(

Nak balik kampung ni ammi dah siapkan lah checklist so ammi tak lupa apa-apa yg nak di pack ;-)


  • Baju basahan siang- lebih utk boys, takut tak sempat basuh
  • Baju basahan malam -spare kena bw kang ter boshor tgh malam ke ape ke
  • Kain pelikat baba buat solat
  • Telekung baru beli  ammi
  • Pad ammi-due date pg raya, huhu..tak dpt solat raya kut.. 
  • Toileteries basah dan kering
  • CD dan DD waidi- byk DD coz ammi malas nak basuh CD waidi kat sana, leceh!
  • Underwear ,kain dalam ammi -kena tulis kang lupa lama tak pakai bj kurung ;p
  • Towel boys -ammi dan baba pinjam yg kat umah tokma punya
  • Baju melayu, samping, kopiah, bj kurung, tudung raya pertama- yg ni letak dlm bag lain so senang nak amik nanti
  • Baju raya utk hari kedua dan seterusnya-byk ni..wooh!
  • Duit raya dalam sampul - kena siap awal kang kat sana takut tak dan
  • Hadiah-hadiah utk family - hadiah raya utk atok/nenek semua, hadiah besday utk maksu dan mamanah, hadiah baju utk anak2 sedara
  • Baju-baju dari blogshop ammi -yg kawan/sepupu ammi order & akan diantar masa jumpa raya
  • Set PS2  yaya-nak main dgn sepupu sepapat/pakcik sedara
  • Portable DVD player & books/toys/dvd/cd syaik-so syaik tak boring dlm car dan boleh main/colour dgn kazens
  • Seliper raya boys- brand korok crocs, ;p
  • Kasut/selipar baba dan ammi
  • Camera, video cam dan charger semua
  • Laptop baba dan P1wimax -boleh ammi berblog/fb skype dgn acik auss yg di mesir dr dengkil
  • Charger hp
  • Quran ammi dan baba- khatam quran di kampung InsyaAllah
  • Lagu-lagu raya pasang kat kampung

Rasanya tu je lah kut boys, tak sure la brp bag ni nak bw balik...Harapnya ammi tak tertinggal apa-apa..
Kuih raya ammi tak buat , kunun nak buat tp sejak aritu 1 by 1 boys ammi ni demam, tak boleh buat apa..
Tak apa, kita beli je nanti kat sana utk tokma/nenek ok senang ape susah, sempat lagi kan..

Hohoho balik kampung..
Bestnya!! ;-D
Love u boys...
Blogger Templates
Blogger Templates

March 17, 2010

Perihal Kambing dan Gigi...

Dear Waidi,
Saja je ammi letak tajuk macam tu..nanti bila besaq waidi baca macam gempaq sikit :D.
Alhamdulillah bersempena 13/3/10, sabtu pagi tersudah lah seekor kambing bernilai RM610.00 selamat di sembelih, dilapah dan di potong kecil dengan niat di aqiqahkan kepada HADWAN HUWAIDI ABDUL HALIM, dan pada sebelah petang nya kambing bertuah itu selamat dimasak KARI yang amat lazat oleh chef terunggul, sipa lagi jika bukan nenek jaman (belah baba) di kediaman nenek yang dah pun di extend dapur dan ruang tamu nya di DENGKIL.


 Pada belah malam pula selepas isya', doa selamat dibacakan oleh atok sakor iaitu sepupu atok nan (bersempena aqiqah dan siap rumah banglo atok/nenek),maka termakan lah kambing masak kari yang sedap itu oleh seluruh warga dengkil yang hadir dan sedara mara kita sekeluarga dari seluruh pelusuk negeri.Kenduri kali ni tidak di sertakan marhabban dan cukur jambul, cukup sekadar doa selamat, lagipun waidi dah besaq...yang penting niat aqiqah tu kan..


Waidi,
Untuk pengetahuan waidi, seekor kambing lagi dah selamat di aqiqah kan pada raya haji tahun lepas. Yelah anak2 ammi kan semua heroes, so each 2 ekor kambing, so untuk fair & square, buat 2 kenduri aqiqah , satu belah tokma & satu lagi belah nenek. Lagipun if nak buat sekali 2 ekor, sengkek jugak ammi..


Waidi, 
Alhamdulillah suasana sangat meriah di selangi hujan RAHMAT yang lebat jatuh berjujuran,tidak pula mematahkan semangat tetamu-tetamu yang hadir untuk menikmati hidangan yang lazat, di antaranya pulut kuning, rendang daging, sayur campur, ayam goreng berempah, pecal & kuah nya yang memang tip top, dan off course kambing masak kari...Tidak lupa juga hidangan dessert, bubur pulut hitam, kuih apam yang ammi siapkan bertungkus lumus dari pagi membentu nenek, dadih jagung, pulut panggang, karipap, dan buah lai...terima kasih pada atok2/nenek2/acik2/wak2 yang membantu dalam proses pembikinan masakan, proses memasak, mengemas, menyediakan ruang, yang membawa makanan, yang memberi salam keruk kepada waidi, dan lain-lain..


Adik ammi acik dadar dtg awal pagi tu nak tolong2 gak, baba amik dia masa amik kambing, tq to aboh baha tauke kambing yg tolong survey cari kambing around sg merab, tukang nego harga & tukang collect kambing. Malam tu kenduri di meriahkan dgn kehadiran keluarga ammi, tokba, mamanah, aboh baha, maksu fah, kak yong akish & adik ulwan. Tokma tak dapat hadir kerana balik Kuantan, biasalah tokma kena memonitor kawasan dia. Tokma kirim salam peluk cium..


Ni je gambar masak yg sempat di snap
Abg yaya meng imam kan adik2 nya solat zuhur
abg syaik pun azan sekali..dua org azan daa..
Sejuk perut ammi belum makan lunch mengandungkan yaya, mendengar alunan azan
dari yaya. Alhamdulillah pandai yaya azan, sedap dan hampir perfect.

Abg syaik rajin tolong atok, baba kemas2 depan umah
Acik dadar suap waidi mamam
Para tetamu
Bacaan doa selamat
Tokba hensem berbaju yellow
Pandai abg yaya amik nasik sendirik
3 dara pungutan pingitan, yang 2 bertudung peach anak2 susuan ammi
yaya dikepit acik adah & acik dadar
Ammi & ulwan,juga anak susuan ammi,  Tokba & waidi
The ladies yg suka berposing & the cute kids..


Terima kasih daun keladi, bantuan kalian amat kami hargai...


Waidi ku sayang..,


Dalam sibuk2 kita nak berkenduri rupanya-rupanya waidi tumbuh gigi! your first tooth, ammi perasan waidi dah bengkak gusi tapi tak ada tanda demam so ammi ingat lambat lagi..rupanya pagi 13hb tu gigi waidi yang belah bawah kiri dah keluar sikit, patutla waidi gigit je bila nenen..ishk..ishk..ishk..sabar jelah ammi ni..ammi nak snap gambar tp tak dapat, waidi asyik nak makan gigit camera..Pada esok nya pulak gigi bawah kanan pula yang tumbuh. Wah, express betul anak ammi ni..kalah abg yaya & abg syaik..Diaorang tumbuh gigi masa 9 bulan, Nampaknya lepas ni kita kena beli toothbrush cute mute la untuk waidi, lgpun waidi dah pandai mamam kan..Jaga gigi elok2 tau..Ammi bersyukur sangat waidi tak banyak ragam dan tak demam sepanjang proses pergigian..jika tidak kesian jugak waidi..cuma waidi nak dipegang selalu, sambil ammi potong2 serai/bawang, waidi duduk celah kelengkang, nak bermanja je..tp after that acik dadar take over so waidi pun bermanja dengan dia..


Pada esok paginya sambutan birthday 4 in 1 dilaksanakan bersempena bestday abg zuber yg ke-14 (9 mac), bestday atok nan yg ke-59 (10 mac), bestday nenek yg ke 54 (19 mac) & bestday abg yaya yg ke-7 (26 mac). Alhamdulillah sedap kek coklat moist & air2 gas radix (HPA) yg di sponsor oleh mama tati. Makanan free memang selalu sedap kan waidi..hehe..Orang lain sibuk makan kek, waidi nak makan bunga nenek..apela waidi ni...


Meh mamam kek, 4 lembaga bertopeng mewakili 4 org
punya bestday. Cuma yaya saja yg betul, yg lain wakil..
Makan lah kalo berani..(selepas gambar ini di snap, waidi masukkan bunga tu
ke dalam mulut dan gigit2 dgn muka agak kelat dan pelik di pertontonkan)


Alhamdulillah ammi bersyukur semuanya berjalan dengan lancar..
Waidi dah ada gigi jgn gigit nenen lagi tau, cian ammi...
Love u darling..
Photobucket

February 1, 2010

Ho ho ho balik kg..



Salam,
Bersempena dgn baba berseminar di UM, maka kami pun berkesempatan balik s'gor. Dah dua bulan tak balik, kira lama gak la tu, Waidi pun dah byk achievement & dah grown a lot since last time so seronok la atok, nenek, sepupu sepapat, makcik pakcik dia nak tengok. Rabu ptg tu yaya abis school terus pick up dia & straight ke s'gor,yaya mashem tak mandi, salin baju je dlm kereta. Kira yaya & syaik ponteng 2 hari la sekolah..1st stop at R&R sg perak, solat asar, picnic jap (ammi bw bekal ns goreng tomyam & air ribena), then lepak2 n jamak takdim maghrib isya', barulah teruskan our journey.
R&R Sg Perak

Ee..shame2 la boys, gambar dlm toilet. Takpelah kecik lg.dah baligh nanti jgn buat lg tau (peringatan buat ammi juga) haha!

Lepas tu singgah R&R ulu bernam dinner pukul 10.30pm, after that straight ke sg merab .Time of arrival around 12.30am. Tokba & pak teh iz setia menunggu, maksu dah tak larat dah terbongkang dah gone to bed. Budak2 ni bukan reti penat, lagi dia main adalah..mentang2 dah tido dlm keta,ammi n baba yg penat.

Esoknye kami pergi Warta, dah lama tak pergi.Macam2 borong..pastu singgah umah mama tati tgk stokis HPA dia. After that melepak je, adik waidi main benda alah jumping, ammi pun tak tau ape namanye.Suka banget dia
3H in action

Pada hari jumaat tu pulak,main jelah dgn akish & ulwan. Baba stays at crown hotel, so ktaorg jelah stay at umah tokma..ammi tolong jagakan ulwan n akish, mama n aboh mereka g work.

Double Wan (Hadwan & Ulwan)

Gelagat2 cute mute ulwan & waidi, macam twins pun ada kan. Suke sgt, ammi merasa lah bagaimana susahnya org yg ada anak kembar ni , tambah pulak ada lg 3 yg besar nak dijaga. Wah, kelam kelibut jugak le..Besoknye sabtu gi jalan2/jogging2 kat tasik cempaka, bangi

Tasik Cempaka, Bangi

Penat, panas, tp best. main playground, basikal, badminton, jogging keliling separuh tasik.
Petang tu baba balik, then ke dengkil lak. Tido 1 malam then balik ke penang pukul 4pm semalam..
Kat Dengkil

Kat R&R sg perak
Alhamdulillah pukul 10.30pm mlm smlm kami arrived at penang, home sweet home. Kejap je balik Kg, tp oklah..terubat rindu..lama2 pun tak boleh, kang asyik gadoh je budak2 ni dgn cousins mereka..InsyaAllah cuti sekolah balik lg..tunggu..
Photobucket