Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

September 24, 2010

Salam Raya penuh kerinduan...

Dear boys & beloved friends.

Sungguh rindu diri ini untuk kembali menulis, untuk membaca blog rakan-rakan...bukan nya ammi dilanda penyakit M, tetapi keadaan diri ammi ini yg tak mengizinkan, (cerita di bawah adalah versi flashback ye) entry terakhir ammi pd 4 september yg lalu rupanya entry yg terakhir sebelum ammi berehat panjang dr menulis, pagi tu dpt header baru terus buat entry, tengahri - petang ammi busy dengan packing bag utk balik kampung. petang tu pula ke program iftar dan khatam quran di sekolah yaya. Alhamdulillah yaya dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu di sekolah buat tadarrus dan khatam ramai-ramai...Malam tu pula lepas terawikh pula dgn kelam kabut nya sampai terlupa nak buang sampah, huhu..berangkat lah kita sekeluarga balik kg belah ammi di sg merab, kajang. Target sampai untuk sahur, alhamdulillah kita sampai sana 4.30pg, just nice lah. All 3 of u tido je dlm kereta, ammi setia menemani baba berborak dan urut blkg baba bila penat. Sesudah subuh tidoq la kami suami isteri tak sedaq diri sampai jam 12tghari! ishk ishk ishk ;p


Dipendekkan cerita bukan tak ada internet di sg merab tp tak ada masa, ammi sebagai anak sulung kesian tgk umah tokma yg seakan tak terurus tu..huhu..ammi mem bz kan diri lah time kita di sana..dua hari b4 raya pulak kita balik dengkil ke umah atok belah baba pula, memang tahun ni turn raya di sana..di dengkil memang langsung tak ada internet walaupun ammi bawa p1wimax tu tp tak dapat langsung talian, maybe umah atok kat dalam sangat kut, tak taula...

Tahun ni memang beraya sakan lah kita kan boys, maklumlah tahun lepas ammi dalam pantang melahirkan waidi, tahun ni baba ajak beraya sakan. Jika ada rakan-rakan blogger ammi ni friends dgn ammi di FB mungkin ada yg perasan album ammi yg bertajuk "raya sakan versi balas dendam", hehe... merata lah kita pergi, kalau dulu cuma sekadar umah sedara mara, kali ni umah kawan-kawan pun kita berkunjung. Seronok kan boys, on the way balik penang pun bbrp lokasi kita singgah..(akan dicerita lanjut dlm entry akan dtg). Kita balik ke penang pula pada ahad 19hb,(bayangkanlah betapa busuknya sampah yg ditinggalkn 2 minggu tu, huhuhu..).

Ahad tu syaik dan waidi dah start demam, yaya batuk-batuk, maklumlah beraya dihidang dgn air batu dan air gas dan kuih muih raya, mmg cepatlah nk sakit tekak, pulak dah beraya sakan, demam senanglah nak datang..Bertambah teruk pula, isnin tu ammi pulak start demam, tau tau jelah orang tua dewasa kalau demam kan,dgn sakit badannya, batuk teruk, selsema ,semua pakej la...waidi lak yg batuk tak mau makan langsung, so nenen je bertambah lemah ammi ni . Alhamdulillah baba byk membantu dgn urusan umah dan boys. Syok gak baba tgh student ni, boleh cuti raya lama dan tak perlu ambil MC atau EL bila family members sakit ,hehe.."Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil", InsyaAllah....malam ni baru ammi rasa ada mood sikit nak berblog,

Di bawah ni ammi sertakan gambar-gambar family kita beraya berbaju ikut tema (lebih kurang lah), baba suka sgt, ammi pun suka so ikutkan saja :-). Tunggulah dapat baby girl nanti, kita dondon sama-sama girl ;). Bukan semua nya baju baru, ada yg di recycle dan ada juga yg dipinjam, hehehe..;p (gambar tidak ikut turutan raya)

Tema: Biru laut/ biru muda/ biru keADILan...


Tema: Bees and flower...

Tema: Purple and blue queen..

Tema: Earthy and natural..

Tema: Sehijau pohon nan rimbun..

Tema: Oren & peach..


Nanti ammi berkesampatan, ammi akan buat entry beraya sakan kami pusing selangor dan perak, InsyaAllah..
Buat masa ini, ammi ingin masuk beradu, tak mau over, dah lewat malam pun, nanti demam berpanjangan...
Jumpa lagi..dan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kpd rakan-rakan sekelian, harapnya tak terlambat...
Ya Allah, kau bagilah aku dan keluargaku kesihatan berpanjangan..amin..
Blogger Templates
Blogger Templates

August 30, 2010

hAPPY bESTDAY mAmANaH

Dear boys,

Today is Mamanah's besday..yg ke berapa ek? yg ke 29 ye yaya, bukan 31 sama macam ammi seperti yg yaya ingat tu, lawak la yaya ni, if macam tuh ammi dan mamanah ni twins la ye tak, hehe..
Mamanah ni adik selepas ammi, kira second born la dalam adik beradik ammi yg seramai 6 orang tuh, asalnya mamanah ni dipanggil mak ngah, tapi biasalah bila dipanggil oleh si pelat yaya jadilah MANAH, dah tu bila manah dah kawen and dapat baby, dah dipanggil mama so bertukarlah ke memanah padang MAMANAH .(tiada kena mengena dgn nama beliau aminah/rosnah/tukinah atau sebagainya).


Masa kami kecil/remaja dulu orang selalu ingat kami kembar coz sama saiz, rupa lebih kurang dan sama tinggi. Sampai laa ni pun lebih kurang je.. nasib lah baba dan aboh bila ramai-ramai balik umah tokma tak pernah silap wife, haha..kalo tak kes naya je, dari belakang memang teramat lah sama..yg bestnya baju kami sama saiz, yang lagi bestnya mamanah ni career woman so collection baju kurung dia best dan cantik2..macam ammi ni baju kurung setahun sehelai je , hehe..

Mamanah ni juga merangkap mama susuan kepada syaik dan waidi, time yaya tak lah kan coz masa tu mamanah perawan  lum kawen lagi. Mamanah pun mementingkan Breastmilk utk kak yong dan ulwan, hari-hari pengepam tegar .;-)

 Kat bawah ni ammi sertakan gambar - gambar ammi dan mamanah ,......

Lebih kurang kan??

Time nih syaik dan kak yong kecik lagi, belum ada waidi dan ulwan

Ni rasanya feveret pix ammi of kami berdua,
time ni kat pangkor, bergaya dgn baju baru yg mamanah belikan di Bali,
ammi jadi model air mineral, mamanah model biskut, hehe..
tak ke macam twins kan?

Keluarga bahagia mamanah, aboh, kak yong dan ulwan.
time ni ulwan kecik lagi..(takde gambar terbaru la pulak-nanti raya kita snap byk2 k)

Boys dan ammi nak ucapkan:
"Happy 29th besday mamanah!!"
May Allah bless u and family always..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Nanti mai penang noo, boys nak bawa jalan-jalan
Moga diramaikan kazen utk yaya, syaik dan waidi.
MMMuuuaahhh..!!!

Alhamdulillah yaya dah sihat sepenuhnya,
dah kembali berpuasa dan ke sekolah..
syaik masih demam tapi tak teruk sangatlah..
waidi lak dah berjangkit abangs...
rasanya dia demam tumbuh gigi 7 dan 8, juga waidi dah pandai jalan! yea yea..
Tengah kemaruk la waidi ni :-)
Go waidi go....
All the best sayang, dont push urself too hard k
Blogger Templates
Blogger Templates

August 13, 2010

2 Ramadhan-Kisah 1 Malaysia dan menu berbuka

Dear boys,
Kisah 1 Malaysia:-

Kisah di bawah adalah berdasarkan kisah benar, ada kaitan dengan yang hidup, yang mati rasanya tiada..
Ianya berkisar tentang satu keluarga MELAYU yg menghadapi masalah di kawasan kejiranan mereka di suatu pangsapuri yg terletak di Penang. Keluarga melayu tersebut telah menceritakan masalah mereka kepada jiran mereka yg berbangsa INDIA, jiran tersebut kemudiannya menceritakan pula kepada jiran mereka pula yg berbangsa CINA, maka keluarga CINA yg mendengar masalah tersebut dengan ikhlasnya membantu keluarga MELAYU itu..haa..sungguh murni mereka kan, inilah semangat kejiranan yg kita mahukan..

Inilah masalahnya, lif dah diletak grill yg dikunci.
Untuk keselamatan kata pihak management so dipasang grill
all around the area lif tu..




Tekan butang ni untuk keluar dari grill (dari dalam grill)

Ni lah rupa benda yg keluarga MELAYU tu tak dapat...
Tanpa benda ni tak boleh masuk, tak boleh lepas grill,
tak boleh naik guna lif, kena pusing ujung sana naik tangga.

Sistem sensor, macam touch and go je..

Dear boys,
Sebenarnya keluarga MELAYU yg ammi maksudkan adalah keluarga kita, kita cuma menyewa di sini, disebabkan ada tunggakan insurans rumah dan maintenance rumah utk beberapa bulan yg tidak lagi dilangsaikan oleh tuan rumah, kami lak jadi mangsa maka kita tak dapat untuk membeli, ye beli ye bukan dapat free pun, tak dapat nak beli benda biru tu...so kebetulan masa baba jumpa management, jiran kami yg berbangsa INDIA (selang satu rumah di belah kiri kami-belah kanan berjirankan tangga) tu ada juga tgh mendapatkan chip biru mereka, baba pun menceritakan masalah kami, actually sekadar mengeluh...mereka pun simpati.

Malam tu rumah kami didatangi keluarga sebelah yg berbangsa CINA, aunty dan anak mereka Yuki, mereka dengan baik hatinya mahu menolong, mereka offer nak belikan chip biru itu, (satu family boleh beli dari 1, cuma yg kedua dan selebihnya harga akan naik).Baba dan ammi sgt berbesar hati, tak sangka mereka sanggup tolong smpi mcm tu sekali, kata aunty yg tak brp fasih berbahasa melayu "kamu org baik-baik, aunty sayang kamu", alahai aunty, we love u too...tapi mmg aunty ni baik, selalu bg budak2 ni macam2, air kotak lah, buah2, gula2, jajan, duit dan sbgnya...

So kami pun dapat chip biru tu..aunty pun tak charge byk, dia kata nanti kita pindah jual balik kat dia, tak pe aunty nanti kami pindah, kami bagi je balik kat aunty, hehehe...cuma shh shh la jgn sampai management tau, haha depa tu nak duit je, tak faham sebenarnya apa signifikan membuat grill pelbagai, kalo demi keselamatan bukankan tangga di ujung tu pun harus di grill? huh huh..ntahlah...menyusahkan adalah, baru2 ni ada warga emas yg meninggal , ambulans dtg dah susah kena tunggu org bukak kan grill, also if pos laju/courier nak antar barang kena kol org tu dulu or panggil pak guard bukak grill -ye ada pak guard walaupun duduk pangsa je, hehehe....

Itulah cerita 1 malaysia ammi,...dlm islam pun mengatakan kita harus berbaik sesama jiran kan..ingat ye boys, tak kira lah apa bangsa sekali pun..

ok, di bawah ni pula alhamdulillash rezeki kami berbuka semalam..

Nasi ayam ammi's special

Cekodok udang ammi's special 



Sirap bandung + ais krim soda



Yaya enjoying his nasi ayam :-)


Blogger Templates
Blogger Templates

August 6, 2010

Rindu pada wajah-wajah comel ini..

Dear Akish, Ulwan dan Anis...


Ammi rindu all of you soooo much!!!
Betullah dengan Breastfeeding itu terciptanya satu bonding yang amat kuat..Sesungguhnya bila dah berjauhan dan dah lama tak berjumpa ammi terasa sebak dan rindu sangat2 dengan u all..tak sabar rasanya ammi nak balik raya ni nak cium/gomol/peluk u all..sabar ye, tunggu ammi balik...


Wajah 1-kak yong yang comel...
Kak yong merasa susu ammi sepanjang sebulan masa ammi jaga dia bila mama 
start kerja lepas pantang dulu ..


Wajah 2- Ulwan si budak cute..
Ulwan pun banyak kali minum susu ammi kan, masa mama demam breast bengkak
ulwan minum susu ammi yg dah ammi tinggalkan frozen dekat rumah tokma tu kan..
Direct feed pun banyak kali ..:)


Wajah 3- Anis yang bijak...
Anis selalu ammi susukan  bila mama dan papa ada program, yaya pun selalu ammi
tinggalkan dengan mama tati if ammi dan baba perlu pergi somewhere...



Ammi sudah tiga kali mengandung dan bersalin..
Tapi ammi sebenarnya ada kesemuanya ENAM orang anak...
FOUR boys dan Two girls..:-)
Alhamdulillah..sangat bersyukur, ammi sangat bertuah....
Love all 6 of you...
Ammi is in sebak mode...
Till we meet in Aidilfitri InsyaAllah.......

Blogger Templates
Blogger Templates

July 13, 2010

Baba turns 32 and Tokma 51

Dear boys..
Yesterday 12th July was baba's 32nd birthday..We had a mini celebration at RFC (Radix Fried Chicken) Alor Star on sunday while we were there. It was nice wasn't it, just the 5 of us. Yaya and Syaik sang the b'day song for baba. We had a nice meal together and then we headed home to Penang..Oops sorry baba no pixs of you, you as the besday boy were busy taking pixs of us..nevermind..










"Happy Besday Baba!"
We Love You...

Today the 13th of July is Tokma's 51st besday.."Happy Besday Tokma!", we usually celebrate baba's and tokma's besday together..but as we are living a bit far now, ..maybe we'll have a belated besday party once we balik kampung ok boys..

To Baba: Happy besday abangku sayang..moga dgn peningkatan usia ni bertambahlah amal..Moga abg sentiasa happy dgn kami...moga abg study elok2, cepat2 abis dapat Dr, InsyaAllah..I love u soo much!!

To Tokma: Happy besday mama syg..semoga mama tabah menghadapi hari-hari mendatang..moga kita kekal keluarga bahagia selamanya InsyaAllah..I love u mama..

Miss u mama..


Blogger Templates

Blogger Templates

July 8, 2010

Macam-macam..

Dear boys,
First of all ammi minta maaf la coz blog ni dah terbengkalai begitu lamanya..Blog ni memang dedicated untuk u all dan juga utk rakan2 ammi mengikuti kisah kita anak-beranak..Hmm..ammi tak ada alasan yg kukuh except M.A.L.A.S!!,hehe...tu je also mcm ada writers block, of course ammi bukanlah seorang writer tapi bila nak menulis tu kena juga fikir2 kan, then lepas cuti hari tu macam2 nak dicerita dan ditulis, ammi tangguh2 terus jadi malas...Pastu malam tadi sambil ammi layan hindustan dan tidokan waidi, ammi terasa nak update blog, terus ammi ambil laptop if tak comfirm tertangguh lagi, huhuhu..

Dear boys,
Macam-macam perkara berlaku since ammi last update..hari ini ammi nak cerita sikit2 la yg kita pergi Singapore hari tu..memang seronok kan, kita 3 families pergi jalan2 together...kita naik flite ke JB then kita tido umah mak teh sal..
Yaya and syaik macam tak pernah naik flite peel masing2..hmm jakun bebeno ammi tengok, tapi takpe yg penting boys happy..:)
Adik lak first time naik flite so memangla jakun ya amat, semua benda nak capai, nak masuk mulut, nak tarik..bila stewardess pakaikan belt for infant, mulalah adik nak bukak..
Sampai kat JB uncle zul amik kat airport..kita stay kat umah diaorang for a whole week, sepatutnya 3 hari je dan 3 hari di umah atok mak ammi seperti yg pernah ammi tulis dulu, tapi disebabkan atok ada masalah kesihatan, pergi berjumpa dgn pakar di HUKM so terpaksalah kita berkampung lama di umah mak teh sal..seronok kan!



Ok, dipendekkan cerita, hari sabtu tu mummy niki sefamily pun sampai dari KL, semua tido umah mak teh sal, penuh umah! budak2 tido depan tv, macam pelarian pun ada, hehe..semua orang excited, esok tu nak masuk singapore , nak pergi zoo...sepatutnya tido awal tp semua lewat, terlalu excited..ammi rasa yg excited nya lebih becoz nak borak2 (mak/mummy/ammi) ,budak2 lak nak main2  together..oh ye, sebelum tu ammi ada tukar duit dulu, masa tu tgh rendah, Rm1.00 = $2.30, mummy niki tukar kat KL $2.36, kira ammi untung sikitla...

Dear boys,
Pagi esoknya syaik wat perangai tak mau bangun dan bersiap, ngamuk2 lagi..tu lah, ammi dah pesan tido awal..kita semua sepakat pakai biru, all 3 families..macam2 biru ada...biru cair, biru pekat, biru laut, biru ijau..macam2 lah..malangnya tak dapat snap gambaq ramai2 all 3 families in blue..biasalah..dengan 3 families., 3 6 children and 3 babies macam2 peel....


Kat imigresen













Yang lawaknya boys kita ni punyalah amik banyak gambar tapi gambar binatang nya tak banyak, hehe...gambar orang yg banyak, ape daa..


Petang tu ujan lebat so tak dapat teruskan ekspedisi tengok binatang, kami ke arab street cari makan, maklumlah dah dekat pukul 5, ammi dah macam nak pitam..yelah waidi duk nenen je..kita makan di restoran zam-zam tak silap ammi nama nya..ada nasi beriyani dan murtabak sedap..beriyani nya oklah tp tak boleh tanding masakan tokma ;)











Malam tu pulak kita makan kat restoran banaffe, mmg sedap! nasi ayam penyet adalah special kat situ, sebenarnya ayam bakar je, di penyet kan, dihidang with nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan, berselera! oh ye, kita makan kat JB, murah sikit..then balik terus rehat je..esoknya nak datang lagi..


Pagi esoknya kita bersarapan di JB dulu before gerak masuk singapore, agenda hari tu pergi underwater world, ishk..kita ni asyik duk tengok binatang je yek kata sana..hehe..hari isnin tu tema RED! kali ni mmg happening, meriah...gempaq...ceria!! ammi upload gambar utk tatapan umum k..






























Ini gambar ramai-ramai, cantik kan!!




















Malam tu kita had dinner at senibong seafood(back to JB),
celebrate besday bulan 5 dan 6, ammi, dayana (same besday on 13mei),
naim dan nurin..seronok sangat!
mak teh sal dgn baik hatinya bg goodie bag dan hadiah 
utk semua org...mmg memorable walaupun semua kepenatan..










Malam tu agak lewat juga kita balik umah, penat sangat2, boys berapa kali tido bangun dlm kereta...esoknya selasa kita dah nak balik..memang seronok kan vacation kita, walaupun tak lama, taklah mahal mana tapi amat memorable bg kita, bg ammi juga, spent time dgn kawan2 baik ammi, buat ammi happy, sampai ke hari ni pun ammi masih ingat percutian tu..senyum sorang2 kadang2, hehe....

Boys, sebenarnya kadang2 yg penting bukan DIMANA kita bercuti tu, atau BERAPA byk wang yg dibelanjakan, atau BERAPA LAMA yg kita bercuti tu tapi dengan SIAPA kita bersama-sama, bergelak tawa, baba dgn lawak2 nya, pakcik zahid dgn camera canggihnya, budak2 yg kecohnya, ammi, mak teh sal dan mummy niki yg selalu alert tgk anak2, tak kira walaupun bukan anak sendiri, ..bergambar kenangan bersama, makan sama2, pakai kaler sama..tu semua yg buat lebih memorable, lebih seronok..lebih happening, boys pun suka kan..asyik sebut2 je selalu..InsyaAllah nanti lain kali kita buat lg holiday macam ni....


p/s: if nak tengok lebih banyak gambar boleh tengok di album fb ammi..SINGAPORE TRIP :)

Love u boys..
Sweet memories in mind..

Blogger Templates
Blogger Templates