Entry ni khas mengisahkan pada saat waidi dilahirkan, ditinggalkan di NICU, berjauhan dgn ammi selama 8 hari, dan boleh kembali ke rumah.....
Flash back sekejap..selepas 5 minit dilahirkan dan diambil dari ammi, waidi menetap sementara di NICU, seperti ammi, waidi pun ada bilik khas, bilik sorang dan juga dilabelkan ISOLATION..
Dr Lim adalah peadiatrik waidi, dia yg monitor dan check waidi..pada hari sabtu ammi di discaj dari hospital, ammi minta utk jumpa dgn waidi, tp tak dapat, if comfirm clear from H1N1 baru boleh, lgpun ammi belum pulih sepenuhnya..pilu nya hati ini...sedih rasanya time tu..tapi ammi redha je....
Untuk mengubat rindu, baba minta nurse in charge kat NICU amik kan gambar waidi..
Nurse juga menceritakan apa yg sedang berlaku pd waidi..
Dibawah ammi ceritakan berdasarkan gambar ye...
Rumah sementara waidi...
Waidi pada masa ini mengalami secretion (cecair) dari mulut yg amat banyak.
Time ni waidi tak boleh terima sebarang susu ibu mahupun susu formula (ammi dah insist jgn langsung bg waidi susu formula, kalo tak ammi nak saman hospital, haha ;p)
Waidi berpuasa, waidi cuma diberi air ubat melalui drip..
Oksigen membantu waidi, dalam inkubator ni seolah macam masih dalam rahim ammi,
nice and warm and cosy...
Sebak ammi tengok gambar ni, rasa macam nak tukar tempat je dgn waidi..
Ammi insist nurse letak nama waidi kat tag ,
ammi kata panggil dia huwaidi ye, saya tak mau kamu panggil dia baby of siti sara ;)
nurse semua menurut perintah...
Hadwan = ketenanganku
Huwaidi = kembali pd yg hak
Sebenarnya kat sana ammi dan waidi GLAMER betul time tu,
jarang ada kes pregnant woman bersalin while masih belum recover H1N1 +ve,
before that ada yg meninggal (semasa mengandung..)
Ammi bersyukur sangat...ada hikmah di sebalik semua kejadian..
Apabila sampai di rumah tokma, bermulalah perjalanan ammi berpantang.., cuma yg bezanya tiada baby di sisi...(ammi dapat membayangkan mommies yg pernah melahirkan dan baby meninggal...,berpantang tp tiada baby di sisi..diri sakit selepas melahirkan ditambah pula kesedihan yg amat anak tiada di sisi..)
Adik ammi, mamanah boys time tu sarat pregnant baby kedua dia, dia dinasihatkan jgn balik ke rumah tokma sementara ammi belum pulih sepenuhnya, kami berurusan melalui sms/fb je...
Walaupun waidi ammi tahu selamat di bawah nurse dan doktor pakar, tapi ammi masih sedih dan takut..
Ammi kadang-kadang ada juga berfikir yg bukan-bukan..lagi-lagi masa tido waktu malam..
Tapi ammi cuba tepiskan perasaan dan gambaran-gambaran tu semua..,
Pada waktu ni bulan ramadhan, tiap-tiap malam semua org pergi terawikh, baba bawa syaik dan yaya so ammi boleh rehat..tokma selalu menemani ammi, tp dia selalu kat bilik dia, hujung sana, ammi selalu duduk dalam bilik layan drama tv, pastu ammi akan tiba-tiba je menangis,pastu pujuk diri, ucap syukur, then ok balik... bengkak nenen tak payah cakaplah bila asyik teringatkan waidi...
Rutin harian ammi adalah express breastmilk, freeze kan then baba hantar hospital hari-hari..nurse akan masukkan melalui tube, waidi tak boleh dikeluarkan langsung dari inkubator, takut terdedah dgn kuman di luar, dalam tu semua sterile..
Bila baba balik rumah, baba akan ceritakan dekat ammi apa yg nurse cerita, selepas bbrp hari baba berpeluang masuk dalam NICU, cuma boleh tengok tp tak boleh pegang..time ni pulak waidi ada jaundice..so jadi zorro la kejap.
Waidi the zorro boy..
Ammi byk kali nak jumpa dgn waidi tp bila call Dr Lim, dia kata not yet...
Rupanya disebabkan waidi ni baby lg susah nak check for H1N1. Masa ammi dulu tokteh swab dlm hidung, ambil sample mucus, dlm kes waidi tiada apa yg boleh dibuat sample, Dr yg berpengalamn tu pun buntu, 1st time handle case mcm ni katanya.
Last tu diaorg ambil sample kulit waidi, alhamdulillah waidi -ve for H1N1...cuma Dr masih risau becoz ada semacam pelik dgn paru-paru waidi, secretion masih tak berhenti keluar dari mulut waidi..
Dr mulanya tak mahu melakukan x-ray sebab waidi masih terlalu kecil, tp Dr risau, Dr buntu sebenarnya..Tapi akhirnya Dr buat juga x-ray dan bbrp test, rupa-rupanya waidi mengalami radang paru-paru atau PNEUMONIA..Dr Lim kata waidi mendapat jangkitan dari masa dlm kandungan ammi lg.
Masa dapat berita tu ammi sedih sangat, time ni memang mengalir je airmata ammi, ammi rasa ammi yg bersalah buat waidi sakit, ammi fikir kenapa ammi tak jaga diri betul-betul, ammi salahkan diri ammi...dahlah jauh dari waidi..kalau apa-apa terjadi...................
Bila tokma dapat berita tu, tokma kata nak ikut baba jumpa Dr, nak tanya lebih lanjut ttg condition waidi,
Dr kata semua under control..sampai semua secretion tu abis dikeluarkan, barulah waidi boleh discaj, masa ni tiap hari baba masih menghantar EBM ke hospital, hari-hari baba tengok waidi dlm incubator..
Minggu depan tu hospital telefon ammi pagi tu boleh bawa waidi balik, alhamdulillah..seronok betul rasa time tu...kata nurse waidi dah ok, tp tolong pastikan condition rumah bersih, kerana waidi sgt fragile time tu, siapa yg ahli keluarga sakit tak boleh jumpa waidi, virus sikit pun boleh buat waidi sakit, walaupun bebas dr H1N1, tp risiko utk kena jangkitan tu masih ada...
Hari waidi boleh balik..
Dah tak duduk dalam isolation lg..
Bonding time with baba..
Ammi sayang waidi...
Ready to go home..
Last pix at NICU
Bye kawan-kawan..waidi balik dulu ye..
get well soon..
Bye APSH..tq semua..
Jumpa dgn abangs..
Abg yaya patuh arahan ber mask..
Abg syaik yg tak makan saman..
Agak emosional juga ammi menulis semua ni..
Walaupun dah setahun berlalu..,bila di ingatkan semula masih segar rupanya dlm memori ammi ni..
Actually sebelum ni ammi niat nak tulis dlm diary, tp tak tergamak, tak sanggup nak recall semula..
Dalam blog ni la 1st time ammi menulis yg bg ammi rasanya saat dan detik-detik paling merisaukan dlm hidup ammi ni..dlm hidup bergelar ibu kepada anak-anak..dan juga detik plg berharga,,.
Sesungguhnya tiap apa yg berlaku ada hikmahnya..
Ada hikmahnya ammi minta jumpa tokteh awal..
Ada hikmahnya tokteh induce ammi hari tu juga dan bukan pd minggu depan yg sepatutnya,
Ada hikmahnya tokteh br belajar buat test sendiri dan ammi ni 1st patient dia
Ada hikmahnya Dr Lim buat juga x ray pada waidi...
Dr Lim kata if ammi lambat bersalinkan waidi, mungkin waidi tak akan survive..
Tokteh kata kalo ammi lambat jumpa dia dan lmbt detect H1N1 tu, lain ceritanya..
Sesungguhnya ammi sgt bersyukur dgn nikmat ni..
Terima kasih Ya Allah..
* Antara 3 heroes ammi ni, waidi lah baby "paling mahal", :-)
MMuaahhhh utk semua heroes ammi....
